Sunday, February 24, 2013

Day 2: SEMARANG-YOGJAKARTA, INDONESIA: 4H3M

Day 2: 22 Sept 2012 (Sabtu).

Pada hari kedua kami meneruskan perjalanan ke Yogjakarta. Agenda lawatan menarik hari ini adalah Dieng, Candi Prambanan, dan Sendatari Ramayana.


Sudah menjadi kebiasaan menu sarapan di Indonesia adalah nasi putih, tapi roti putih juga disediakan oleh pihak Hotel Rinjani. Selepas bersarapan, kami memulakan perjalanan.


Pagi pagi makan nasi putih
Keadaan van kami agak padat memuatkan 6orang gadis dari Malaysia. Terpaksalah berasak-asak dengan lugages. Sabarlah untuk 3jam perjalanan.

Pemandangan sepanjang perjalanan Semarang-Jogja.
Sawah padi dan padi huma terbentang



Destinasi pertama adalah melihat gunung berapi kecil di kawasan Dieng yang masih aktif dan baru dua hari berlaku erupsi yang sedang mengeluarkan gas. Ketika ini, bau gas Amonia menusuk hidung.


Perjalanan ke Candi Dieng melalui kawasan tanah tinggi dan hasilnya sangat memukau kerana..
Pertama;
bergambar dengan watak
 Kedua; (yang paling saya berminat)
Keindahan Telaga Warna Dieng yang memukau. Air yang berwarna biru hijau.


 Ketiga;
jumpa Dandelion!!!!! 
excited walaupun terpaksa menonggengkan diri 
Perjalanan diteruskan ke Yogjakarta.

Makan tengah hari di Restoran Dieng tapi kami tetap dengan semangat fotografi. Hehehe...



Check in di Hotel Permata Dagen, Yogjakarta.
Hotel ni agak selesa dan sangat berdekatan dengan pasar Malioboro
Hari kedua di Indonesia, ada antara kami yang menunjukkan tanda tanda tidak boleh masuk dengan menu di sini. Jadi malam ni, kami hanya request untuk makan bakso dan dim sum.
*P/s kalau ada yang berkunjung ke sini, rasanya tidak perlu masukkan sekali makan ke pakej. Rugi.

Aktiviti hari ini diakhiri dengan menonton pertunjukan Sendatari Ramayana. Pertama kali menyaksikan pertunjukan ini selama 2jam.

Jumpa esok Day 3 membeli belah dan melihat keindahan matahari terbenam di Pantai Parangtritis.

No comments:

Post a Comment