Monday, August 1, 2011

Salam 1 Ramadhan 1432H

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam
Semoga Ramadhan 1432H lebih bermakna dari tahun-tahun yg sebelumnya
Selamat Berpuasa juga kepada semua

Apa yang telah kita tanam azam untuk Ramadhan kali ini?
apa kata cuba setkan dan akan berusaha untuk mencapai sesuatu yg lebih bermakna 
untuk mendekatkan diri dengan Ilahi

Sy bukan seorang yg sempurna dr pelbagai sudut
Jadi dikesempatan ini saya ingin memohin ribuan kemaafan kepada semua rakan2 dan kepada sesiapa shj
andai ada salah dan silap
maafkanlah

Sy bukan juga seorang yang tinggi ilmunya dalam bidang agama
tapi sekadar ingin berkongsi

Datangnya Ramadhan menjengah
janganlah kita sia siakan
Jika sebelum ini kita leka dan lalai dalam menjalankan ibadah kepadaNya
selalu meletakkan ingatan kita padaNya di hujung2 sudut
Maka apa salahnya jika kita bersusaha mengubahnya kali ini

Ingatan pada Dia adalah yg paling utama
mengharapkan cintanya yang kekal abadi menjadi impian kita

Mulakan dengan dekatkan diri padaNya melalui solat
berusaha sempurnakan solat dengan sebaiknya
Jika sebelum ini salam kiri salam kanan bingkas bangun campak telekung atau songkok
apa kata berusaha berwiris dan memanjatkan kepujian padanya
memohon keampunan dariNya

Jika sebelum ini bibir ini enak manis berbicara
apa kata Ramadhan ini kita membaca kalamNya
Cuba sematkan dan tekad untuk khatam Al-Quran pada 30 Ramadhan
Kenapa? rasa mustahil ke?
tidak boleh..pasti boleh..lapangkan setiap masa solat dengan kalamNya
insyaAllah...

Jika sebelum ini malam2 kita dihiasi dgn warna warni kotak tv
apa kata kali ini kita pergi memeriahkan surau2 dan masjid2 
1001 fadilat terawih
barulah terasa Ramadhan Mubarak

sebelum tidur...pohonlah doa dariNya
sayangnya satu hari dalam Ramadhan telah berlalu pergi

sebelum sahur
luangkan masa memanjat syukur pada Ilahi
kerana diberikan kesempatan menunaikan ibadah untuk hari ini

sebelum memulakan hari
jika terluang waktu
hargailah waktu dhuha yang sedang berlalu
indahnya Ramadhan

kpd ibu tercinta: Selamat hari Ulangtahun hari ini 1 Ogos 2011
sayang mak yg tida tandingnya
kasih mak tiada mampu berbalas



No comments:

Post a Comment