Monday, February 27, 2012

Keindahan Petang

Banyak perkara yang hendak dikongsi. Tapi tidak semua mampu saya coretkan di sini. Jadi sekali pandang sekadarnya sahaja.

Semangat untuk berjogging petang tadi berapi api walaupun awan hitam berarak laju menuju ke Cyberjaya. Cepat cepat salin baju sekurang kurangnya sempat  2 3 pusingan. Target saya pada petang tadi adalah 40minit jogging tanpa henti. Tapi..

Baru habis 2 pusingan guruh dah mula berdentum. Masing masing dah mula mengubah langkah ke kenderaan masing masing. Saya?

Teringin sangat nak main hujan. Rasa nak teruskan niat jogging dalam hujan. Tapi bila memikirkan CCB akan turut basah nanti saya batalkan niat tersebut dan berlindung di pondok yang disediakan sambil bersenam setempat. Tapi niat saya tadi bukanlah tidak waras. Ada juga yang meneruskan berjogging dalam hujan lebat. Macam best dan saya yakin memang best.


Hujan tak lama. Dalam 15 minit hujan dah seriat. Saya meneruskan larian. Dapat jugalah 4 pusingan. Harap- harap terbakarlah lemak saya. (nak bakar kalori makan aiskrim).

Sedang menuju ke kereta, saya terpukau dengan biasan cahaya ke dalam tasik. Lalu meneruskan minat pada faziphotoS. Walaupun hanya menggunakan T700 saya yakin, keindahan foto foto indah wajar saya kongsikan buat semua. 



Tiada kata kata dapat diungkap melainkan SUBHANALLAH...SUBHANALLAH..SUBHANALLAH..
Indah.. Rupanya mentari yang terbenam selepas hujan sungguh indah. Indah tersangatlah indah..

Saya mengelamun sendiri. Sambil memanjat syukur pada Ilahi. Tidak sedikitpun saya rugi beriadah di petang hari. Jika saya masih dalam kabin mengadap skrin atau di rumah mengadap dinding dan katil, saya tidak akan dapat menikmati keindahan itu. Walaupun sendirian, keindahan itu terpahat di hati memberi senyuman yang penuh kedamaian.

Indahnya alam ciptaan Ilahi..Semoga esok hadir dan akanku menemanimu di sisi..

No comments:

Post a Comment