Monday, February 25, 2013

Day 4: SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA: 4H3M

24 Sept. 2012 (Isnin).

Hari terkhir di Jogja merupakan agenda utama kenapa kami datang ke Yogjakarta @ Jogjakarta. Y=J

Gunung Merapi.
 Merupakan Gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir meletus pada tahun 2010 yang mengorbankan beribu nyawa.
Pengalaman melihat sendiri kesan dari erupsi 2010 tidak akan dapat dilupakan. Subhanallah..semua yang berlaku dengan kehendakNya.

Gunung Merapi diliputi kabus

tiada apa yang tinggal
 

pengalaman naik jip 8 orang sekaligus


Batu 'Alien'

Kami bergegas meninggalkan pengalaman berharga ini dan menuju ke Candi Borobudur. Burobudur merupakan antara senibina yang pernah tersenarai sebagai Seven Wonders of the World. Walaupun dalam keadaan yang agak tergesa gesa kerana perlu mengejar masa untuk kembali ke Semarang namun kami tetap sempat berpossing sakan di sini.



Jalan laju laju ke van tapi kami di kejar oleh jurujual. Saya mengambil kesempatan membeli namun menjual mahal pada mulanya sehinggalah sampai di van automatik harga menjadi tersangat murah, habiskan semua duit yang tinggal dengan membeli ole ole dari Jogja. Berbaloi baloi.
Minta autograf. Ehh..
Selamat tinggal Jogjakarta dan Semarang.

Pulang dan menikmati panorama matahari terbenam dari sudut yang berbeza.

Percutian ini merupakan pengalaman yang berharga buat kami bersama 'Wiyata Martha Tour'. Inilah 'entrie's yang boleh dikongsi sepanjang percutian saya ke Semarang- Jogjakarta dari Day 1, Day 2, Day 3, dan sehingga Day 4.

#Menulis setelah 5 bulan.


2 comments:

  1. adus sikitnye gamba. x puas tengok ! next travel kasi banyak sikit gamba pemandangan ok. hehe.

    ReplyDelete
  2. Hehehe...ni hari last, jadi gambar dah tak banyak :)
    okies next time gambar je yang penuh nanti..hehe

    ReplyDelete