Sunday, February 12, 2012

Fokus mencapai berat badan ideal :BMI

Dalam entri sebelum ini, saya telah meletakkan jadual harian yang padat setiap petang. Namun ada sedikit perubahan kerana ketidaksuaian dalam jadual. Jadual baru yang telah diperbaharui:
Isnin   - Puasa
Selasa - Jogging / Swimming
Rabu   - Rehat / Kelas Tafsir
Khamis- Puasa
Jumaat - Jogging / Swimming
Sabtu   - Rehat
Ahad   - Tenis / Berbasikal / Aerobik

Melalui penggabungan dalam diet yang sihat dan aktiviti fizikal, Alhamdulillah saya berjaya turunkan 4kg :)
Namun, baru baru ni saya ke klinik (menemani ayah kerana sesak nafas) dan ternampak satu ruangan individu untuk mengira BMI (Body Mass Index). Rasanya semua orang sudah tahu macam mana nak kira BMI (Berat dalam kg / tinggi ^ 2 dalam meter). Terdapat 4 klasifikasi iaitu:
<18          - kurang berat badan
18.5-24.5 - normal
25-29.9    - berlebihan berat badan
> 30         - obes

Merujuk rajah di atas, mungkin akan buat kita stress kerana bukan mudah nak turun dari kuning ke hijau. Jadi, carta yang dilihat di klinik kesihatan baru baru ni sangatlah membantu kerana kategori berlebihan berat badan dihagikan kepada 3 iaitu:
<18          - kurang berat badan
18.5-22.5 - normal
23-24.5    - pra obes
25-27.5    - obes I
28-29.9    - obes II
> 30         - terlalu obes


Saya rasa, kategori ini lebih mudah untuk dicapai kerana jumlah penurunan yang sedikit dalam mengeluarkan kita dari kategori kategori yang menakutkan tersebut.
Sebagai contoh:
Jika sekarang berat saya berada dalam kategori obes II, saya perlu berusaha dan tekad untuk turunkan kepada kategori obes I (perlu kurangkan 5kg) berbanding carta 4 kategori di mana perlu turun sehingga 10kg untuk berada dalam kategori berat badan normal.

Walaupun ianya sebenarnya sama (perlu turun 10kg untuk mendapatkan berat ideal dan normal) namun semangat yang berkobar untuk mencapai target tersebut mungkin akan tersadai di tepi jalan kerana jumlah penurunan yang terlalu banyk tidak memberikan impak kepada semangat.   Jadi, target dan matlamat dapat dilakukan secara berperingkat dan tidak terlalu tertekan.

Oleh itu, kategori BMI yang baru ini, akan membuatkan semangat sentiasa berkobar kobar mencapai satu tahap kepada tahap yang lebih rendah. InsyaAllah..

Kepada sesiapa yang berada dalam kelompok selain dari normal, marilah kita berusaha dan bersama sama untuk mencapai berat badan ideal. Apa yang perlu dilakukan ialah:

1) Tetapkan Matlamat untuk mencapai kategori BMI tertentu (1 paras lebih rendah)
2) Fokus kepada menurunkan berat dalam jangkamasa tertentu (jangan lama sangat nanti
     terkandas. 2-3 bulan adalah yang terbaik)

3) Mencari sumber kekuatan dalaman untuk menurunkan berat (tidak kiralah apa jua bentuk
    semangat dalaman)



Tidak kiralah walau perbagai tip dan petua dikongsi, apa yang penting adalah kekuatan mental untuk menjalani proses penurunan berat badan.
Semoga proses tersebut adalah proses yang sihat.



Jom sama sama kita lakukan. 
Tetapkan matlamat sekarang!
Matlamat saya ialah mendapat berat badan ideal menjelang akhir Mac 2012. InyaAllah..chaiyok



No comments:

Post a Comment