Tuesday, March 5, 2013

Day 2 (ii) : Cambodia (4D3N) Phnom Penh

Setelah kepenatan separuh hari menjelajah kesan peninggalan zaman kelam Cambodia dalam Day 2 (i), perut dah mula berkeroncong. Lunch time.

Tapi, sebelum pergi lunch kami dibawa ke pusat borong tempatan untuk membeli kain Cotton. Kami yang konon konon tak mahu shopping dah gelap mata di lokasi shopping yang pertama. Murahnya! banyaknya! cantiknya! the two guys hanya senyum jahat. Wanita dan shopping..well ada kami kesah?

Oh My..cotton cotton..angkut semua!
 Kami makan tengah hari di Asmak 81. Rupanya jarak restoran dengan hotel tak sampai 500m. Jadi, taklah susah sebenarnya nak jalan jalan dalam Phnom Penh ni. Kocik jo. As I mention before ' jogging pon sampai'.
Menu boleh tahan sedap
sayur peria yang sangaatttt sedapp...
tak perlu tulis apa apa bila tengok keadaan kedai kan..hehe..
Alhamdulillah dah kenyang..so now..layan mata lepas kenyang? owh tidak! ada yang lebih menarik. Shopping time. best ke shopping kt Phnom Penh ni? entah. Kami datang sini bukan nak shopping banyak. Sikit sikit adalah..boleh caya ke? tak percaya? hehe..memang tak patut dipercayai.

By the way, kami hanya shopping di Central Market sahaja selain dari memborong cotton di pasar tempatan tak tahu nama. Hanya orang orang tempatan sahaja di sana berbanding di Central Market.  

Di Central Market macam macam ada. Kami yang nak shopping sikit sikit tu..terpaksa menahan sakit kepala  memikirkan duit tak cukup barang nak jugak. Saya sendiri telah spent about 100USD dalam satu kedai sahaja. Tapi, yang best saya dapat semua. Kain sutera cambodia yang sangat cantik, kain batik sulam, kain telekung (tak murah sangat), pashmina (giler murah 2USD sahaja ok!), table runner, keychain, fridge magnet, small cup (my collection), sebentuk cincin (mesti beli) dan tshirt. Ok. kalau datang sini mesti beli tshirt sebab Made in Cambodia. Kainnya memang sangat best dan murah!. OMG OMG memang crazy kat sini. Habes dah duit. -_-
berbungkus bungkus..senyum lebar kakak kedai
ini hasil tuaian saya...sapphire stone..cantik tak cantik tak..? rugi tau tak beli
memang kelabu mata

 Jalan sambil tutup mata. Nanti satu pasar aku angkut kang.

Walaupun semua dah berbayar termasuk pengangkutan tapi kami tetap 'ustaz..kami nak naik tuk tuk' nak jugak nak jugak. Ok pergi Central Market jalan kaki dari hotel. Laa dekat je! Shopping shopping then balik naik tuk tuk.
excited dapat naik tuk tuk 
Balik hotel letak barang..touch up sikit jom kita ke Mekong River. Ini yang paling saya excited sebab nak tengok sunset dari atas bot merentasi Mekong River.


Cruise on Mekong River but my friend said, not Cruise actually. Ok jadi nak panggil bot besar. Bot 2 tingkat. Tingkat bawah adalah rumah mereka. Mereka tinggal dalam bot. Kehidupan mereka di sini. Di atas air. Apa yang best, ustaz arrangekan untuk kami conquered satu  bot. Ambil angin petang atas Sungai Mekong selama 1jam lebih sambil menikmati durian. Sedap dan pengalaman yang best.


angin sepoi sepoi

menikmati pelayaran sambil makan durian~eewwaahhh


 Saya lebih layan fotografi. Klik sana klik sini. Ustaz cerita apa..tentang keunikan Sg Mekong dan Sg Tonle Sap. Air mengalir dan pertemuan dua sungai. Erk tak ingat sangat tak fokus. Tengok zarena tu bukan fokus jugak tu. Najlaa je fokus. Hehhee..
Antara kehidupan atas air

Sunset


Pada ketika ini, rakyat Cambodia sedang berkumpul di sepanjang depan istana bagi memberi penghormatan terakhir kepada King Sihanouk yang telah mangkat sebelum ini. 1-4 Feb 2013 adalah tarikh upacara pembakaran mayat beliau. Jadi, kami tidak dapat melalui jalan sekitar istana kerana ditutup.

Keasyikan melayan angin sepoi sepoi atas bot, sampaikan terlupa kawan saya yang sedang menunggu. Sampailah kami telah pulang dan kebetulan kami ke Sorya Mall saja nak jalan jalan. My friend Ratanak called.  We met after 5years. Miss him a alot. Dany also joined us. Thank you friends for your time. 

Special thank you to Ratanak and relative for your time. We can see the different side of Cambodia. In 5 years, I will go there again and see the different view of this country. InshaaAllah..

me, Dany and her niece, and Ratanak

Angin malam di Phnom Penh

 Penatnya hari ini tapi saya tetap pulang dengan senyum sampai di telinga..Kemas kemas barang kerana esok Day 3 perjalan seawal 7pagi menuju ke Siem Riep

No comments:

Post a Comment