Wednesday, March 13, 2013

Day 4: CAMBODIA (4D3N) Angkor

4 Feb. 2013 (Monday).

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Cambodia. Setelah seharian merentas bumi Cambodia semalam dari Phnom Penh ke Siem Riep, kami masih perlu bangun awal pagi hari ini untuk melihat matahari terbit di Angkor Watt. Pengalaman yang pastinya cukup bermakna.

Seawal 6.00am kami bertolak ke Angkor Watt dan hasilnya cukup memuaskan hati. Saya memang tak puas klik dan klik dan klik sampai memori kad hampir penuh. Alamak!

Pilihan foto foto untuk tatapan mata anda.

kaunter tiket. ambil gambar dan print muka pada tiket
 



Harga tiket USD 20 adalah untuk lawatan sehari yang meliputi 3 Angkor iaitu Angkor Watt, Bayon, dan Ta Phrom. Kami tidak dapat membayangkan keluasannya. Tapi bila sudah mula menapak. Memang kebas jugaklah kaki.

Keunikan pada seni binaan Angkor Watt mempunyai pengaruh Hindu dan Buddha yang dibina pada pertengahan abad ke 12. Ianya merupakan pusat keagamaan dan kerajaan pada zaman tersebut.

Kami sekadar menilai beberapa sudut mengapakah ianya termasuk dalam keajaiban dunia. Pembinaannya memakan masa selama 30tahun melibatkan rakyat Kemboja pada zaman tersebut. Stuktur pembinaannya begitu teliti dan setiap inci menunjukkan unsur keagamaan dan dewa dewi mereka.

Di dalam Angkor Watt.











menaiki dan menuruni tangga ini untuk masuk ke dalam



watak watak dewa dewi

koleksi peribadi




 Penat menjelajah di dalam dan di luar Angkor Watt.
wajah wajah ceria menemani kami ketika sarapan di luar Angkor Watt
 Selepas bersarapan kami menghala ke Angkor Bayon. Dah tak tahan dengan panas terik mentari. Kulit dah jadi udang bakar. Kami singgah beli topi. 6 topi jual sayur dengan hanya 10USD.
Menuju ke Angkor Bayon
 Angkor Bayon merupakan rumah berhala. Kami tidaklah berminat untuk melihat sangat. Tapi kami ambil peluang aksi yang gempak. Hahaha..

Aksi 1
Topi jual sayur tapi cun kan kan
 Aksi 2
 Aksi 3
Aksi 4
Muka Ganazz
 Aksi 5
Framing dalam keletihan.
Aksi 6

Aksi 7
menghilangkan kepenatan terlampau
bateri semua dah habis di caj. Senyuman paling tawar


 Memang super duper besar dan memenatkan. Kami dah sangat keletihan. Namun kami gagahkan jua. Bateri kamera dah kena tukar. Memori kadpon dah penuh. Mujur ada back up dari Syud.

Perjalanan diteruskan ke Ta Phrom. Namun entri Ta phrom akan dikongsi kemudian jika ada.

Dalam perjalanan kami singgah di sini. Ala ala Ta Phrom.




Dinasihatkan jika anda ke Angkor Watt silalah pakai kasut yang sesuai. Keselesaan kaki saat penting.

Sampai di sini sahaja kami di Angkor Watt dan Bayon. 

No comments:

Post a Comment