Thursday, March 7, 2013

Day 3 (ii): CAMBODIA (4D3N) Siem Riep

 Entri Day 3 (i) : Cambodia (4D3N) Phnom Penh to Siem Riep penuh diisi dengan foto foto menarik sepanjang perjalanan ke Siem Riep. 

Perjalanan panjang terasa sekejap je. Bila kami sampai di Kampong Khnong kami agak berdebar debar. Tapi, 'excited' juga bagaimana nak berjumpa dengan orang kampung nanti. Tapi, ustaz memang telah biasa membawa pelancong datang ke kampong kampong. Ejaan kampung (Bahasa Melayu) = kampong (Cambodia). 

Kami dibawa melihat kampong. Teringat zaman zaman kanak kanak dulu. Rumah kayu yang tinggi, dapur kayu, perigi dan pam air. Tidak jauh beza dengan zaman ketika era 70an - 80an dahulu.
Masjid di pintu masuk kampong

Aiyyookkk sapa usik adik ni.. erk 'saya'

Ustaz berkongsi tentang kehidupan di sini

suasana kampong

Sumber pendapatan dan kepakaran mereka ialah membuat tangga

 Rumah yang membezakan rumah Muslim atau tidak adalah tangganya. Walau rumah tidak bercat tapi tangga tetap meriah dan cantik.

tradisi
Ramai ramai menuju ke masjid
Pam air perigi

tak kira di mana nampak lens 'peaceee'
Kedatangan sangat sangat dialu alukan. Terharu sangat. Pastinya kalau bukan kerana 'language barrier' pasti kami tak henti henti bersembang.



Saya ingin berkongsi. Jika kalian ada perancangan untuk ke sana, saya ingin cadangkan mungkin boleh membawa telekung, kopiah, sejadah, alat tulis dan pakaian. Ketika kami pergi, kami hanya bawa beberapa naskah Al Quran, Coklat, Alat tulis dan RM yang telah ditukar kepada Riel.



Setelah semuanya berkumpul di masjid, ustaz menjelaskan tentang tujuan kehadiran kami. Faktor bahasa yang menjadi penghalang kami berkomunikasi. Hanya senyuman paling manis boleh kami berikan. Begitu juga mereka. Namun, satu perkataan yang di sapa dan pasti di balas adalah 'Assalamualaikum' - 'Waalaikumsalam'. Di mana jua kita berada, walau di negeri China kalam ini pasti disambut dengan senyuman manis dan paling ikhlas. Subahanallah indahnya Islam yang menyatukan kita berlainan bahasa dan budaya. 


wah coklat ni jenis apa ni? 


 Penjelasan ustaz tentang kami dan keterangan tentang fidyah.

Macam macam makcik ni beritahu saya tapi hanya faham satu perkataan je 'salamat'

Lambaian kasih
Kami berlalu pergi dengan harapan kami akan kembali. Mereka terasa sangat dekat di hati. InshaaAllah kami akan datang lagi. Dan mata mula berkaca..

Melayan perasaan dengan rasa syukur apa yang dimiliki hari ini, perut dah mula menyanyi keroncong..dah pukul 3.00 petang. Kami menjamu selera di Siem Riep jam 3.30pm. Ramai pelancong dari Malaysia makan di sini.

Tom Yam special

Muslim family restaurant

semua orang dah tak sabar ni

Daging 'loklak' .
awat dia 'loklaq' pon tak tau
Setelah menikmati juadah 'istimewa' ini kami terus menuju ke lokasi seterusnya. Tonle Sap. Sebelum ke tasik air tawar terbesar di Asia ni, kami singgah di masjid dan bertemu dengan penduduk setempat dahulu.

pemandangan di belakang masjid

Masjid Ar Rafee'ah, Tonle Sap, Siem Riep


senibina yang cantik. kecil tapi penuh manfaat


Tidak ramai komuniti Islam di sini



 
 Kanak kanak kalau dapat cokelat mesti sukee..

Seharian kami dalam perjalanan hari ini. Destinasi seterusnya berehat di atas bot sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Tasik Tonle Sap. Day 3 (iii) CAMBODIA (4D3N) Tonle Sap menyaksikan foto foto menarik kehidupan kampung terapung dalam entri seterusnya.


No comments:

Post a Comment