Labels

BEIJING (9) BROGA (1) CAMBODIA (8) CYBERJAYA (1) D.I.E.T (18) INDONESIA (4) Langkawi (3) SABAH (6) SEMARANG-JOGJAKARTA (4) SINGAPORE 2013 (2) Travelog (33) faziphotoS (11) masterji (3) sharing is caring (37) talking bout $$ (3) travel jom (9) u r special (16)
Showing posts with label SEMARANG-JOGJAKARTA. Show all posts
Showing posts with label SEMARANG-JOGJAKARTA. Show all posts

Monday, February 25, 2013

Day 4: SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA: 4H3M

24 Sept. 2012 (Isnin).

Hari terkhir di Jogja merupakan agenda utama kenapa kami datang ke Yogjakarta @ Jogjakarta. Y=J

Gunung Merapi.
 Merupakan Gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir meletus pada tahun 2010 yang mengorbankan beribu nyawa.
Pengalaman melihat sendiri kesan dari erupsi 2010 tidak akan dapat dilupakan. Subhanallah..semua yang berlaku dengan kehendakNya.

Gunung Merapi diliputi kabus

tiada apa yang tinggal
 

pengalaman naik jip 8 orang sekaligus


Batu 'Alien'

Kami bergegas meninggalkan pengalaman berharga ini dan menuju ke Candi Borobudur. Burobudur merupakan antara senibina yang pernah tersenarai sebagai Seven Wonders of the World. Walaupun dalam keadaan yang agak tergesa gesa kerana perlu mengejar masa untuk kembali ke Semarang namun kami tetap sempat berpossing sakan di sini.



Jalan laju laju ke van tapi kami di kejar oleh jurujual. Saya mengambil kesempatan membeli namun menjual mahal pada mulanya sehinggalah sampai di van automatik harga menjadi tersangat murah, habiskan semua duit yang tinggal dengan membeli ole ole dari Jogja. Berbaloi baloi.
Minta autograf. Ehh..
Selamat tinggal Jogjakarta dan Semarang.

Pulang dan menikmati panorama matahari terbenam dari sudut yang berbeza.

Percutian ini merupakan pengalaman yang berharga buat kami bersama 'Wiyata Martha Tour'. Inilah 'entrie's yang boleh dikongsi sepanjang percutian saya ke Semarang- Jogjakarta dari Day 1, Day 2, Day 3, dan sehingga Day 4.

#Menulis setelah 5 bulan.


Day 3: SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA (4H3M)

23 Sept. 2012 ( Ahad).

Pada hari ketiga kami melawat Kraton, membeli belah dan menikmati keindahan matahari terbenam di Parangtritis Beach.

Kraton merupakan Istana Yogjakarta. Tempat di mana kita boleh melihat budaya Jawa dan tempat tinggal Sultannya.

Bersama 'Ahli Kunci Kraton'

Jika ke Yogjakarta rugi sangat jika tidak shopping batik Yogja. Tapi, sebelum tu cuba lukis batik dulu.
Hasil kerja tangan saya. Berbakat tak?
Makan tengah hari dulu di B. Djuminten menikmatimakanan tempatan Nasi Gudeg.

Nasi Gudeg Ayam
Dah kenyang, baru boleh pergi shopping batik. Seperti biasa bila wanita jumpa pasar memang lupa jam.

Kemudian menuju ke Kota Gede Jogja untuk melihat pembuatan perak.


Selepas solat di Masjid berdekatan, kami menghala ke Pantai Parangtritis untuk melihat matahri terbenam. Takutnya tak sempat kerana lokasi yang agak jauh. Dan akhirnya...Subhanallah..




Saya yang leka melayan setiap detik bersama E620 sehingga terlupa cerita Pak Budi tentang pantai ini.

Sebelum tidur, kami menghabiskan masa di spa berhampiran hotel dan mengambil angin malam di Yogja dengan menaiki beca.

Walaupun tak sempat membeli belah dengan jayanya di Pasar Malioboro, tapi esok masih ada.

Day 4 di Yogja.

Sunday, February 24, 2013

Day 2: SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA: 4H3M

Day 2: 22 Sept 2012 (Sabtu).

Pada hari kedua kami meneruskan perjalanan ke Yogjakarta. Agenda lawatan menarik hari ini adalah Dieng, Candi Prambanan, dan Sendatari Ramayana.


Sudah menjadi kebiasaan menu sarapan di Indonesia adalah nasi putih, tapi roti putih juga disediakan oleh pihak Hotel Rinjani. Selepas bersarapan, kami memulakan perjalanan.


Pagi pagi makan nasi putih
Keadaan van kami agak padat memuatkan 6orang gadis dari Malaysia. Terpaksalah berasak-asak dengan lugages. Sabarlah untuk 3jam perjalanan.

Pemandangan sepanjang perjalanan Semarang-Jogja.
Sawah padi dan padi huma terbentang



Destinasi pertama adalah melihat gunung berapi kecil di kawasan Dieng yang masih aktif dan baru dua hari berlaku erupsi yang sedang mengeluarkan gas. Ketika ini, bau gas Amonia menusuk hidung.


Perjalanan ke Candi Dieng melalui kawasan tanah tinggi dan hasilnya sangat memukau kerana..
Pertama;
bergambar dengan watak
 Kedua; (yang paling saya berminat)
Keindahan Telaga Warna Dieng yang memukau. Air yang berwarna biru hijau.


 Ketiga;
jumpa Dandelion!!!!! 
excited walaupun terpaksa menonggengkan diri 
Perjalanan diteruskan ke Yogjakarta.

Makan tengah hari di Restoran Dieng tapi kami tetap dengan semangat fotografi. Hehehe...



Check in di Hotel Permata Dagen, Yogjakarta.
Hotel ni agak selesa dan sangat berdekatan dengan pasar Malioboro
Hari kedua di Indonesia, ada antara kami yang menunjukkan tanda tanda tidak boleh masuk dengan menu di sini. Jadi malam ni, kami hanya request untuk makan bakso dan dim sum.
*P/s kalau ada yang berkunjung ke sini, rasanya tidak perlu masukkan sekali makan ke pakej. Rugi.

Aktiviti hari ini diakhiri dengan menonton pertunjukan Sendatari Ramayana. Pertama kali menyaksikan pertunjukan ini selama 2jam.

Jumpa esok Day 3 membeli belah dan melihat keindahan matahari terbenam di Pantai Parangtritis.

Saturday, February 23, 2013

SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA: 4H3M

Selamat Datang ke Semarang Indonesia.

Day 1: 21 Sept. 2012 (Jumaat).
Kami disambut oleh Bu Niken (isteri rakan opis) dan Pak Budi (Travel Agent) di Airport Bandara Ahmad Yani Semarang, Indonesia pada jam 5.30pm.

Selepas 'check in' di Hotel Rinjani, kami dibawa ke Lokal Restoran dan pusing-pusing kota Semarang.
Hotel Rinjani

Dihadapan Lokal Restoran

pembuka selera 'Beras Kencur'
dekorasi restoran yang menarik. eklusif kan. 
Angin malam Kota Semarang

Perjalanan di teruskan esok hari. Day 2.