Monday, February 20, 2012

DIET: Sumber makanan yang penting dalam kesihatan

Selain dari pengiraan kalori, makanan makanan kesihatan juga sangat penting dalam diet dan menu seharian. Tujuannya bukanlah untuk berat semata mata tapi lebih kepada sumber kesihatan yang lebih baik. 

Pernah tak dengar istilah, penyakit berpunca dari perut?

Itu bermakna dari apa yang dimakan sehari hari. Dari kecik hinggalah hari ini. Jika toksin dah bersarang dalam  badan memanglah susah dan akan terkelihatan kesannya kepada kulit dan kesihatan tubuh seperti sakit kepala,  kesihatan kulit yang terganggu seperti kulit kusam, masalah usus dan perut, dan macam macam lagi.

Makanan makanan yang memberikan nutrien dan boleh membantu mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik akan sy bincangkan di sini. Alhamdulillah sy juga sedang mengamalkannya. Kesannya telah dapat sy rasakan. Cuma kena ingat hasilnya bukan boleh dilihat serta merta. Kena amalkan dan yakin dengan keberkesanannya kerana Allah. InsyaAllah.

1) Minum 4 gelas (160ml x 4) air suam selepas bangun tidur dengan serta merta
4 x 160ml air kosong @ suam
  • Buka mata regangkan badan dan capailah segelas demi segelas air suam sehinggalah 4 gelas (pastikan minum sambil duduk ye bukan dalam keadaan berbaring atau berdiri). Mungkin bukan mudah untuk diamalkan oleh anda tapi cubalah setiap hari dengan menambahkan kuantitinya sehingga 4 gelas air sebelum basuh muka dan gosok gigi.
  • Ingin tahu rasionalnya? Minum air setelah bangun tidur akan
    • memberi tenaga
    • mulakan rehidrasi tubuh
    • membantu menurunkan berat 
         (maklumat sokongan: boleh baca di sini)
  • Kelebihan-kelebihan lain yang dikenalpasti (menurut teori jepun) ialah mampu menjadi penawar bagi penyakit penyakit seperti sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang, muntah-muntah, kanser dan gangguan haid, hidung telinga, dan penyakit tekak.
  • Sy ambil 3 gelas air kosong + 1 gelas air suam yang dicampur dengan 2 sudu madu lebah.
2) Madu lebah
Banyak jenis madu yang boleh didapati di Malaysia ni. 
Tapi saya memilih madu versi kampung yang lebih sedap dan murah.
Sebulan sebotol RM 18-RM25 bergantung kepada jenis dan saiz botol :)
  • Pasti sedia maklum kelebihan madu lebah. Seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl :ayat 69)
 "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".
  • Khasiat madu terlalu banyak untuk ditulis. Sedikit khasiat yang mampu sy kongsi.
    • Menurut penelitian Ibnu Sina:
      • menyembuhkan perlbagai penyakit ringan dan berat seperti tekanan darah tinggi dan jantung
      • menurunkan suhu badan untuk penyakit demam
      • madu dan minyak zaitun boleh menegangkan kulit muka dan seluruh kulit badan serta menghaluskan kulit dan mengurangkan kedutan pada wajah juga memberikan vitamin pada kulit dan melembapkannya
      • menghilangkan bau badan yang tidak enak
  • Kelebihan madu terbukti dalam Al-Quran, mengapa tidak kita amalkan dan yakin dengan khasiatnya. Alhamdulillah, tidak lengkap rasanya pagi saya tanpa 2 sudu madu lebah. Jika hendak detox dan buat kelainan bolehla perahkan lemon sekali. Sedap!
3) Segelas susu rendah lemak + 3 sudu oat
segelas susu anelene coklat + 3sudu oat sungguhla lazat dan kenyang :)
110kcal/gelas
  • Ini adalah menu sarapan pagi sy. Tapi sy tetap nak berkongsi khasiatnya. 
  • Sy minum segelas susu anelene coklat sebagai sarapan harian. Susu amatlah penting untuk kesihatan tulang. Almaklumlah, usia semakin dewasa komposisi dan kepadatan tulang semakin berkurangan. InsyaAllah sy memastikan mengambil sekurang kurangnya segelas susu setiap hari. Biasanya sy ambil pagi dan malam. 
  • 3 sudu oat ditambah dalam segelas susu anelene untuk memberi kekenyangan di samping khasiat oat yang baik untuk jantung.
4) Buah tin
Sy beli secara kilo di chowkit RM 30/kg
70 kcal /100g
  • Khasiat buah tin juga sangatlah banyak terutamanya untuk kesihatan perut dan usus kerana kandungan serat dan nutrisinya. Buah tin kering lebih tinggi khasiatnya kerana termampat dan padat. Rasanya manis dan sangat sedap. 
  • Sy sendiri baru sebulan mengamalkan mengambil 3 biji buah tin kering yang direndam dengan segelas air. Rasanya sungguh sedap. Sy amalkan 1-2kali sehari. Dan kesannya..subhanallah. Kena rasa sendiri.
  • Allah bersumpah demi buah tin dan surah attin.
سُوۡرَةُ التِّین

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيۡتُونِ (١) وَطُورِ سِينِينَ (٢) وَهَـٰذَا ٱلۡبَلَدِ ٱلۡأَمِينِ (٣) لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ (٥) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ أَجۡرٌ غَيۡرُ مَمۡنُونٍ۬ (٦) فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ (٧) أَلَيۡسَ ٱللَّهُ بِأَحۡكَمِ ٱلۡحَـٰكِ


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (8)


  • Riwayat dari Abu Zar r.a bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nasi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Baginda turut sama makan. Kemudian baginda bersabda: 'Kalau aku katakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu, makanlah buah ini. Susungguhnya ia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit sakit badan'.
  • Kebetulan ketika baru amalkan makan buah tin, ustaz pun memilih surah ini untuk dibincangkan dalam kelas tafsir ke 16. Sy dan k.dila(baru join buat pertama kali) hanya tersenyum bersyukur ketika itu. Alhamdulillah dapat memahami keseluruhan ayat dan bukan hanya buah tin dan zaitun. :) Di sini saya share video kelas tafseer ke 16.


  • Subhanallah khasiat buah ini dan sy baru mengamalkannya lebih kurang sebulan yang lalu (sebelum ini tercari cari makanan terbaik untuk perut dan usus rupanya inilah dia). Terima kasih kepada housemate k.dila tolong belikan buah tin untuk sy. 
5) Teh Hijau
Montea teh hijau stevia boleh didapati di Giant dgn harga RM 11.90 (20 uncang)
Hanya 2kcal setiap uncang :)
  • Dalam banyak banyak teh hijau sy paling suka jenama ni. Murah dan sedap. Boleh didapati di Pasaraya Giant. Rasanya manis semulajadi dari daun stevia. Kesan manis akan tertinggal di lidah. Sedap. Setiap hari (sekurang-kurangnya sekali) sy akan menikmati teh hijau. Biasanya diambil selepas makan tengah hari. Lepas makan tengah hari, cuba elakkan ambil ais sebaliknya minumlah teh hijau panas. Lepas habis secawan tambah air panas lagi dan lagi sehinggalah tiada lagi warna hijau yang keluar (tips berjimat). Uncangnya jangan dibuang tapi boleh dibuat pencuci muka. Tonyoh muka dengan uncang teh hijau. Anda boleh lihat kesannya pada kulit muka. Bukan main main tau, sy memang amalkan hampir setiap hari.Kulit muka kurang berminyak dan white head akan berkurangan (hampir tiada).
  • Mari kita selidik apakah khasiat teh hijau.
    • membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • membantu mengawal paras gula dalam darah
    • membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • menguatkan sistem imun
    • menurunkan paras kolestrol
    • menggalakkan pembakaran lemak

6) Minyak Zaitun
pastikan sentiasa ada di dapur kita
  • Buah zaitun juga antara buah yang Allah bersumpah dalam Al-Quran. (Boleh refer surah at-tin di atas).
  • Setiap kali makan ulam atau buat salad, cuba amalkan letak minyak zaitun. Ianya akan menambah rasa manis makanan tersebut. Lagipun khasiat minyak zaitun kan banyak. Terima kasih kepasa ex housemate yang tinggalkan minyak zaitun untuk saya. :)
  • Khasiat minyak zaitun:
    • cegah darah beku
    • mengurangkan risiko kanser
    • meningkatkan metabolisme
    • melambatkan proses penuaan
    • menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
    • mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
    • mengelakkan pembentukan batu hempedu
    • membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
    • antioksidan
    • membekalkan vitamin E
Itulah 6 makanan yang sepatutnya mesti berada dalam rumah kita. Cubalah dan insyaAllah khasiatnya akan dinikmati. Sy telah memastikan ke enam enam makanan ini berada dalam stok harian sy. InsyaAllah..

Amalkan diet yang diberkati ini di samping sibuk mengira kalori.

Jangan lupa, amalan puasa sunat. Amalan terbaik untuk kesihatan perut kita. InsyaAllah. Boleh download jadual puasa sunat yang telah disediakan oleh hamba Allah. InsyaAllah manfaat untuk kita rujuk. Klik sini.

Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang berfikir. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment