Tuesday, April 19, 2011

Berakhirnya kisah pelangi, langit dan bumi

Kasihan pelangi
suramnya sinar pelangi
bukan pelangi tidak tabah
bukan pelangi sengaja melayan perasaannya
namun pelangi sedang berusaha kuat melawan sebak hatinya

entah kenapa
perlukah dijelaskan semua
pelangi benar2 tidak mahu mendongak ke langit
mahupun memandang bumi
biar kisah pelangi berakhir di sini
sampai d sini sahaja

bumi telah pergi menemui cinta hatinya
si langit bahagia bersama bintangnya

biarlah pelangi
walau sebak hatinya
walau terguris jiwanya
menakung empangan permata jernihnya
tapi pelangi tabah
pasrah
kerana yakin
bertemunya pelangi bersama bumi dan langit
ada hikmahnya
tidak akn pernah pertemuan itu sia2
tidak sesekali menyesali keramahannya

doakan kebahagiaan pelangi
biarlah hilangnya bumi dan langit dari hidupnya
bukanlah penamat cerita bahagia buatnya
pastinya ada lagi cerita 
yang membuatkan hidupnya paling indah 
bagai mimpi yang tiada hujungnya

semoga bumi bahagia bersama teman hatinya
dan langit kekal bersama bintangnya
pelangi kelam menjadi satu memori indah

No comments:

Post a Comment