Friday, April 27, 2012

Mesej daripada Ali

Wah tiba tiba ada balasan dari Ali.
dapat baca tak? kalau tak dapat, klik imej untuk lebih besar.

Kalau tak dapat baca juga, sini saya salin dan tampal di sini.
 __________________________________________________________________________________
apa khabar fazilah

   terima kasih awak masih ingat ali dan kirim gambar kepada ali sebagai kenang2an.sebenarnya andai awak tak kirim gambar kepada ali ,ali juga tak akan rupa fazilah ,awak begitu cantik manamungkin ali rupa fazilah..sampai hari ini ali baru balas email sebab ali tak sering buka email.tahun ini group pelancongan banyak,ali hampir tiap hari bekerja.tiap hari setelah pulang rumah langsung ditur,tak main komputer,maka sampai hari ini ali baru tahu fazilah sudah kirim gambar kepada ali ,maaf ya

    selama kalian berada di beijing fazilah selaru senyum dan selaru duduk di belakang ali,betul kan?tiap kali ambil foto ramai kamu kebanyakan berada di sebelah ali dan awak juga pernah minta tulis nama di atas duit china,itu fazilah betul kan.sekarang dalam telepon ali masih simpan gambar kamu.dalam telepon ali ada dua gambar dari group awak,salah satu adalah foto ramai ,satu lagi yaitu gambar kamu.masa depan lama kelamaan mungkin ali akan tak ingat group ini,tapi ali pasti selaru ingat dulu selaru ada satu perempuan cantik dari malaysia,ingat dia sering cakap2 sama ali ,selaru senyum ,ketika foto ramai dia sering berdiri di sebelah ali dan mukanya sering berubah merah,sering malu.itulah fazilah
    menyampaikan salam kepada kawan2 awak.masah depan mungkin kita masih boleh ketemu di manapun. --- 12年4月21日,周六, fazilah ahmad <fazi1301@yahoo.com> 写道:
____________________________________________________________________________________

Cuma satu pesan saya, jangan terpedaya dengan kata kata manis Ali. Hahaha...
Saya bukanlah wanita cantik seperti yang diperkatakannya.
Senyuman itu, saya rasa ada benarnya. (rindu dengan senyuman sendiri kerana bukan hari-hari saya mengukir senyum bahagia).

Ketika di sana senyuman tak pernah lekang dari bibir saya. Mungkin kerana itu Ali kata saya sentiasa tersenyum. Tapi benarkah ketika senyum itu menampakkan saya wanita cantik. Hahahaha (*sudahlah kau jangan terpedaya dan syok sendiri)

Ok Ali, terima kasih kerana membalas email saya ya.
dengan Ali (gambar ini juga dalam simpanan hp nya..^_^)

 foto ramai dan banyak lagi foto-foto. Bukan saya disebelah Ali, tapi Ali di sebelah saya, Hahhaa berbeza tau.



Jika rasa hidup ini sepi, fikirkan kembali

Hidup ini bagaikan roda. Kekadang di atas kedang di bawah.
Iman akan turun naik, tapi di akhir zaman iman akan keluar dan masuk.
Emosi tidak menentu, kekadang gembira, kekadang berduka.
Kehidupan juga begitu, kekadang bahagia kekadang sengsara.

Itulah kehidupan yang indah, bagaikan pelangi.
Pelangi tidak selalunya hadir.
Tapi hadirnya membawa bahagia.
Hadir pelangi selepas turunnya renyai hujan membasahi bumi.

Jika sekarang kamu sedang merasakan hidup ini terlalu sepi.
Fikirkan kembali!
Lihat sekitarmu. Ada dia1, dia2, dia3, dia4, dia5, dia6, dia7, dia8, dia9, ....dan, diaN.

Indah kehidupan bila mereka bersama.
Datangnya silih berganti.
Pergi dan akan kembali.

Jika hari ini sunyi,
cuba lihat hari semalam yang gembira.
Bahagia dengan hadir mereka.

Jika hari ini saya terlalu sepi tanpa kalian di sisi,
Tapi saya tahu kalian sentiasa di hati.
Tidak pernah meninggalkan saya sendiri.
Cuma kadangkala andai sepi itu harus diharungi,
Satu pengajaran untuk saya menghargai diri sendiri. 
never alone
gambar keluarga saya (berunsur peribadi)
 ada adek2 cute ni bersama saya
teman teman semasa menjadi ulat buku
kakak kakak ku chenta
teman sekerja yang hari hari ngadap muka saya
mereka semua sebahagian dari kehidupan saya. Anda bagaimana?

Wednesday, April 25, 2012

Jika dia pilihanmu..

Tersentap terjaga dari lena bila ayah kata dengan nada tinggi..'kenapa belum berdua lagi?
Mimpi. Abaikan.

Dah pukul 7.00am
Bingkas bangun ke toilet. Terlewat lagi Subuh hari ni. Hampir hampir syuruk.
Bilalah nak berubah ni. Memang perlukan imam untuk membimbing supaya tidak terus begini.
Puas tidur semalam. Kerana keletihan sepanjang hujung minggu yang penuh dengan aktiviti dan bertemu rakan berkongsi pendapat dan sesi luahan hati. Sesekali perlu juga terapi ini. Penting. Yelah kan hari-hari rutin kehidupan sama saja. ofis -> bilik ->opis. Begitulah 5 hari seminggu. Kalau hujung minggu tidak ke mana-mana tambah lagi 24jam di dalam bilik dan rumah. Paling bosan pun, kemas rumah cuma ambil masa sepagi. Dah selesai. Lantai dah boleh berkilat. Lagi sehari setengah? Bosan jugalah.

Pukul 9.00 dah sampai ofis
Hari ni datang awal supaya boleh pulang awal. Nak jogging hari ni. Seminggu 3 kali mesti exercise. Biasanya Selasa, Jumaat dan Sabtu atau Ahad.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Kakak.
Sembang sembang kosong. Macam macam topik. Biasalah kami suka bergosip hal hal keluarga. Tapi, sebelum berakhirnya sembang sembang pagi..
'ada berkawan dengan sesiapa sekarang ni?
'takda, kenapa?
'bukalah hati tu..jangan terus memangkah dan tolak. Istikharah dulu.
'Aik apsal tetiba je ni?
'Dah tiba masa kot. Ambil serius bab ni.
'Ok. InsyaAllah..
End call.

10.30am masih termenung memikirkan, kenapalah tiba tiba topik ni keluar.

Handphone berbunyi lagi. Mak.
Tanya khabar dan sembang sembang isu keluarga lagi.
Kali ini..
'Kena lembut sikit. Cuba serius dan fokus.
'Laa..kenapa ni?
'Saja nak ingatkan. 
Terkedu.

Haih dalam sehari je. Berderet deret peringatan.

Seperti biasa, buka facebook, email. Keje didahulukan. Senaraikan apa yang perlu buat hari ini. Ok selesai.
Hurmm..terpandang wall seseorang. 
Lama ditenung. Entah tiba-tiba, ada magnet menarik untuk terus menyelak nyelak dindingnya.
Dia. Dulu dari mata pernah jatuh ke trakea. Tak sempat masuk ke hati. Tersekat. Pasti ada sebabnya.
Itu dulu. Lama dulu. Kalau bayi dah boleh berlari dah. Dah boleh masuk pra sekolah. 
Tapi hari ini.? kenapa rasanya getaran sampai ke hati. Dia lagi..

Entah apa khabarnya. Tiba tiba nak sangat tahu. Mahu ambil peduli semuanya. Tapi...
Ntah..Tak tahu nak buat apa. 
Tegur? owh tidak. Malu..
Sms?   takda no..
Buntu. Dalam hati ada rama-rama..butterfly in my heart. haahaha..
Jom layan lagu ni jelah..
video
I haven't slept at all in days
It's been so long since we've talked
And I have been here many times
I just don't know what I'm doing wrong

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

There's only so much I can take
And I just got to let go
And who knows I might feel better, yeah
If I don't try and I don't hope

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

No more waiting, no more, aching
No more fighting, no more, trying...

Maybe there's nothing more to say
And in a funny way I'm calm
Because the power is not mine
I'm just going to let it fly...

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
Welcome to Yeucahat.com
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there
What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I change to make you feel this
What can I do to get you there

And love me...love me....love me..
Dah habis merapu. 
Sekadar cerita. Tidak ada apa-apa.

Thursday, April 19, 2012

Cerita Strawberry

Strawberi. 

Masa zaman kanak kanak dulu kalau sebut je strawberi (stoberi), aku akan jerit wahh stoberi. 

Stoberi bukanlah buah kegemaran apatah lagi buah yang biasa dimakan. Stoberi hanyalah sejenis buah yang dikenali melalui buku S for Strawberry.

Bila dewasa, aku selalu mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan diet. Selalu diperkatakan Strawberi banyak khasiat dalam diet. Tapi langsung tidak menyimpan angan angan untuk makan stoberi.

Bila cerita Siti Nurhaliza sinonim dengan stoberi coklat, aku mula menyimpan angan-angan..sedapnya kalau dapat makan. tapi takyahlah. Pisang, manggis dan rambutan jauh lebih sedap dan murah. Stoberi mungkin sedap tapi mahallah!.
Boleh dikatakan aku dan stoberi memang tiada kaitan dalam kehidupan.

Cerita bermula ketika aku mula masuk ladang stoberi di Cameron Highland tahun lepas(2011). Tempat pertama yang kami terjah adalah ladang stoberi.

Maka sejak itu, aku sudah jatuh cinta sama stoberi. Pada sebelah petang itu kami ke pasar malam di Cameron, aku borong stoberi banyak banyak. Rupanya sekali mengadap je dah boleh habis. Esoknya beli lagi. Dan hampir habis dalam perjalanan.

Bila sampai rumah, stoberi jadi masam. Tak sedap. Berair. Kecewa sangat. Lepas tu, selalu merindui stoberi. Tapi mentaliti stoberi hanya sedap dimakan di lokasi yang mempunyai suhu yang sejuk.

Sejak itu juga, aku merasakan stoberi itu buah yang comel. Sejenis buah yang kuidamkan. hehehe...

Sehinggalah 24 Mac lalu ketika aku berada di bumi China. Kebetulan sebuah kedai menjual buah buahan  dan banyak lori lori di tepi jalan yang menjual stoberi dengan meriahnya.

Memang aku seperti jakun. Ye jakun dengan harga stoberi yang membuatkan aku hampir pengsan. Murahnya! Besarnya! Cantiknya!

Maka dengan gembira aku memborong 1/2 kg setiap hari. Hari hari pasti ada stoberi. Dan hari hari akan aku pergi beli.
Rasanya sungguh manis. Buahnya masak ranum dan besar. 2 kali ganda saiz stoberi di sini. Harganya 500g lebih kurang 9yuan=RM4.50. Pasti aku kagum. Buah segar. Sesegar dari ladang yang baru dipetik hari hari.

Iye memang aku jakun dan kagum dengan stoberi tersebut. Kerana semalam, bila aku terlalu teringin menjamah stoberi, aku terpaksa tanya berkali kali betul ke harga ni???? 250g = RM 11.90. Rasanya, tidaklah mahu kubandingkan tapi hakikatnya membuatkan mulut gatal. Mungkin kerana buahnya diperam dan disuntik dengan sejenis bahan untuk memastikan ianya tahan lama. Walaupun kecewa, aku tetapkan habiskan jua. Lalu, hari ini aku pasrah stoberi hanyalah sejenis buah untuk didamba bukan untuk dinikmati di sini. Melainkan aku sanggup naik ke Tanah Tinggi semata-mata hendak menikmati stoberi.

Terimalah hakikat.

Bukan untuk dinikmati tetapi hanya untuk belajar S for Strawberry.


Kamera: T700
Lokasi: Dapur rumah, Dengkil, Malaysia
Tarikh: 16 Apr. 2012
Tittle: Korea Strawberry

Kamera: E620 (14-42mm)
Lokasi: Atas katil, Long Ding Hua Hotel, Beijing, China
Tarikh: 24 Mac 2012
Tittle: China Strawberry



Ihsan foto: Zareena used her Canon
Lokasi: Cameron Highland, Malaysia
Tarikh: July 2011
Itulah kisah stoberi yang terpahat di hati. Apapun I Love Strawberry.

Sunday, April 15, 2012

Kalian dan Beijing

Walau dah 2 minggu berlalu, percutian 23-28 Mac 2012 lepas masih terasa seperti semalam berlalu. 

Moment itu sangat best!
Jika ditanya apa yang masih teringat ingat di Beijing. Ada 4 perkara yang saya masih tidak boleh lupa dan kalau boleh tidak mahu lupa.

1. Strawberry di Beijing
sedapnya stoberi. Murah, mudah didapati, segar, manis dan besar
2. The Great Wall.
Kagum dengan salah satu 7 wonders of the world
I think that
Chairman Mao said that 'He who has never been to the Great Wall is not a true man'
It is our national spirits, moreover, it will become a dream for friends from all of the world.
I agree that
Deng Xiaoping said that 'we love China, and we build Great Wall'
Nowadays, 'build Great Wall' aims at inspiring ethnic spirits, strengthening ethical cohesion and promoting China's image in the world as well as achieving prosperous economy.
I agree that
Great Wall , symbolizing sedimentation of  Chinese history and civilization of thousands of years and totem of Chinese ethical spirit, still stands on the top of mountains. It coheres the strong and enduring beliefs for billions Chinese people and stands for that our ethical spirit will multiply forever.
Therefore, I swear
Today I will climb Great Wall - Ba Da Ling!
Today, I will appreciate Great Wall culture again-enduring and persistent!
In the future, I will make changes on myslef and create bright life with the spirit of 'one will not become true man unless he has never been at Great Wall
-Just copied from The Great Wall Certificate-

3. Our tourist Guard - Ali
A man with his blue flag
His original name is not Ali. Nama timangannya Lee Xiao Guan. Tapi since beliau bekerja dengan Muslim Travel Company di China, jadi nama Ali lebih sinonim dengan beliau. Berpengetahuan luas tentang Islam kerana selalu bersama dengan kaum muslimin dari China, Malaysia, dan Indonesia juga kadang kadang Brunei.
Sangat petah berbahasa Indonesia dan Malaysia.
Banyak cerita dalam kepala. Spontan menjawab soalan yang bertalu-talu
On time dan merancang perjalanan sebaiknya,
Percutian kami sangat lancar dengan izin Allah dan dengan guide dari Ali.
Beliau memberi nasihat dalam setiap sudut. Dari sekecil kecil perkara sehingga sebesar besar nya. Yang penting ikut sahaja cakapnya kerana dia betul betul masak dengan perangai orang Malaysia.
Mulanya kami tidak percaya tapi memang benar apa yang dicakapnya.
Orang Malaysia:
1) Naik bas suka tidur
2) Makan makanan ringan
3) Suka cakap 'yeke'
4) Turun bas mesti nak 'nyanyi'. Tapi nak yang selesa sahaja.
5) Suka shopping. Kalau tidak bagi limit masa boleh sampai kedai tutup baru balik.
Terbaiklah Ali. Terima kasih ya. Kamu buat saya mencintai bahasa saya lebih banyak lagi. Bila seminggu berbahasa Melayu baku berkomunikasi sama kamu. 

4. 1 Sweet Couple and 8 Beautiful Ladies.
sweet couple: Im & Syud
Pasangan yang baru 2minggu berumah tangga.
honeymoon dengan kawan-kawan
im yang sangat sporting 
syud yang berbagi kasih dengan kawan-kawan
hahaha..
but dear
both of you so sweet
thanks for organized this trip for us

Best fren 4eva~ Zareena & Najlaa
Love both you dear
Nanti kita plan trip lagi nak :D
Tak puas seminggu bersama kamu

Ieda
This pretty lady sangat sweet. Hari hari bekalkan kami dengan sambal ikan bilis. Thanks ieda.

with Karm 

and With aunty (bonda Karm)
Walaupun sebelum ni, saya tidak mengenali Ieda , Karm dan aunty tapi di sana kami seperti dah kenal lama.
Mereka semua sweet sangat sangat dan menceriakan hari hari kami di sana. Semoga lepas ni ada lagi kesempatan untuk holiday sama sama :)

Beautiful lady~ Amy
Amy gadis penang. Fly dari Penang berkampung di LCCT sementara menunggu kehadiran kami.
Very humble dan helpful.
Best sangat-sangat kenal Amy.
Lepas ni kita p jalan jalan lagi ye. ;)
Dear friend ~ Munyee
Thank you Munyee for being part of this happiness. I really appreciate it.
Hope we will plan another trip together  :)

And Last but not least my dear brother Abg Shah. Thanks tolong hantar and ambil kat Airport. Kena tunggu lama sebab flight delay and kena bangun awal awal pagi hantar kami ke airport.

To all friends, thank you for the moment. Love yaaaa....hope to see you all again and let plan another trip ;)

Beijing Trip:

Beijing: Day 6

28 Mac 2012 (Rabu).


Buka je mata di awal pagi. Hermmm..last day we are here. Walaupun dah mula merindui masakan Melayu tapi saya tak mahu moment bercuti ni habis. Bahagianya 6hari 5 malam di sini. Kami di jaga seperti puteri raja. Semua diatur. Tak sanggup nak kembali ke alam realiti esok.

Walaupun lemau tapi kami bersemangat hendak bergambar bersama trench coat baru. Lalala...
Di lobi, Ali dah menanti meminta kunci bilik.
minta autograf Ali

macam artis plak rasanya

with Ali~~

the beautiful ladies with new trench coat ~ minus Ali
Kami yang sememangnya on time sejak dari awal lagi, bertolak meninggalkan Long Ding Hua Hotel pada jam 8.30am. Bas menjadi sangatlah padat. Sehinggakan mereka terpaksa berhimpit di belakang.
siap dengan belon berhimpit sekali 

bagasipon bersasak-asak
 Kamu masih punya wang lagi? Habiskan di sini. Last station sebelum ke Tianjin Airport ialah Food Street di Tianjin. Memang habiskan je berapa yang tinggal.




Teringat lagi. berulang kali Ali memberi penjelasan tentang jalan keluar dari pasaraya ni. Rupanya kerana ianya gak mengelirukan. Ada 4 pintu yang semuanya kelihatan sama. No wonder Ali dok ulang-ulang macam recoder. 

Last menu for lunch.
Restoran hanyalah bersebelahan dengan Food Steet. 


macam ikan sepat je

sup air masak

serunding jugak rebutan kami tapi yang lain pun licin
 Selepas makan dan shop for the last time. Duit betul betul habis. Tak tipu punya... (*Ali selalu cakap kami tipu dia kerana asyik cakap duit sudah habis tapi tiap kali membeli banyak juga..hahah)

Ali hulurkan kertas penilaian. Kami siap komen menggunung puji Ali. Tapi dalam bahasa Inggeris. Ali tak paham. Dia lipat-lipat simpan. We love you Ali :D
 On the way to Tianjin Airport. Saya sempat snap beberapa foto menarik menunjukkan keindahan bumi China di hujung winter.

Ali tanya: 'di mana ini?'
Dia pun tak perasan ka.. di tepi jalan daa..

Tesco

Eye on Beijing
kami jerit ramai-ramai  'sakuraaaaaaa'
Episod terakhir. Tianjin Airport.





Lihat luggage ku ;)


bye bye Beijing dan Tianjin
Tamatlah percuti 6H5M di Beijing, China 2012. 
Terima kasih kepada kawan kawan yang super awesome sepanjang percutian tersebut.