Monday, April 13, 2015

Fuuhhh berabuk selepas setahun lebih

Fuuhhhh lama tak menjengah.
Sungguh terlalu lama semenjak last entry Dec 2013.

Kiranya banyak entry2 yang sepatutnya update tapi semuanya entah ke laut dah.

Selepas ke Kota Singa, saya ke Medan shopping kain, kemudian ke Korea 6D5N,  balik dari Korea tup tup nak bertunang. Bertambahlah sibuk sehinggalah berubah title dari Miss ke Madam ; cik ke puan. Jalan lagi ke kRabi.

Tapi ada masakah nak update tu semua walaupun dh berkulat dan berkarat. PLus title student postgraduate USM, sangat mencemburui waktu nak mengadap Mr Lappy lama2.

Tengoklah nanti, kalau rajin dan berkesempatan.

Kalau masih sepi tu...memanglah super busy. Konon...(eh betullah tgh struggle nak siapkan thesis tau)

Daaaa...nanti saya share sikit2 entry paling kontot boleh dibuat.

Sekian. Sekilas kemunculan kembali.

Madam Fazi.


Monday, December 2, 2013

USS SINGAPORE 2013: Part 2

USS SINGAPORE 2013
Universal Studio Singapura menjadi kebanggan kota singa yang menerima ribuan pelancong ke sini sebagai tarikan utama. Pertama kali menjejak kaki ke sini, aku takdelah excited sangat. Tapi, teringin jugak nak tahu apa yang ada kat dalam USS kan.

Setelah diceritakan perjalanan dari Cyberjaya ke USS dalam part 1 dan tergendala sehinggala berbulaan bulan dek kerana Mr Tobby yang mengalami katarak yang teruk sehingga terpaksa menunggu kedatangan buku udara untuk selamatkan keadaan dan akhirnya tengah-tengah malam macam ni barulah dapat menyambung part 2.

Apakah misi rahsia yang konon kononnya suspend tu?
Actually, my sis ada tiket lebih dan kami memulakan misi menjual tiket yang akan expired very soon. 30 Jun 2013. Sebab tu kami berada disini 1 Jun 2013. Misi kami berjaya bila dapat 'usha' seorang uncle dengan keluarga yang sedang beratur beli tiket. Kami jual 2 dolar lebih murah dari harga kaunter, janji laku ;)

Owh ye, kalau beli tiket di kaunter harganya biasalah tidak ada diskaun. Tapi, my niece and her friend beli di kaunter Sri Puteri siap ada pakej lunch and snack. Harga pun lebih murah. Dah tak ingat berapa almaklumlah ini adalah entry terbengkalai setelah 6 bulan lebih.

OK sebelum masuk ke dalam USS semua orang teruja nak bergambar. So, layan jelah sebagai camerawoman tak bergaji hari ni...


Tak kira nak jugak interprem

Tu dia siap bentang map lagi tu
Pastikan ada map yang boleh didapati di kaunter. Free je. Senang nak merancang perjalanan supaya tak terpusing pusing banyak kali di laluan yang sama. Jimat masa.


Oleh kerana, masa kami pergi musim cuti sekolah, maka keadaan kat sini sangatlah sesak. Serius sesak. Memang serik dah nak pergi time cuti sekolah. Jalan yang sehala beratur menjadi berlingkar lingkar seperti ular kena palu. Sesak! Kalau hari biasa beratur cuma 5minit tapi waktu kami pergi kena beratur hampir 1jam. Sesak nafas.

For me, the most awesome place ialah Transformers dan Piramid tu. Kenapa? kena pergi dan rasa sendiri baru best kan. Boleh terpelantinglah jantung kalau lemah semangat. heheehe..So, enjoy jelah layan gambar ye, tak best nak cerita nanti time kalian pergi dah tak suprise dah.

Gambar gambar hanya disekitar/ diluar sahaja kerana kebanyakan tempat kamera tidak dibenarkan. Apatah lagi DSLR gedabak aku tu. Kena duduk dalam beg diam diam je. Lagipun, aku tidaklah cukup kental untuk menikmati permainan yang gayat tu dengan memegang kamera. lol.

Pada mulanya kami sangkakan waktu yang diberi terlalu lama. Masuk jam 11.00 am dan keluar jam 9.30pm. Tapi, bila dah menapak kat dalam ni, memang lupa diri dan masa berjalan pantas. Boleh dikatakan semua sekali nak masuk. Gayat tak gayat, takut tak takut semua main redah je. Tapi, roller coaster kat luar tu aku memang surrender.

Kesian anak buah sorang ni, dia dok pujuk semua orang teman dia naik roller coaster tu. Nasiblah kakak comel tu sudi temankan. Maksu dia? Awal-awal lagi angkat tangan. Memang taklah!




Time ni nak bergambarpun kena beratur tau
Lorong ni lengang


Kami berhenti rehat di sini. Lunch simple simple sahaja.
Bangga dengan 'snack' percuma mereka

Comel je anak anak buah den ni

Teknik bergambar sambil berpeluk tubuh adalah untuk selamatkan diri dari... 



Gambar ni kami beli (kakak yang beli) 20USD sekeping.
Soalan: Mahal tak?
Jawapan: Mahal gilerr woo 
Pastikan time nak datang USS ni, kalian check ramalan cuaca dahulu. Kalau hujan lebat dan kilat sambung menyabung memang rugi sebab outdoor game akan ditutup. So, tak berbaloilah pulak kan dah beli tiket mahal-mahal tak dapat nak main outdoor game yang super duper bikin jiwa berontakan. Kaakaka..*ntah ayat apa ntah susun jelah...

Kamipun kurang bernasib baik hari tu sebab hujan lebat, kilat dan guruh complete package lepas elok je kami keluar dari egypt. Jadi, semua outdoor game ditutup. Kami tak dapatlah nak merasa 3 lagi outdoor games. Pasrah jelah sambil meneruskan perjalanan seterusnya.


muka pasrah dia tak dapat nak main outdoor game

Best tengok Shrek 4D


OK, saya memang peminat setia cinta fiona dan shrek. Beli cenderahati di sini. Harga oklah not bad.

Kalau beli ni, macam seram plak nk letak kepala 
Amboi pandai pilih awek cun je nk pegang tangan :p
Lepas enjoy tengok 4D, hujan dan cuaca dah cerah kembali.

Maka, sambung lagi.
Makanan halal juga ada di sini. Tapi, kami reserve perut nak makan besar kt JB nanti.





Disebabkan tak tahupun ada pertunjukan bunga api malm tersebut, memang tak dapatlah port yang best nak ambil gambar. Jadi, selit selit ambil sekeping sudah.

Beli jangan tak beli 'ice lemon tea'
'Ice Lemon Tea. Free refill. Harga Tag n botol USD12.

Madagascar. 'I like to move it..move it...'




Tertarik dengan sweet little girl yang pandai bergaya bila papanya ambil gambar




 Satu hari yang cukup memenatkan tapi berbaloi.

Satu perkara penting, sepanjang berada dalam USS ada 2 3 group yang bertanyakan pada kami tentang surau. Maaflah waktu tu kami juga tak tahu sebab puas cari tapi tak jumpa. Tapi, bila pasrah mencari lokasi yang agak terselindung untuk solat, akhirnya kami ternampak surau. Jadi wajarlah saya 'highlight ' kan di sini supaya nanti kalian tak tercari cari macam kami.

Surau terletak antara egypt dan roller coaster. Lokasinya ke belakang sikit. Macam kabin dan ada signboard surau. Alhamdulillah..jadi kepada sesiapa yang nak ke USS di sinilah lokasi surau. Walau agak kecil dan sempit tapi bersyukur juga surau disediakan. Rata rata yang kami jumpa dalam surau ni pelancong dari Malaysia.




Cari roller coaster ni dan Egypt anda akan nampak prayer room kt belakang. Kemudian, bolehlah sambung bersuka ria.

Selamat bercuti ke USS yang padat dengan manusia pada musim cuti sekolah.

Esoknya, kami masuk lagi kota singa. Tapi sekadar berjalan jalan pusing negara orang. Bersambung di SINGAPORE 2013: Part 3.