3rd Feb 2013 (Sunday).
Good bye Phnom Penh. Good bye cinta hati. eh.. I'll be back one day. InshaaAllah..After
Day 1 and
Day 2 in Phnom Penh we are heading to
Siem Riep.
Hari ketiga, kami menuju ke Siem Riep. Perjalanan yang akan memakan masa sehingga 5jam perjalanan. Namun kami akan singgah di Kampong Thom untuk lawatan penting kami di sana. Seawal 6.30am kami telah berkumpul di lobi. Namun bayangan ustaz belum kelihatan. Teringat Ali (Tour guide Beijing) yang tidak seorangpun dari kami yang pernah tunggu beliau di lobi kerana beliau akan datang sejam awal dari waktu yang dijanjikan. Selepas 30minit menunggu sambil menikmati sarapan ringan bekalan dari Malaysia, ustaz sampai.
Masih belum puas bergambar di tengah kota. Singgah sebentar. Lokasi yang sama malam tadi.
Kami menuju ke pinggir Phnom Penh dan bersarapan di sebuah gerai/kedai yang terletak di kawasnan kampung ustaz. Disinilah saya sangat jatuh hati dengan aroma kopinya..sedap tidak terhingga dan chakoi terenak pernah saya makan sampai tak sempat nak snap gambar dah habes. 3x tambah kot habes jugak. sampai dah malu nak mintak lagi. ^.^
Pandangan awal pagi meninggalkan Phnom Penh.
Suasana Kampung. Kami disapa oleh makcik dari Malaysia yang datang kesini sejak seminggu bagi menghadiri majlis kenduri saudaranya. Budaya mereka juga tidak jauh seperti kita di Malaysia. Padanlah hatiku seperrti tertinggal di Cambodia. Eh.. sekali lagi. Ok ok dah . Back to our breakfast menu.
|
Kehadiran kami disambut oleh aroma Jasmine Tea. Satu kebiasaan di sini. |
|
My Bihun Sup. Sihat tak? |
|
Tambah lagi sihat. Ulam ulam di awal pagi. Terus insaf nak diet balik Malaysia nanti |
Dan..my most favourite coffee..tak lupa juga beli kopi 1kg bawa balik Malaysia nak bagi bonda tercinta rasa.
|
walaupun presentation biasa biasa sahaja tapi percayalah rasa dan aromanya kalah Starbuck! |
Kami teruskan perjalanan. Keadaan jalan raya agak kelam kabut sedikit. Kejap berturap kejap tidak. Berdebu dan yang lebih penting pandangan yang benar benar menarik lensa saya untuk sentiasa bekerja.
Senibina Masjid.
|
Baru balik mengaji ye dik? |
|
dapur atas motor? potong bawang tu kak |
|
guess what? bukan air pepsi kak tapi...
petrol laa.. |
Ustaz sibuk isi minyak..kami merayau..
|
lorong sepi tapi... |
|
gotcha kejar adik ni tapi dia lari |
|
Ustaz kata rupa dia seperti seseorang. Tak perasanpun tapi bila dia mention tentang penyanyi Malaysia..Owh ya.. Anuar Zain.. ada rupa tak? ada tak? |
Sepanjang perjalanan, ustaz banyak memberi nasihat, tazkirah dan berkongsi pengalaman. Dan pemandangan macam ni buat kami over excited...
|
Ayam |
|
Oink Oink pasrah nak dijual di pasar |
Jalan raya di sini sangat lurus kerana Cambodia merupakan negara yang direntangi oleh Dataran Mekong. Sepanjang perjalanan kiri dan kanan sawah padi terbentang.
|
Berhenti di tepi jalan membeli kelapa laut@kelapa nira |
|
memang fresh dan sedap sangat tapi jangan disimpan lama |
Kami singgah di RnR. Nak 'nyanyi'. Sambil melihat juadah tempatan.
|
rindu pokok gajus belakang rumah |
|
buah susu |
|
nampak sedap kan. tapi saya tak berani makan. ianya terdedah |
|
cengkerik goreng |
|
tak habes habes dengan demo..eeeuuuwwwww |
|
cun awek ni |
|
lemang cambodia. teringin sebab katanya ada kacang merah |
|
lipas??? |
|
tarantula goreng..nyum nyum..erkk..kembang tekak |
|
tebu.. mangga |
Yeay dapat juga rasa lemang Cambodia. Kalau saya tulis ayat yang sama standardlah saya memang kuat makan dan mencuba makanan. Sedap. Percayalah!
Dah banyak saya share sepanjang perjalanan ke Siem Riep. Matlamat kami yang utama ialah ke lokasi Kampong Thom. Kami singgah di lokasi pertama iaitu Kampung Khnong. Rasanya saya sambung dalam next entri lah. dah banyak sangat ni. Rasa macam nak share semuanya. Semuanya menarik!
Lemang tu mmg nak try sbb nampak sedap..
ReplyDeletetapi kalau jual sebelah katak, lipas, cengkerik goreng.. boleh hilang mood nak mkn lemang tu hahahaa.. :p
hahaha...kami pon tak lalu nak beli yang dekat RnR tp singgah beli tepi jalan yang masih panas2 lagi. macam lemang kt Malaydia yang dibakar ditepi jalan ketika musim perayaan.
ReplyDeletecubalah..mmg sedap