2nd Feb. 2013 (Saturday).
Hari kedua kami di Phnom Penh.
Day 1 in Phnom Penh we still looking for something 'unik' about this country. And today we found it.
Sebelum pergi sarapan, kami berbincang tentang trip yang perlu disusun dan berjalan lancar. Setelah berbincang, kami setuju membayar 160USD all in kecuali makan. Duit makan diasingkan memandangkan kami tak tahu 'boleh masuk atau tak' selera tempatan. Lagipun, lebih mudah nak jimat jika kami tak nak proper breakfast and dinner. 25USD untuk 3 hari dah cukup untuk makan.
First time minum kopi di Cambodia. Wow! aromanya memukau. Tapi ustaz kata ada tempat lagi sedap kopinya. Tak sabar. Pertama kali juga, bersarapan dengan bubur dan sup. Rupanya kat sana sarapan dengan bubur dan sup. Padanlah slim melim semuanya. Bagus jugak diamalkan untuk pemakanan sihat yang tidak mengejutkan perut di awal pagi.
|
Bubur nasi sedap dengan taugeh mesti kena ada. Sambil ikan bilis tu Zarena punya |
|
Bihun goreng dan kopi mantap |
Perut dah terisi sekarang perjalanan kami penuh misi.
Destinasi pertama hari ini. Choeung Ek Genocidal Center @ Killing Field.
Lokasi ini membawa 1001 cerita yang menjadi luka paling dalam dalam diri setiap individu rakyat Kemboja.
Kami bersimpati dan tidak dapat membayangkan peristiwa yang berlaku. Sesekali memejam mata, mengalihkan pandangan daripada mendengar penjelasan ustaz sebab tak sanggup nak dengar. Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar zaman kelam ketika pemerintahan rejim Pol Pot. Tidak perlu saya coretkan di sini. Kisah yang panjang. Cukuplah sekadar saya kongsikan gambar.
|
the entrance |
|
5USD for foreign visitors |
|
Ustaz Salleh memberikan penjelasan lengkap turutan peristiwa |
|
JIka anda datang tanpa pemandu pelancong, anda perlu mendengar melalui headphone
yang disewakan kepada pelancong. |
|
Tulang belulang yang masih kelihatan |
|
Zarena merakamkan gambar ketika kawasan ini dijumpai. Jutaan tengkorak |
|
Mass Grave of 166 Victims without heads |
|
Lengkap dengan demo: kegunaan pelepah kelapa ketika itu adalah tuntuk memenggal kepala orang |
|
Lubang-lubang di mana tengkorak dan rangka dijumpai |
|
Kesemuanya di tempatkan di sini |
Sorotan peristiwa bersambung di sini. Muzium (S21).
Muzium ini merupakan tempat penyeksaan dan tahanan sebelum mangsa dibawa ke Killing Field untuk dibunuh. Pelbagai bentuk penyeksaan dipaparkan dalam bentuk gambar dan lukisan. Keadaan dan paparan cerita di sini membuatkan ada di antara kami yang lebih rela menunggu di luar daripada mendengar kisah menyayat hati.
|
Bangunan asal merupakan sebuah sekolah |
|
fokus ke dinding. keadaan ketika mangsa dijumpai |
|
Penjelasan dan demonstrasi |
|
Bilik darjah yang telah diubahsuai pada ketika itu dan kekal sehingga hari ini sebagai muzium |
|
tidak dibenarkan senyum sebagai tanda menghormati sejarah |
|
penjelasan yang sangat teliti |
|
bilik darjah yang berubah menjadi sel sel tahanan |
|
terasa ' ' ketika memasuki sel ni dan kesan darah masih kelihatan di lantai |
|
stress dan tak sanggup dah nak dengar |
|
tak dapat bayangkan |
|
One of the survivor yang merupakan seorang pelukis.
|
Separuh hari kami mendengar kisah yang menyentuh hari dan menyentap emosi kami. Terasa sangat stress ketika ini. Namun, kami mendengar sejarah lengkap yang tak mungkin kami dengar dari mana mana sumber melainkan di sini. Dan kerana itu kami lebih mengenali negara ini.
# Tak sanggup untuk saya berkongsi foto-foto yang dipaparkan kerana terlalu menyayat hati.
Kemboja.
Bagi mengalih emosi selepas membaca dan melihat fotofoto ini saya membahagikan entri pada Day 2 kepada dua bahagian.
Day 2 (i) yang menceritakan kisah berkaitan sejarah Cambodia dan
Day 2 (ii) mencari keunikan Cambodia
No comments:
Post a Comment