Wednesday, July 20, 2011

Arah itu..

Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ini
aku dah hilang arah tujuku
cahaya itu semakin jauh
semakin kelam
hampir hilang

Sesekali aku menoleh lorong di belakang
indah
mudah
walau ada sedikit rintangannya
tapi aku telah laluinya dengan tabah
terjengket jengket aku mengintai tepian lorong itu
mengimbas kembali lambaian senyuman dan dorongan
dari mereka
melontar semangat
dan mungkin kerana itu aku kuat
ketika itu juga
aku lakukan yang termampu dayaku
ingin melihat lorong cahaya di depan yang begitu indah
ramai orang melaluinya
aku juga mahu
aku akan lakukan
dan aku telah lakukan

Terlalu lama aku menoleh mengintai lorong di belakang itu
kaki terpaksa terus melangkah
mengikut arus
lemah longlai
mungkin kerana terlalu lama aku leka

Lorong di depan semakin payah dirempuh
begitu banyak duri yang perlu ditempuh
sesekali melihat tepian lorong
sepi
tiada sesiapa di situ
aku lemah longlai lagi
semakin lemah
sesekali terjatuh
dan aku disapa dari sayup sayup suara
'bangun dan teruskan langkahmu'
aku berusaha bangun lagi
tapi langkah itu tidak segagah dulu
mudah benar tersadung 
mudah benar tersungkur

Sesekali mencari tongkat membantu perjalananku
namun tiada yang mampu menampung
jauh lagikah lorong di depan?
sampai bila sayup sayup suara itu dari kejauhan

Tiada lagi dayaku
menebas lorong di depan untuk dilalui
mahu saja aku berhenti di sini

Keluar mencari lorong lain yang lebih indah
mencari sinar lain yang lebih gah
namun terlalu jauh lorong belakang yang telah aku lalui
terlalu banyak yang aku pelajari
sedikit kesal jika aku biarkan ianya berlalu pergi
kerana ianya terlalu bernilai untuk dihargai

Dan aku buntu
sepi


Jom layan lagu nih...



No comments:

Post a Comment