Sunday, April 10, 2011

Membentuk peribadi

Sejak dari dulu lagi saya selalu memikirkan bagaimana persekitaran mempengaruhi peribadi seseorang. membentuk perilaku (attitude). adik beradik yang dibesarkan dengan didikan ibu bapa yang sama, tempat tinggal yang sama tapi mengapa perilaku mereka berbeza? wah dh ala2 dato' dr fadzillah kamsah kan?

dulu selalu sembang2 dengan kawan2..saya suka mendengar dan berfikir lalu mencari contoh2 yang sesuai. ala2 bereksperimen dengan persekitaran. 

mesti kita selalu terfikir dan memahami turutan anak ke berapa dalam keluarga membentuk peribadi yang hampir sama..cube letakkan diri anda anak ke berapa dalam keluarga
anak sulung?
anak tengah?
atau bongsu?

walaupun karakter sinomin namun ianya bergantung kepada persekitaran. dan bagaimana mereka dibesarkan. lalu membentuk peribadi dan perilaku.

ok abaikan yang itu. biarlah dato' fadzillah jelaskan. sy hanya cik fazilah..hehehe...

saya mahu berkongsi tentang hal ini..

peristiwa yang berlaku akhir2 ni dalam persekitaran kerja saya membuatkan saya berubah laku. eh mana saya tahu? seorang rakan sekerja bersungguh2 ingin mengetahui apa yang sedang berlaku pada saya kerana menurutnya saya berubah laku..puas beliau mengorek2 cerita..tapi saya mengunci bibir dengan rapat sekali. tidak mahu pihak lain terlibat dengan permasalahan ini.
(tidak ingin berkongsi tentang peristiwa..)

baru saya jelas bagaimana persekitaran membuatkan manusia berubah. kerana ada kesan yang tertinggal di hati..tidak kiralah kesan itu manis atau pahit..janji kesan..

walau apa pun yang berlaku dalam persekitaran kita terimalah dan redha dengan ketentuanNya..terima dengan positif kerana ia berlaku pasti untuk menjadikan anda sorang yang lebih baik.

berpeganglah pada tali Allah..insyaAllah..

kepada semua rakan2..baik rakan sekerja mahupun rakan sekelas..
jalinlah tali persahabatan dan jelaskan tanggungjawab anda sebagai pelajar atau pekerja dengan jujur dan ikhlas. jangan ada perasaan iri hati atau busuk hati. biarlah sama2 saling membantu dan menyokong antara satu sama lain. jangan sesekali menjatuhkan rakan. paling buruk adalah menyebarkan fitnah. budaya negatif itu memeritkan. anda tidak gembira dan persekitaran turut tercemar dengan ion negatif. hasilnya..anda tidak akan dapat senyum dari hati!

hulurkan tangan sematkanlah dihati..pohon kemaafan dan sama2 saling memaafkan..kita manusia yang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan..kita mungkin tidak mampu menjadi yang terbaik tapi kita boleh berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik..

No comments:

Post a Comment