Pada hari ketiga kami melawat Kraton, membeli belah dan menikmati keindahan matahari terbenam di Parangtritis Beach.
Kraton merupakan Istana Yogjakarta. Tempat di mana kita boleh melihat budaya Jawa dan tempat tinggal Sultannya.
Bersama 'Ahli Kunci Kraton' |
Jika ke Yogjakarta rugi sangat jika tidak shopping batik Yogja. Tapi, sebelum tu cuba lukis batik dulu.
Hasil kerja tangan saya. Berbakat tak? |
Nasi Gudeg Ayam |
Kemudian menuju ke Kota Gede Jogja untuk melihat pembuatan perak.
Selepas solat di Masjid berdekatan, kami menghala ke Pantai Parangtritis untuk melihat matahri terbenam. Takutnya tak sempat kerana lokasi yang agak jauh. Dan akhirnya...Subhanallah..
Saya yang leka melayan setiap detik bersama E620 sehingga terlupa cerita Pak Budi tentang pantai ini.
Sebelum tidur, kami menghabiskan masa di spa berhampiran hotel dan mengambil angin malam di Yogja dengan menaiki beca.
Walaupun tak sempat membeli belah dengan jayanya di Pasar Malioboro, tapi esok masih ada.
Day 4 di Yogja.
No comments:
Post a Comment