Selepas pulang dari Matta Fair Ahad lepas, fikiran melayang layang 'aku ingin terbang'. Niat untuk ke lokasi seterusnya pada tahun depan rasanya perlu dipenuhi dengan lokasi lokasi lain pada tahun ini. Tahun depan tu lama lagi.. 2013/2014.
Hurmm...
(1) Turki lokasi impian meneroka 7 wonders seterusnya. Hagia Sophia keunikan senibina dan sejarahnya.
Meneroka Turki menyusuri sejarahnya.
Dalam masa yang sama jangan tidak percaya tapi percayalah... hasrat hati ingin melihat keindahan Taj Mahal (juga 7 wonders). Pengaruh cerita Hindustan yang sebati dalam jiwa membuai buai hasrat hati ingin ke India. Ingin melihat sendiri negara padat dengan penduduk ini.
(2) Kota Agra, Kashmir, dan Ladakh menjadi lokasi pilihan. Masing masing memukau mata kalau dalam cerita hindustan.
Namun Ladakh bukanlah destinasi yang mudah untuk dijelajahi. Perjalanan yang sungguh mencabar kerana lokasinya berada di paras tinggi dari aras laut. Namun. Pangong Lake yang terletak di Ladakh cukup indah kerana ketinggiannya 4350 m dari aras laut.
Semoga ada kesempatan untuk ke sana nanti. InshaaAllah..
Lokasi pilihan sementara menunggu masa yang sesuai untuk menerokai dua lokasi impian ini ialah lokasi lokasi berdekatan sahaja.
(3) Kota Singa. Mungkin tidaklah begitu memanggil manggil jiwa tapi untuk mengisi kelapangan boleh jua jelajahi USS yang famous itu.
(4) Bandung. Kota shopping yang bukanlah menjadi taruhan wang untuk ke sana. Tapi, kalau nak bawa keluarga kakak kakak yang suka bershopping. Apa salahnya kan. Short listed!
Ok. Buat masa ini, itu dahulu destinasi pilihan kali ini. Ok geng..jom plan!
Owh ye, sekadar perkongsian...
Niat ke Tanah Suci tak dapat dilaksanakan sepertimana yang telah dijadualkan 29 April 2013. Deposit akan dipulangkan kembali. Walaupun hati teringin sangat ingin ke sana, namun belum masanya aku dijemput. Visa aku tak dapat diluluskan kerana tiada mahram bersama. Walaupun anak buah (anak kakak) akan pergi bersama tapi alasannya dia bukanlah wali. Jadi perlu dijelaskan sepatutnya dari awal..WANITA YANG BERUSIA 45 TAHUN KE BAWAH PERLU DITEMANI SUAMI ATAU WALI. JIKA TIDAK VISA TIDAK AKAN DIKELUARKAN!
Ya Allah moga ada kesempatan buatku ke sana. InshaaAllah..
No comments:
Post a Comment