Saturday, April 30, 2011

taraaaaa...new header

cantik x new header?

entry bosan dan release stress..cantik x new header sy...
ada makna tersendiri mengikut firasat tuan empunya blog..
rasa nk letak gambar sendiri yg tersenyum ikhlas waktu tu..
teratai unik yg kembang cantik di tengah tasik tapi nampak sepi..
mencari DAMAI di hati..

Monday, April 25, 2011

Berganti hati..

sy mahu menulis..itu saja. 

3jam dalam hall semasa jaga exam td membuatkan sy melayangkan angan2 jauh entah ke mana. jauh sangat sampai bila dipk2 balik apalah yg minda sy merapu nih.

ketika sampai dan menyusun kertas soalan sy rasa enjoy buat kerja yang mesti disiapkan dalam masa 10min. kerja yg ada dateline. kerja yg ada matlamat jangka pendek. 

ketika student masuk dalam hall..sy melayangkan fikiran. dulu masa aku belaja, masa dh masuk exam hall xberani nk pusing2 kiri kanan, cuit sana sini, fokus cari no gilliran jek, kalo salah masuk line mesti malu sebab dewan besar kalo lambat cari nanti semua org pandang. tapi student hari ni, sy kena terjerit2 lebih 2x kot please do not talking in the exam hall!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! diam sekejap. bbbbbbbbbzzzzzzzz again! haih..anak didikku sayang..

3jam nk tunggu masa berlalu..jalan2 setiap lorong..setiap inci dalam hall sesekali duduk rehatkan kaki..sejenak melayang lagi..

andai aku bukan di sini..dimanakah aku? apa yang aku ada hari ini tidak pernah aku impi hadirnya sesempurna ini..tapi kekadang kenapa aku masih bersungut dan merungut. mcm ada sesungut..bosannn..nk cari keja lain pulak lah..persekitaran baru..
jauh melayang..berlegar2 otak berfikir. dah lama rasanya otak nih menjadi begitu lembab sekali. seronok jugak kalo kerja susun kertas jek dlm dewan peperiksaan..cukup mas kutip. serahkan pd pensyarah..silalah marking..kena jadi pegawai peperiksaanlah kalo mcm tu..

ke nak cuba menjadi seperti pegawai2 kerajaan. macam seronok kerja mereka. macam...realitinya saya tidak tahu. nak cubalah apply..hurmmm...berangan lagi..

sambil berjalan pulak, sempat lagi membelek kalkulator student. haih cover calculator. ambil! belek2 bekas pensil. ambil! jalan2 lagi..sambung berangan..

tapi boleh ke aku nk kerja mcm tu? jadi pegawai..xnaklah..sy nk jd ala2 kuli jek..kiranya mcm nilah..
'fazilah...tolong ambil fail itu ini..fazilah tolong fax kan itu ini..tolong itu ini..sambil sy berlari2 menyiapkn kerja itu..tp gaji nk mcm sekarang..boleh??? ish..terjanakah minda aku nanti?

apakah sumbangan pada agama. bangsa dan negara? seperti yang aku selalu doa. semoga aku dpt menyumbangkan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara..oopppsss..tukar sikit skrg..keluarga lebih utama..

sambil jalan beriringan menemani student ke toilet..no sembang2..sy melegar2kan lagi minda sy

jadi harus bagaimana aku mahu jadi? kalo fikir sesuatu yg melebihi jangkauan pengetahuan diri sendiri, inilah jadinya..tapi bagaimana dgn cita2 yg pernah tersemat kukuh d hati dan sanubari satu ketika dahulu? nak sambung master..phD..sekarang apa sudah jadi?? aku rindu dr goh *tetibe.

owhh...kusut2..sy mahu udara segar..dalam exam hall..sambung melayang..

apa sebenarnya yg aku mahu? jaw..aku sendiri tidak tahu. aku mahu aku yg dulu. 
yg petah berbicara
yg tiada prejudice pada sesiapa
yg menyayangi semua
yg senyum sentiasa
yg tenang hatinya
yg ceria di wajahnya
yg ikhlas senyum tawanya
yg sentiasa bersemangat waja
yg sentiasa bercita cita
yg punya teman jujur ikhlasnya

tiada ragu untuk berbiaca
tiada duka bertakhta di jiwa
tiada gusar di hatinya
tiada tikaman dari teman sekitarnya

saling bantu membantu
ikhlas dan setia menemani

sy rindu semua itu..xguna sy menoleh kebelakang mengingat memori silam. tapi rindu yg datang pada mereka tidak terbendung..sy rindu kalian..kak zue, arwah kak puteri, k.sharina, hamim, shahril, k.shida, usu, huda..

tapi sy kena akur tiada tempat yg cukup sempurna. ada sesuatu yg pelru dibayar dengan sesuatu. itu lumrah alam. ok sy memandang kehadapan.

tapi pandangan saya kosong..kabur..sy xnampak apa2 pun. 

kesimpulannya..sy bersyukur dgn apa yg ad apd hari ini. sy hargai kalian yg ada di sekeliling sy pd hari ini. kehadiran sesuatu dan seseorang telah ditentukan Ilahi. pasti ada hikmahnya kita bertemu dan bersua.

dh habis 3jam sy mengelamun.

pergi jenguk adik kecil molek di bilik admin. 
serius sy suka melihat keletah dia. comel..bertuahnya kamu abdul hafiz. Dia punya masa depan yg cukup cerah. kerjanya makin mantap hari ke hari. peribadinya bukanlah 100% sempurna..tp hampir sempurna. peneman hati dan gelisah sy. sepanjang sy di sini, dialah peneman hari ke hari. terima kasih Tia. 

seorang sahabat menerpa masuk. mukanya muncung. ada yg mengganggu jiwanya. sy yg masih melayang minda melihat keletahnya.
dia unik. jujur dan lurus orangnya. tp sering diusik. namun dia sabar dan tabah. air matanya tetumpah jika menyusuri bait bicara jiwanya. sabar ye teman. kamu mmg tabah. tapi sejujurnya maaf dari hati sy tidak dpt menemani kamu hari ini. jiwa sy juga sedang kacau. risau jika tidak dpt menenangkan situasi kamu. lebih baik sy berdiam. moga esok ada ruang bicara buat kita. 

jadi hari ini..sy ingin berganti hati. 
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam
esok lebih baik dari hari ini
dan hari2 muka lebih baik dari hari2 yang telah berlalu
insyaAllah..

sambil melayang lagu2 dr cerita 3 idiot. bagus untuk tontotan jiwa kosong seperti sy..tp lagu ini lebih memberi makna..*kalo ada masa jgn lupa tonton ye


Sunday, April 24, 2011

bahagianya mereka...

mode *menumpang bahagia...^__*

bahaginya dengar kawan2 semua tengah berbunga2 hati mereka..
ada yang bunga kembang setaman..banyak kupu2..senyum sorang2 sebab sedang bahagia..
sampaikan terkena tempias bahaginya dekat sy..

Bahagia 1..
bulan lepas (March) teman merapu sy baru mendirikan rumah tangga. masih berbunga2 lagi hati mereka. tapi masih sempat bermesej2 merapu. hehehe..bulan April ada berita gembira dari kamu..sy tumbang bahagia berganda. Tahniah dear..

Bahagia 2
adik sayang sy sedang bahagia..hehehe..siap bgtau dh booking tarikh 11.11.11..
ok2 akan direserve tarikh itu untuk kamu unless kalo kakak kamu pon nk meraikan hari bahagianya pd hari yg sama..hahaha..*ayt dengki
siapa adik syg sy? *identitinya dirahsiakan tapi kalo nk mengaku kt sini apa salahnya kan? ;)

Bahagia 3 dan 4
Tahniah Abang Nasa n Kak Faridah  dengan kehadiran puteri yang dinanti Nur Fatin Najihah. Fatin, aunty over excited tau!
Tahniah Kak Sharina dengan kehadiran Puteri Marissa cahaya hati ke 3. Aunty belom berani nk uli lg..hehehe.. 

Bahagia 5, 6, 7, dan 8
Tak sabar nak menunggu kehadiran orang baru penyeri hidup Cupin dan Sani. Kali nih sy pasti sampai visit kamu.
Wawa sangat excited nk adik. sy menanti kehadiran keluarga baru kami anak buah yg ke 21. hehe..
Kepada Salwa, tahniah dan mesti excited menanti kehadiran putera atau puteri sulung september nanti. insyaAllah..
Kepada Yaa n Piji..tahniah beribu2 tahniah dr aku..xpe ko jalan dulu..mesti penat dh tunggu aku..hehehe..

Bahagia 9
Kepada Mama (k.siti) semoga hari bahagia yang dinanti memberikan 1001 kebahagiaan dalam hidupmu..insyaAllah..sampailah kami d Sabah nanti bah..

Bahagia 10
 kepada Yunus dan Farah.. Selamat Bakal Pengantin Baru..

ada 10..mungkin lebih lagi..
aura bahagia mereka sampai kepada saya..hehehe...sy tumpang bahagia semua..semoga kehidupan kita dirahmati Allah sentiasa..InsyaAllah..

bahagia saya?
itu rahsia..hehehe...

Tuesday, April 19, 2011

Berakhirnya kisah pelangi, langit dan bumi

Kasihan pelangi
suramnya sinar pelangi
bukan pelangi tidak tabah
bukan pelangi sengaja melayan perasaannya
namun pelangi sedang berusaha kuat melawan sebak hatinya

entah kenapa
perlukah dijelaskan semua
pelangi benar2 tidak mahu mendongak ke langit
mahupun memandang bumi
biar kisah pelangi berakhir di sini
sampai d sini sahaja

bumi telah pergi menemui cinta hatinya
si langit bahagia bersama bintangnya

biarlah pelangi
walau sebak hatinya
walau terguris jiwanya
menakung empangan permata jernihnya
tapi pelangi tabah
pasrah
kerana yakin
bertemunya pelangi bersama bumi dan langit
ada hikmahnya
tidak akn pernah pertemuan itu sia2
tidak sesekali menyesali keramahannya

doakan kebahagiaan pelangi
biarlah hilangnya bumi dan langit dari hidupnya
bukanlah penamat cerita bahagia buatnya
pastinya ada lagi cerita 
yang membuatkan hidupnya paling indah 
bagai mimpi yang tiada hujungnya

semoga bumi bahagia bersama teman hatinya
dan langit kekal bersama bintangnya
pelangi kelam menjadi satu memori indah

Monday, April 18, 2011

Terima Kasih

Alhamdulillah dan terima kasih kepada CUCMS...
sy sangat hepi dgn pemberian hari ini. 
Terima kasih beribu2 kasih :)

welkam en dell kerana sudi hadir 
saya akan sgt menghargai kamu
rasa mao lompat2 gembira

Sunday, April 17, 2011

Linda Wedding ~Outdoor

Pengalaman pertama mengambil gambar outdoor perkahwinan...sy perlu belajar mengawal perasaan malu ketika semua mata memandang..

Outdoor di Masjid Kristal Terengganu


Di bawah terik mentari dan Masjid Kristal yg sangat ramai orang, pengambaran agk kontrol2 sikit. Dan kami berlalu ke tepi pantai. sayang kami tiba ketika mentari dh hampir tenggelam...sy agak gusar untuk bermain dgn cahaya yg kelam..tp cube yg terbaik dan termampu.

candid~lens berkabus

 

banyak lagi aksi2 menarik tapi cukup sy kongsikan keserasian pasangan nih..bersaksikan bulan cinta mereka termetri~

photoshoot di sentul sangat menarik, lokasi yg menarik. tapi xbanyak yg sy snap.



Selamat Pengantin Baru to dear friend Linda n Alang..

Friday, April 15, 2011

Kenapa xpernah puas?

Ala...hujanla..alaa panasla..alaa lambatlah..alaa jauhnya...alaaa sikitlah..alaa xcukupla..alaaa bosanlah...alaaa...alaaa...alaaaa..alaaaa...

pernah x alami sindrom alaa ni? banyak persoalan yang timbul dgn alaaaa...tanda tidak puas hati kan..alaa laaa alaaa...

Jom Jalan

Bestnye kalau dapat pergi melihat keajaiban2 dunia..xsalah mao berangan2 kan..jom kita lihat senarai yang mungkin anda pernah lawati..saya belom lagi..insyaAllah..satu hari ini kalo ada rezeki...amiin..

7 Keajaiban Dunia Purba
Berikut disenaraikan hasil binaan yang digelarkan tujuh keajaiban mengikut tarikh binaan:
Keajaiban
Tarikh
Pembina
Musnah
Punca
2650-2500 SM
masih wujud
N/A
600 SM
selepas abad pertama SM
gempa bumi
550 SM
356 SM
terbakar
435 SM
antara abad ke-5 dan ke-6 M
terbakar
351 SM
sebelum 1494 M
gempa bumi
292-280 SM
224 SM
gempa bumi
abad ke-3 SM
1303-1480 M
gempa bumi
Senarai asal Antipater mempunyai Pintu Gerbang Ishtar dan bukan Rumah Api Iskandariah. Perubahan kepada senarai di atas berlaku pada abad ke-6 Masihi. Dari senarai tersebut, hanya satu sahaja yang masih bertahan dan wujud hingga kini iaitu binaan yang paling lama — Piramid Giza. Yang menariknya, dua dari keajaiban itu iaitu Kuil Artemis dan Berhala Zeus musnah dimamah api manakala tiga yang lain iaitu Rumah Api Iskandariah, Patung Raksasa Rhodes dan Makam Maussollos telah musnah akibat gempa bumi. Manakala kewujudan Taman Tergantung Babylon masih belum dapat dipastikan dengan jelas.


Keajaiban moden

Persatuan Kejuruteraan Awam Amerika menyusun satu senarai keajaiban dunia moden

Keajaiban
Mula dibina
Dirasmikan
Lokasi
Selat Dover, Eropah
Januari 1970
Sungai Paraná, Amerika Selatan

Keajaiban Tarikan Pelancongan

Berikut merupakan senarai tujuh tumpuan pelancongan (tidak termasuk ziarah) yang disusun oleh Hillman Wonders:


Keajaiban semula jadi

Berikut merupakan senarai tujuh keajaiban semula jadi yang disusun oleh CNN 


Keajaiban dalam air

Senarai berikut tidak diketahui pembuatnya (lebih kepada pembentukan semula jadi) tetapi ia agak dikenali:


7 Keajaiban Baru

Keajaiban
Simbol
Lokasi
Gambar
Perlindungan, Terus Menerus
Tembok Besar di musim dingin
Teknik, Perlindungan
Keindahan Petra
Penerimaan, Keterbukaan
Patung Kristus penebus di Rio de Janeiro
Komunitas, Dedikasi
Pemandangan Machu Picchu
Pemujaan, Ilmu Pengetahuan
El Castillo sedang dikunjungi oleh para turis
Kesenangan, Penderitaan
The Colosseum saat matahari terbenam: bagian luar yang terbaik untuk dilihat
Cinta, Hasrat
Taj Mahal
Piramid Giza
(Kandidat Kehormatan, karena satu-satunya dari Tujuh Keajaiban Dunia Kuno yang masih ada)
Tidak Punah, Keabadian
Pyramide Kheops


Finalis 7 Keajaiban Dunia Baru


Keajaiban
Simbol
Lokasi
Gambar
Peradaban, Demokrasi
Acropolis, dilihat dari sisi barat bukit Pnyx
Harga Diri, Dialog
Pemandangan Alhambra dari Mirador St Nicolas di Albaycin, Granada
Keindahan, Suaka
Pintu Utama Candi, dilihat dari bagian timur Pintu Naga
Pemujaan, Ilmu Pengetahuan
El Castillo sedang dikunjungi oleh para turis
Penerimaan, Keterbukaan
Patung Kristus penebus di Rio de Janeiro
Kesenangan, Penderitaan
The Colosseum saat matahari terbenam: bagian luar yang terbaik untuk dilihat
Misteri, Keluarbiasaan
Rano Raraku Moai
Tantangan, Kemajuan
Menara eiffel saat matahari terbit dilihat dari trocadero
Perlindungan, Terus Menerus
Tembok Besar di musim dingin
Keyakinan, Penghormatan
Sophia
Kejelasan, Ketenangan
Kiyomizu-dera
Pertahanan, Simbolik
Moscow Kremlin, dilihat dari Balchug
Katedral Saint Basil dan Menara Spasskaya Moscow Kremlin di Lapangan Merah Moskow
Komunitas, Dedikasi
Pemandangan Machu Picchu
Fantasi, Khayalan
Neuschwanstein dilihat dari Marienbrücke
Teknik, Perlindungan
Keindahan Petra
Ketidakpunahan, Keabadian
Pyramide Kheops
Kemurahan hati, Harapan
Patung Liberty danPulau Liberty

Tapi pada umat Islam seharusnya menilai keajaiban yang teragung adalah Kaabah. Semoga kita semua mampu dan berpeluang melihat dan ziarah. InsyaAllah..