semalam bicara sepi
mengukir manis bibit-bibit kata
terasa indah menyusuri jambatan hati
seperti tidak mahu ada akhir dihujungnya
tinggi di awan menyusuri pelangi
dibuai warna warni kehidupan
kekadang mendung
kekadang hujan
kekadang cerah
indah
namun lumrah kehidupan
datang guruh berdentum mengejutkan khayalan mimpi
kilat menyabung menyambar sekeping hati
sakit dan parah luka itu
berlari-lari menyusuri lereng-lereng bukit
walau indah pandangan jauh
tapi penat mendaki
mencari pembalut luka di hati
berlari dan terus berlari
mendaki dan terus mendaki
semakin penat
parut luka terubat sendiri
kaki terus melangkah
tidak perlu lagi mengubat luka
tapi hati terus mendaki
ingin mencapai puncak
mencari D.A.M.A.I di hati
******@@@@@@@*******
dah habis daaa...kalau xpaham xyah pening2 nak faham..hehehe...