Wednesday, July 20, 2011

Arah itu..

Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ini
aku dah hilang arah tujuku
cahaya itu semakin jauh
semakin kelam
hampir hilang

Sesekali aku menoleh lorong di belakang
indah
mudah
walau ada sedikit rintangannya
tapi aku telah laluinya dengan tabah
terjengket jengket aku mengintai tepian lorong itu
mengimbas kembali lambaian senyuman dan dorongan
dari mereka
melontar semangat
dan mungkin kerana itu aku kuat
ketika itu juga
aku lakukan yang termampu dayaku
ingin melihat lorong cahaya di depan yang begitu indah
ramai orang melaluinya
aku juga mahu
aku akan lakukan
dan aku telah lakukan

Terlalu lama aku menoleh mengintai lorong di belakang itu
kaki terpaksa terus melangkah
mengikut arus
lemah longlai
mungkin kerana terlalu lama aku leka

Lorong di depan semakin payah dirempuh
begitu banyak duri yang perlu ditempuh
sesekali melihat tepian lorong
sepi
tiada sesiapa di situ
aku lemah longlai lagi
semakin lemah
sesekali terjatuh
dan aku disapa dari sayup sayup suara
'bangun dan teruskan langkahmu'
aku berusaha bangun lagi
tapi langkah itu tidak segagah dulu
mudah benar tersadung 
mudah benar tersungkur

Sesekali mencari tongkat membantu perjalananku
namun tiada yang mampu menampung
jauh lagikah lorong di depan?
sampai bila sayup sayup suara itu dari kejauhan

Tiada lagi dayaku
menebas lorong di depan untuk dilalui
mahu saja aku berhenti di sini

Keluar mencari lorong lain yang lebih indah
mencari sinar lain yang lebih gah
namun terlalu jauh lorong belakang yang telah aku lalui
terlalu banyak yang aku pelajari
sedikit kesal jika aku biarkan ianya berlalu pergi
kerana ianya terlalu bernilai untuk dihargai

Dan aku buntu
sepi


Jom layan lagu nih...



Monday, July 18, 2011

Gelodak geledak

minda dan hati tgh gelodak dan geledak. serius sgt runsing. kenapa runsing? itulah mslhnye xleh nk cerita. adooiii...bila ada satu masa dan ketika kita kena settle kan sendiri semua masalah  dan alam2 serabut makanya kita lebih suka menyendiri. xsemua boleh dikongsi. apatah lagi dlm ruangan blog nih. 

disebabkan sesuatu yg seang bersarang dalam kepala hotak nih makanya sy suka jogging tiap2 petang kt cyberpark sorang. sambil jogging mata dan kepala tunduk sambil memikir2..sesekali berjalan menutup mata menghirup udara segar. terasa ringan seketika benak fikiran nih. addoooiiii...

banyak perkara yang sy belum bersedia rupanya..serius belum lagi...
sampaikan esok nk kena bg talk pon belum bersedia lg..xde idea nk buat slide..dh tdo td konon2 boleh segarkan minda..tp xsangka makin serabut adalah...

rupanya bukan sy sorang. tempat sy selalu mengadu masalah dan mengurai keserabutan sy juga sedang serabut. cubaan dia lgi hebat. bertabahlah kakakku syg...kalau dibandingkan ujian dia dan sy skrg..sgtla jauh bezanya..aku sedang belajar menjadi kuat sepertinya...

Ya Allah berikan kami kekuatan..berikan kami ketenangan hati..berikan kami kemudahan menghadapi liku2 kehidupan ini..insyaAllah...

Semoga kesihatan Irfan bertambah baik. Maksu doakan..insyaAllah...

Saturday, July 16, 2011

Langkawi~

sudah lama tidak mengupdate entry jenjalan nih...

ok next location LANGKAWI...

ini kali ke2 sy ke Langkawi. first time dulu masa zaman kanak2 sekolah. so kali ni nk bawa mak jalan2 Langkawi sebagai seorang yg mampu menampung perbelanjaan itu.hhehee...*padahal guna duit return dr LHDN hehhe..dpt RM600++ . memang dh niat dh bawak mak p Langkawi :)

Setelah penat difikir2 nak naik keretapi or bas. kesimpulannya terlalu byk kelebihan naik bas. maka Syud tolong hantar ke Putrajaya Sentral yg hanya 10min dr rumah. compare dgn KL sentral lebih kurang 30min. Rupanya sangat mudah nk ke Langkawi. KAlau tahu mesti dah pergi berkali2. 

Dari Putrajaya Sentral beli je tiket terus ke Kuala Perlis then naik feri terus ke Langkawi. Mudah2..tiket xingt harganya tp dlm +-RM50 la kot. Tapi destinasi kami terlencong sikit sebab ada kenduri kawen di Bukit Mertajam. Maka kami turun di Butterworth. Perjalanan yg ambil masa 5jam30 min (*bertolak 10mlm sampai 3.30 pagi) memang selesa. kerusi bas sekarang kebanyakannya VIP seat dh..

kita abaikan cerita kenduri..

dr butterwoth nk ke Kuala Perlis dh xsempat sebb waktu tu dh pukul 4petang. Maka kami melencong naik bas transnasiaonal ke Pekan Rabu (*ni idea kakak bas).  dari Pekan Rabu tunggu bas ke Kuala Kedah. haaa part nih mmg best. Dah lama xnaek bas lompat2 dan ada loceng bulat

kenapa xnaik teksi dr sini? harga tambang teksi RM18 berbanding harga tambang bas RM1.30. ok bezanya adalah masa. kalau naik teksi mungkin 10min tapi naik bas 40min. kejap2 berhenti. cuak jugalah takut xsempat nak kejar last feri kul 7.00pm.

Alhamdulillah sempat sampai kul 6.40pm. mujur abg dh belikan tiket. Tambang dr Kuala Kedah mahal sikit dari Kuala Perlis. Tapi lebih kurang jekot kalau ikutkan jarak dr Butterworth td. Feri Kuala Kedah besar2..dan kebetulan waktu tu dh senjakala. mmg satu perkara yg sgt sy suka bila dapat tgk sunset dr tgh laut...

on d way dlm feri ada seorang lelaki yang tiba2 sesak nafas kami terpaksa berpatah balik. jadi waktu sampai dh malam. Lebih kurang 2jam 30min perjalanan. 

sampai di Langkawi, jangan risau kereta sewa berlambak2. hulur jek RM60-100 boleh dpt mcm2 jenis kereta. Kami ambil 2buah kereta satu auto dan satu manual. RM120. Isi minyak RM15 boleh pusing satu Pulau Langkawi. 

Hotel Malibest mmg best. berhadapan dengan laut. Bukak je pintu terus nampak laut. Xpayah pakai selipar terus jek berlari terjun laut. mmg best. RM140 boleh masuk 5orang.  

Pantai Chenang mmg cantik dan bersih. Jom tgk view yg diambil menggunakan Cik Oly..
juz in front of our room
pokok kelapa n Pantai Chenang

Malibest
ok then, baru jalan2 pusing Langkawi.
memang banyak tempat yg menarik tapi tengok kesesuaianla..antaranya
1) Langkawi Cabel Car ~ RM30/person
2) Aquaria ~ RM 28/person
3) Telaga Tujuh
4) Kota Mahsuri~ RM5/person
5) Beras Terbakar
6) Jalan2 pusing Langkawi

Tgk gambar jelah..tidak ada penerangan terperinci. Balik naik Flight. 40min sampai ke KLIA...but Langkawi I'll come again..

sekitar Kota Mahsuri
rasa2nya beras terbakar or beras dibakar?
Dataran Helang

Friday, July 15, 2011

Tak Tahu?

tajuk entry Tak Tahu
a'a sebab aku Tak Tahu apa mahuku
Tak Tahu Tak Tahu
kalau xde gedix2 nk ada
bila ada depan mata
aku mula kayuh kaki lari laju
dok diam2 mcm menyorok bawah bangku
sebab apa
ntah sebab akupon Tak Tahu

mesti anda tengah garu2 kepala apalah minah nih merepek kan?
sebab saya pon Tak Tahu apa yg tengah dimerepekkan...

ok jom kupas satu satu

pertamanya..
Tak Tahu dah bersedia ke belum nak sambung belajar
kalau ikut hati mahu habis jek terus tamat belajar
tapi sudah pasti itu mustahilkan
huhuhu..Tak Tahu pk 2x mahu pk banyak kali Tak Mahu
last2 pk2 Tak Tahu

keduanya..
bila ditanya awak sudi x berkawan dgn sy?
sy xjawab pon
diam membisu 
sebab?
saya Tak Tahu

ketiganya..
adik fikirlah elok2
kalau on jek
insyaAllah jadi semuanya
haaa? 
pasal apa nih?
haiiiyaaaa...bukan saya xpaham tapi buat2 Tak Tahu
sebab Tak Tahu hati mahu ke tidak
aaaaaa Tak Tahu

keempatnya..
Tak Tahu lulus ke x permohonanan tu..
sedang nantikan keputusannya dalam masa 2minggu..
cepatlah nk Tahu

kelimanya..
lagi satu yg ditunggu jawapan itu
Tak Tahu jawapannya apa
katanya kena tunggu hujung bulan

so sekarang banyaknya benda yang Tak Tahu
Tak Tahu
Tak Tahu

Kalau benar2 pk pasal Tak Tahu mmg aku jadi @__@ laaa jawabnya
so?
senang2 buat Tak Tahu jelah kan...
signal mudah angkat bahu

Wednesday, July 13, 2011

Macam2 daa

Sebelum macam-macam saya umumkan bahawa sekarang saya free..oppsss free? *yelah free dr mengajar. jgn fikir bukan2 hokey..lepas habis short semester last monday yang haru biru tu muka sy dh bertukar ceria. keje2 mengajar dh setel, yang tinggal keje mengupdate file yang mana sy sgt suka akan kerja2 menyusun fail itu.  hehehe...

sy tengah menyusun kembali tatacara penghidupan saya yang dh berterabur sejak dari tahun 2009. sikit2 sy susun. sy ubah susun atur bilik. sy selongkar setiap inci ruang bilik mencari segala yang tersembunyi *jika ada..sehinggakan seekor semut pon sy akan jejaki..*wahhh sy sangat rindu diri sy yg ini..cuma belum letak fresh flower balik dlm bilik sebb bunga2 hidup semua dh mahal..*save budget letak pokok keladi hidup jela :(

kat opis..
sy sedang menyusun dan membelek fail2 yang ada. printout segala index yg perlu termasuk fail2 peribadi. sy ada lebih kurang 15 fail semuanya..banyak x? hehehe..

sy sedang merekod kembali urusan2 jual beli yg telah berlaku selama ini..*sy mmg suka kerja mengaudit dan mengira...

tetibe saya dapati..
1)aliran tunai tidak begitu membanggakan 
2)sy tidak ada apa2 untuk dimiliki lagi (*apa yg dicita dh ada)
3)sy nak berjalan2 melihat bumi Allah
4)macam mana nk mengumpul aliran tunai yg banyak?
5) owh satu lagi..mata baru untuk cik oly..insyaallah kalau ada rezeki..bersabarlah cik oly..
jadi, perancangan ini yang lebih menjadi tumpuan sehingga menyesakkan benak minda dan fikiran..
untuk kesimpulannya...
1)sy nk cari side income
2)makan gaji jek xkan bawa anda ke mana2
3)ilmu sy dh stuck..jd sy kn cari ilmu lagi (*jgn berhenti menuntut ilmu hingga ke negeri China) jom   pegi China...
4)sy nk bzkan diri dengan menjadi seseorang(*seseorang? iye seseorang yg  ingin jadi satu masa dulu..seorang yg bersemangat)
5)sy dh tutup kamus cerita itu rapat2 (*dah xmao buka dah. kunci hati dh hilang..kalo terbuka sendiri maknanya mungkin 'si dia' dh berjaya pecahkan pintu le kot..huhu)

6)dulu sy memikirkan sy menunggu kehadiran 'si dia'..tapi apa akan jd kalo 'si dia' xmuncul? maka sy perlu bersedia untuk menyusurinya seorang diri..kena persiapkan diri! kena kuat! jadi kepada yg dlm percubaan nak buka kunci..sebelum menjadi terlalu keras seperti batu silalah ye *ayt xleh blah..
7)sy adalah sy..
8)rekod peribadi yg terbaik telah sy pecahkan semalam apabila berjaya berjogging 2round tanpa henti.heheh...suka2...
9) minggu depan sy akan bg motivational talk kepada pelajar yg lemah di USJ. sy excited sebb selama ni selalau berdoa sy nk berkongsi pendapat dan motivasi supaya anak2 bangsa sy xdown dan berjaya...huhuhu...suke suke..sape nk ikut jom!

Tuesday, July 5, 2011

6 Tahun sudah berlalu..

tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermulanya kehidupan~
hari ni genap 6 tahun sy memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di IPTS. nak sebut pensyarah sebenarnya saya belum layak kerana ilmu di dada terlalu banyak kekurangannya lagi. bagaikan mimpi jadi kenyataan bila menerima tawaran interview sebagai pensyarah di Kolej Unikop. Tarikhnya dah lupa tapi kalau xsalah seminggu sebelum 5 July 2005.

Sekadar renungan sebuah kenangan bermulanya sebuah kehidupan...

'Hello boleh sy bercakap dengan cik Fazilah?
 iye saya bercakap.. *skema xayat?
ok..sy dari Kolej Unikop. Sy ucapkn TAHNIAH pada cik kerana kami ingin menawarkan jawatan pensyarah Matematik di Kolej Unikop pada cik.
Err...haaaa...err...Terima Kasih ..terima kasih... *senyum sampai kt telinga sampai mata hilang seketika..
boleh cik dtg kerja pada 5hb July? isnin depan..InsyaAllah boleh...nak tanya dekat sana ada penginapan disediakan x? owh kita ada asrama..mungkin buat sementara cik boleh tinggal di asrama..ok2..terima kasih...

letak jek telefon...'makkkkkkkkkkkk...adek dpt kerja jd pensyarah kt Kolej Unikop..Alhamdulillah...syukur sangat..sukanya......................

selepas solat maghrib..dipanjatkan kesyukuran pdNya..Allah Maha Mendengar..masih teringt lagi..ketika rezeki kawan2 yang lain (*mai n cupin) dah jd pensyarah di PTPTL dan Baitulmal sy benar2 cemburu dan sesak memikirkan adakah sy layak menjd pensyarah juga? tp sy nekad untuk mencuba nasib. berbekalkan info dari mai n cupin, berpuluh2 resume telah sy hantar ke kolej2 swasta. merata2..lagipon waktu tu senang nk dptkan pengesahan sijil dr GPK sebab kebetulan jd guru ganti (*ajar add math n fizik kt SMK Temin). 

Alhamdulillah ketika dalam perjalanan ke UPM untuk menghadiri ekspo kerjaya anjuran FELDA sy mendpt panggilan telefon dr Unikop untuk menghadiri temuduga.  Masih ingat lagi ketika mohon cuti dari Boss(gelaran untuk pengetua SMK Temin), boss cakap ' Fazilah, awak jgnlah jd cikgu je sebab awk boleh pergi jauh, tapi kalau nk jd cikgu juga bagitau saya..' terima kaish boss..pengalamn mengajar di SMK Temin adalah pengalaman paling berharga dalam hidup. sy rasa bagaimana susahnya handle adik2 tingkatan 1 Tekun yang berlari2, merangkak2 kt belakang kelas sebab nk lari keluar. diorang xpaham perli2..kn jaga elok2..sy yang ketika itu terkenal dgn gelaran 'ms senyum' sebab xreti nak marah..balik sekolah kena migrain..adooiii...tapi seronok...tapi dgn kenangan itu jugak sy bertekad nk jd pendidik tp bukan di sekolah sebab sy xmampu..xmampu nk jerit2 nnt sakit kepala..sy nak jd pensyarah..

Alhamdulillah..mungkin kerana pengalaman di SMK Temin sy terpilih menjadi pensyarah di Unikop. masih ingat lagi ketika En. Azam (Usu) bagi soalan bonus 
'andai kata awk diberikan gaji lebih rendah dari sekolah bayar awk (*sek bayar RM 26.30 sehari guna kelulusan SPM sebab belum konvokesyen lg) awak terima x kerja kt sini?
dgn selamba sy jawab 'saya akan terima sebab sy nak jd pensyarah. sy nk mengajar dan sy nk belajar'
*semua panel senyum (*Usu n K.zue ingat lg x? mesti xkan..hehee...tp sy xkan pernah lupa..terima kasih usu, k.zue, arwah k.pu3, dan k.sue HR).

Tarikh melapor diri 5 July 2005 sy akan abadikan dlm kenangan. tapi hari ni sy br tahu dan terfikir..owh hr ni bezday shahril(*senior sy di Math Dept yg sgt byk membantu perjalanan permulaan karier sy..Terima kasih shahril..Selamat Ulangtahun Kelahiran hari ni). Sy masih teringt ketika Shahril bawa kami round2 kolej, sy slow talk dengan shahril
'boleh x kalau sy nak balik rumah ptg ni. nanti 2 3 hari lagi sy dtg balik memandangkan kelas bermula isnin depan(*kami diberi masa seminggu untuk prepare teaching file). 
bukan suka2 nak minta balik tapi sebenarnya pd3 July 2005 buat pertama kali bapak masuk ward. sy xsampai ht nk tinggalkan bapak. sy dh mula berbelah bagi nk pergi lapor diri ke x. tapi bapak bertegas pegi jgn xpergi pak ok je. nnt 2 3 hari lg bolehla kluar wad. 
setelah berbincang dengan HR, tarikh lapor diri saya dalam rekod ialah pd 7/7/2005...

Sy kembali pd 7/7/2005. bukan mudah nk mulakan kerjaya sebagai pensyarah di Kolej Unikop. sy kn ajar 4 courses. MAT 133, MAT 140, HNM 100, MAT 183. Tanpa bantuan shahril, k.zue, hamim, nadia, faizal sy rasa sy xmampu nk teruskan usaha. Terima kasih kalian. sy xpernah lupa study sampai 2 3 pagi. belaja ngan hamim macam belaja dr 0. TQ...

kenangan di Unikop, cabaran, dan pengalamn sungguh berharga. sy kenal erti hidup sebenar. sy sgt2 enjoy mengajar. sy sgt suka! xpernah terlintas nk berhenti kerja sebab gaji kecik dan sebagainya..sikit2 kumpul duit nk beli kamera digital pertama (Olympus 3.2 Mp~ada lagi sampai sekrang cuma dh rosak), HP baru (*Z550i ~dh hilang) dan laptop pertamaku (*BenQ tercinta ~ dh dicuri). gambar2 unikop hilang bersama benQ. sangat sedey hockey!!!!!!!!!!!!! tapi kenangan yg bertakhta di hati xkan pernah lupa.

ingat di ats meja pertama sebagai Ms Fazilah (tu meja kt dlm gmbr tu) air mata menitik masa baca diari hitam yg ada sampai sekarang 'sy ingin menjdi seorg pensyarah, adakah ruang untukku?'sepertinya aku tidak layak tp aku tidak pernah jemu memohon dan meminta dariMu ya Allah..biarlah masa menentukan kerana Engkau adalah perancang terhebat..tapi aku memohon diberikan kesempatan berkongsi ilmu dgn mereka, demi agama, bangsa dan negaraku..ameen...Alhamdulillah ya Allah...sujud syukur pdMu...

2 tahun berlalu...

Jun 2007, sy dpt offer di KTT sepang. tapi berat hati nk tinggalkan Unikop. sebab kalau ikutkan hati memang tidak mahu..namun 'kehidupan harus diteruskan. desakan hidup dan keluarga yang ketika itu membuka minda hanya untuk 'guru'. pernah sekali sy pergi pepriksaan KPLI. y menangis kot masa tgh exam(*tp xde lah yg perasan). sy tahu bukan itu yg sy mahu. sy xmampu menjdi seorang guru. terlalu tinggi martabat seorang guru..dan sy buat ikrar ini..
'ok adik janji..sampai hujung tahun 2007 kalau xdpt mana2 kerja sbg pengajar di tempat lain adik jd cikgu. ok..deal'

September 2007 
selepas 3x miskol dlm temph 3minggu..sy menjadi tertanya2. sapa yg kol eh. kollah balik.
 'sy dr CUCMS..
hah? apa tu? bila pulak aku apply nih..(*xperasan click2 apply kt jobstreet agaknya)
Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya...
oooo...ok interview kol 11.30 hari Khamis.

ok. amek cuti hari khamis. ganti kelas siap2.

perjalanan ke cyber mencabar betol. siap kena beli kasut baru kt KL sentral sebab sakit kaki. sampai CUCMS kul 11.25 setelah driver teksi pusing2 satu cyber mencari CUCMS last2 landmark hassan cafe jugak yg dia tahu..hampeh tol...tp berjaya juga sampai tepat pd masanya. penat! kluar rumah pukul 7.30am kot. interview paling lama pernah dihadiri..1 jam. 

ntah apa yg disembang. ajar tajuk definition of derivatives dgn konfidennye..konon2 dh ada pengalamn mengajar 2thn...bla bla bla...
'ok  good i've learned something new today'..(*owh bangga2)
'ok sy kenalkan ini Dr Basir, satu satunye lecturer math kt cucms nih'..sy registrar CUCMS..
what?????? muka pusat lesi..abes putih serelah...aku ajar some1 yg ada phD in MAth. OMG...diam..menggigil...

lepas sejam. dipanggil balik masuk bilik interview. haih xabes lg ke...
'ok tahniah kami ingin offer jawatan ini pd cik..tp nak tanya betul2 nak terima x?
'err...ok sy terima dgn syarat....(*xsesuai dikongsi)

ok deal. lg sebulan kita jumpa lg..

tarikh 22 Oktober 2007. sy sebagai instructor di CUCMS. ingat lg kelas pertama sy menggigil tp pandai cover. hanya Tia dan k.Ati yg tahu perasaan sy ketika itu...but boss..Thank you..
terima kasih bagi sy peluang ni..sy disini hampir 4thn..dan sy masih seperti ini..
Doakan sy menjadi seseorang satu hari nanti..insyaAllah...

5 July 2005..
bermulanya satu langkah perjalanan
menyusuri lereng-lereng kehidupan
onak dan ranjau
susah payah
saat duka dan mesra
segalanya bermula
di sini aku hari ini
kerana tarikh itu
tidak mungkin aku mampu memutar jam 
mengimbas waktu itu untuk berlaku lagi
tp aku tidak akan pernah lupa
kerana tarikh itu
aku di sini