Tuesday, July 5, 2011

6 Tahun sudah berlalu..

tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermulanya kehidupan~
hari ni genap 6 tahun sy memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di IPTS. nak sebut pensyarah sebenarnya saya belum layak kerana ilmu di dada terlalu banyak kekurangannya lagi. bagaikan mimpi jadi kenyataan bila menerima tawaran interview sebagai pensyarah di Kolej Unikop. Tarikhnya dah lupa tapi kalau xsalah seminggu sebelum 5 July 2005.

Sekadar renungan sebuah kenangan bermulanya sebuah kehidupan...

'Hello boleh sy bercakap dengan cik Fazilah?
 iye saya bercakap.. *skema xayat?
ok..sy dari Kolej Unikop. Sy ucapkn TAHNIAH pada cik kerana kami ingin menawarkan jawatan pensyarah Matematik di Kolej Unikop pada cik.
Err...haaaa...err...Terima Kasih ..terima kasih... *senyum sampai kt telinga sampai mata hilang seketika..
boleh cik dtg kerja pada 5hb July? isnin depan..InsyaAllah boleh...nak tanya dekat sana ada penginapan disediakan x? owh kita ada asrama..mungkin buat sementara cik boleh tinggal di asrama..ok2..terima kasih...

letak jek telefon...'makkkkkkkkkkkk...adek dpt kerja jd pensyarah kt Kolej Unikop..Alhamdulillah...syukur sangat..sukanya......................

selepas solat maghrib..dipanjatkan kesyukuran pdNya..Allah Maha Mendengar..masih teringt lagi..ketika rezeki kawan2 yang lain (*mai n cupin) dah jd pensyarah di PTPTL dan Baitulmal sy benar2 cemburu dan sesak memikirkan adakah sy layak menjd pensyarah juga? tp sy nekad untuk mencuba nasib. berbekalkan info dari mai n cupin, berpuluh2 resume telah sy hantar ke kolej2 swasta. merata2..lagipon waktu tu senang nk dptkan pengesahan sijil dr GPK sebab kebetulan jd guru ganti (*ajar add math n fizik kt SMK Temin). 

Alhamdulillah ketika dalam perjalanan ke UPM untuk menghadiri ekspo kerjaya anjuran FELDA sy mendpt panggilan telefon dr Unikop untuk menghadiri temuduga.  Masih ingat lagi ketika mohon cuti dari Boss(gelaran untuk pengetua SMK Temin), boss cakap ' Fazilah, awak jgnlah jd cikgu je sebab awk boleh pergi jauh, tapi kalau nk jd cikgu juga bagitau saya..' terima kaish boss..pengalamn mengajar di SMK Temin adalah pengalaman paling berharga dalam hidup. sy rasa bagaimana susahnya handle adik2 tingkatan 1 Tekun yang berlari2, merangkak2 kt belakang kelas sebab nk lari keluar. diorang xpaham perli2..kn jaga elok2..sy yang ketika itu terkenal dgn gelaran 'ms senyum' sebab xreti nak marah..balik sekolah kena migrain..adooiii...tapi seronok...tapi dgn kenangan itu jugak sy bertekad nk jd pendidik tp bukan di sekolah sebab sy xmampu..xmampu nk jerit2 nnt sakit kepala..sy nak jd pensyarah..

Alhamdulillah..mungkin kerana pengalaman di SMK Temin sy terpilih menjadi pensyarah di Unikop. masih ingat lagi ketika En. Azam (Usu) bagi soalan bonus 
'andai kata awk diberikan gaji lebih rendah dari sekolah bayar awk (*sek bayar RM 26.30 sehari guna kelulusan SPM sebab belum konvokesyen lg) awak terima x kerja kt sini?
dgn selamba sy jawab 'saya akan terima sebab sy nak jd pensyarah. sy nk mengajar dan sy nk belajar'
*semua panel senyum (*Usu n K.zue ingat lg x? mesti xkan..hehee...tp sy xkan pernah lupa..terima kasih usu, k.zue, arwah k.pu3, dan k.sue HR).

Tarikh melapor diri 5 July 2005 sy akan abadikan dlm kenangan. tapi hari ni sy br tahu dan terfikir..owh hr ni bezday shahril(*senior sy di Math Dept yg sgt byk membantu perjalanan permulaan karier sy..Terima kasih shahril..Selamat Ulangtahun Kelahiran hari ni). Sy masih teringt ketika Shahril bawa kami round2 kolej, sy slow talk dengan shahril
'boleh x kalau sy nak balik rumah ptg ni. nanti 2 3 hari lagi sy dtg balik memandangkan kelas bermula isnin depan(*kami diberi masa seminggu untuk prepare teaching file). 
bukan suka2 nak minta balik tapi sebenarnya pd3 July 2005 buat pertama kali bapak masuk ward. sy xsampai ht nk tinggalkan bapak. sy dh mula berbelah bagi nk pergi lapor diri ke x. tapi bapak bertegas pegi jgn xpergi pak ok je. nnt 2 3 hari lg bolehla kluar wad. 
setelah berbincang dengan HR, tarikh lapor diri saya dalam rekod ialah pd 7/7/2005...

Sy kembali pd 7/7/2005. bukan mudah nk mulakan kerjaya sebagai pensyarah di Kolej Unikop. sy kn ajar 4 courses. MAT 133, MAT 140, HNM 100, MAT 183. Tanpa bantuan shahril, k.zue, hamim, nadia, faizal sy rasa sy xmampu nk teruskan usaha. Terima kasih kalian. sy xpernah lupa study sampai 2 3 pagi. belaja ngan hamim macam belaja dr 0. TQ...

kenangan di Unikop, cabaran, dan pengalamn sungguh berharga. sy kenal erti hidup sebenar. sy sgt2 enjoy mengajar. sy sgt suka! xpernah terlintas nk berhenti kerja sebab gaji kecik dan sebagainya..sikit2 kumpul duit nk beli kamera digital pertama (Olympus 3.2 Mp~ada lagi sampai sekrang cuma dh rosak), HP baru (*Z550i ~dh hilang) dan laptop pertamaku (*BenQ tercinta ~ dh dicuri). gambar2 unikop hilang bersama benQ. sangat sedey hockey!!!!!!!!!!!!! tapi kenangan yg bertakhta di hati xkan pernah lupa.

ingat di ats meja pertama sebagai Ms Fazilah (tu meja kt dlm gmbr tu) air mata menitik masa baca diari hitam yg ada sampai sekarang 'sy ingin menjdi seorg pensyarah, adakah ruang untukku?'sepertinya aku tidak layak tp aku tidak pernah jemu memohon dan meminta dariMu ya Allah..biarlah masa menentukan kerana Engkau adalah perancang terhebat..tapi aku memohon diberikan kesempatan berkongsi ilmu dgn mereka, demi agama, bangsa dan negaraku..ameen...Alhamdulillah ya Allah...sujud syukur pdMu...

2 tahun berlalu...

Jun 2007, sy dpt offer di KTT sepang. tapi berat hati nk tinggalkan Unikop. sebab kalau ikutkan hati memang tidak mahu..namun 'kehidupan harus diteruskan. desakan hidup dan keluarga yang ketika itu membuka minda hanya untuk 'guru'. pernah sekali sy pergi pepriksaan KPLI. y menangis kot masa tgh exam(*tp xde lah yg perasan). sy tahu bukan itu yg sy mahu. sy xmampu menjdi seorang guru. terlalu tinggi martabat seorang guru..dan sy buat ikrar ini..
'ok adik janji..sampai hujung tahun 2007 kalau xdpt mana2 kerja sbg pengajar di tempat lain adik jd cikgu. ok..deal'

September 2007 
selepas 3x miskol dlm temph 3minggu..sy menjadi tertanya2. sapa yg kol eh. kollah balik.
 'sy dr CUCMS..
hah? apa tu? bila pulak aku apply nih..(*xperasan click2 apply kt jobstreet agaknya)
Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya...
oooo...ok interview kol 11.30 hari Khamis.

ok. amek cuti hari khamis. ganti kelas siap2.

perjalanan ke cyber mencabar betol. siap kena beli kasut baru kt KL sentral sebab sakit kaki. sampai CUCMS kul 11.25 setelah driver teksi pusing2 satu cyber mencari CUCMS last2 landmark hassan cafe jugak yg dia tahu..hampeh tol...tp berjaya juga sampai tepat pd masanya. penat! kluar rumah pukul 7.30am kot. interview paling lama pernah dihadiri..1 jam. 

ntah apa yg disembang. ajar tajuk definition of derivatives dgn konfidennye..konon2 dh ada pengalamn mengajar 2thn...bla bla bla...
'ok  good i've learned something new today'..(*owh bangga2)
'ok sy kenalkan ini Dr Basir, satu satunye lecturer math kt cucms nih'..sy registrar CUCMS..
what?????? muka pusat lesi..abes putih serelah...aku ajar some1 yg ada phD in MAth. OMG...diam..menggigil...

lepas sejam. dipanggil balik masuk bilik interview. haih xabes lg ke...
'ok tahniah kami ingin offer jawatan ini pd cik..tp nak tanya betul2 nak terima x?
'err...ok sy terima dgn syarat....(*xsesuai dikongsi)

ok deal. lg sebulan kita jumpa lg..

tarikh 22 Oktober 2007. sy sebagai instructor di CUCMS. ingat lg kelas pertama sy menggigil tp pandai cover. hanya Tia dan k.Ati yg tahu perasaan sy ketika itu...but boss..Thank you..
terima kasih bagi sy peluang ni..sy disini hampir 4thn..dan sy masih seperti ini..
Doakan sy menjadi seseorang satu hari nanti..insyaAllah...

5 July 2005..
bermulanya satu langkah perjalanan
menyusuri lereng-lereng kehidupan
onak dan ranjau
susah payah
saat duka dan mesra
segalanya bermula
di sini aku hari ini
kerana tarikh itu
tidak mungkin aku mampu memutar jam 
mengimbas waktu itu untuk berlaku lagi
tp aku tidak akan pernah lupa
kerana tarikh itu
aku di sini




4 comments:

  1. glad u choose cucms. glad to have you as my sis :)

    ReplyDelete
  2. me too syud..n glad u ad ams i sorg2 survive kt bumi gersang nih..ecehhh

    ReplyDelete
  3. menjadi seseorang tu boley define lebih lanjut?

    ReplyDelete
  4. uhuks..seseorang yg lebih cemerlang... :)

    ReplyDelete