Monday, August 15, 2011

Pusingan U~

tajuk macam dah tersesat jauh jek kn..

tak..tak xdelah jauh sangat kesesatan itu tapi dah tgh sesat lah ni. jadi tengah mencari pusingan u (*kalau ada)..tapi jalan ni jalan highway yang xde pusingan u. makanya kena jalan terus ke hadapan. menanti kalau-kalau ada susur keluar di depan boleh cari jalan pulang semula.

perkaitannya..

seringkali kita merasa menyesal dengan tindakan yang diambil. kadangkala kita menyalahkan sesuatu perkara yg terjadi 'mengapa ini berlaku pd aku'..kadangkala kita buntu dengan persimpangan yg harus diambil dalam meneruskan perjalanan..pernah x hadapi situasi seperti ini ? mesti runsing memikirkannya..apatah lagi jika hal tersebut tidak dapat dikongsi mahupun diluahkan pd teman2. tiada tempat mengadu...

lupakah kita..

Dia Maha Mendengar segala masalah kita -doa
Dia Memberi Petunjuk - Istikharah
Dia juga yg menentukan setiap sesuatu yg berlaku di muka Bumi ini. Tiada satu gerakkan pun tanpa izinNya.

Justeru, tepuk dada tanyalah iman kita..
sejauh mana kita redha dengan apa yg berlaku..
setinggi mana kesabaran kita menghadapi ujian hidup ini.. 
sedalam mana kita berserah padaNya..

cuba renungkan..

apa yg kita perolehi hari ini adalah kesan dari apa yg kita lakukan sebelum ini. baik dan buruk nya hal itu adalah kesan yg boleh dilihat hari ini. xbanyak sikit..xcepat lambat..tapi kesannya tetap dr perjalanan kehidupan yg lalu..

xpercaya?? mudah dan ringkas..
lihat contoh akademik kita. kita selalu dengar seorang yg kurang berjaya dalam kerjayanya merungut 'kalaulah dulu aku rajin belajar'..'dulu aku xserius belajar..banyak main' akibat dan kesannya bolh dilihat selepas itu..dan hari ini..akibat dr kesalan itu keputusan akademik kurang cemerlang dan kesannya mendapat  pekerjaan yg kurang hebat.

pengalaman..

dahulu sy kurang serius dalam belajar diperingkat universiti pada peringkat permulaan. kerana kurangnya redha dalam diri dgn jurusan yg diperolehi maka niat untuk menukar jurusan dan cara mudah adalah menggagalkan diri sendiri. *serius menyesal..hasilnya..keputusan tidak cemerlang dalam akademik walau selepas itu sy berusaha bersungguh sungguh hendak menaikkan CGPA tp agak sukar. kesannya kini apabila sukar untuk menempatkan tempat ketika memohon ijazah sarjana.

bukan sedikit sesalan dalam diri. selalu merungut 'am stuck!'
namun, setelah direnungkan kembali diri ini mula memahami. inilah ketentuannya..
sy redha dengan ketentuan ini. dan sy yakin setiap yg berlaku ada hikmahnya. kerana kini sy mula mencari2 diri sy yg hilang sekian lama. hampir kutemui..

jika kita redha dengan apa yg berlaku..insyaAllah..Dia akan menggantikan kehilangan dan kekesalan itu dgn sesuatu yg tiada nilainya..dan kita akan mula menghargai kehilangan itu dulu dgn kehadiran sesuatu yg baru..

yakinkah kita dgn kuasa doa?

'aku mahu itu dan ini' 
namun pernahkah kita mengangkat tgn lalu menadah memohon dariNya? 
mungkin jawapannya 'selalu..tp xde pon'

tahukah kita..

Dia Maha Mengetahui sesuatu yg terbaik buat kita lebih dr diri kita sendiri kerana Dia menyayangi diri kita tiada tandingnya..

sejauh mana keihlasan kita meminta dariNya..kesungguhan yg ditunjukkan dgn usaha untuk memiliki itu dan ini..sebab itu kita selalu dengar usaha dan tawakal kenapa bukan tawakal dan berdoa?  kerana Dia tidak akan membantu hambaNya yg tiada usaha dan kesungguhan. 

sedarkah kita kenikmatan kita hari ini adalah dr doa kita padaNya..samada sedar atau tidak. kerana Dia Maha Mendengar..

pengalaman..

perkara yg tidak terlintas secara serius mungkin..tapi ketika itu sy masih seorang kanak2 yg memang petah berbicara dan bercerita. 
cikgu tanya soalan mudah 'apa cita-cita awak?'
dengan sepantas kilat 'nak jadi guru atau pensyarah'
cita-cita ini tersemat kemas dlm hati..namun setelah keputusan CGPA dr universiti tidak begitu cemerlang. sy hampir berputus asa tapi Alhamdulillah..hari ini sy di sini..

akan tetapi dgn kesilapan di universiti, sy terpaksa mengambil jalan yg lebih jauh untuk sampai di sini pd hari ini. dgn IzinNya sy bermula sebagai seorang guru ganti di SMK Temin selama hampir 4 bulan. rupanya pengalaman sekecil itu adalah permulaan langkah besar ini bersama -sama doa yg tiada putus dipanjatkan sepertiga malam. sy diterima di Unikop sebagai pensyarah kerana pengalaman yg sy kira sekecil zarah..bermulalah satu langkah yg bukan mudah. namun sy bersungguh sungguh dan sgt menghargai peluang itu. Alhamdulillah..sy terima dan redha apa juga rintangan yg hadir ketika itu kerana yakin inilah peluang yg Dia beri menebus kesilapan dahulu. Syukur Ya Allah...

berkat doa guru..

ketika di sekolah rendah..
Cikgu Wan kerap membebel..'awak tahu x betapa pentingnya sifir untuk awak hafal?' kerana takut dgn pembaris panjang warna kuning sy bersungguh-sungguh menghafal. xsuka tp terpaksa!
Cikgu Azmi kerap memuji..'bagus..bagus profesor matematik..' sy selalu dpt menyelesaikan masalah matematik yg susah tanpa ada jalan kerja. sebab sy suka pk secara logik! sy digelar prof oleh beliau. Terima kasih cikgu!

sekolah menengah..
'sy xsuka math cikgu..math susah..tapi sy cabar diri sy nk jd hebat dalam math macam cikgu' cikgu Mazura senyum dan balas 'tiada jalan mudah. usaha! sy doakan awak boleh. awak bijak main catur tentu awak bijak math!'

ketika matrik..
'sy risau betul tengok awak ni fazilah..soalan senang mcm ni pon xleh buat..sy kena doa banyak2 awak akan jd pensyarah matematik sau hari nnt supaya awak nampak soalan ni sebenarnya mudah!'
cikgu syamsul yg selalu panggil nama sy dlm kelas f3 sbb sy sangat sengal dlm math..Terima kasih cikgu dgn doa itu..

kepada semua guru-guruku..doaku buat kalian tidak pernah lekang sehingga sekarang..insyaAllah..Terima kasih tiada nilainya..semoga Allah memberi 1001 nikmat kepada kalian. 

sy yakin kejayaan sy hari ini berkat doa dr guru-guru sy dan doa sorang ayh yg sgt berbangga dgn kebolehan logik matematik yg dimiliknya..sy yakin sy mewarisi genetik beliau.

Itulah kuasa doa..ingatlah doa seorang guru sangatlah bermakna..

ke manakah perancangan kehidupan..

kita merancang..namun Dialah yg menentukan segalanya.
jangan sesekali berhenti merancang dan berharap. kita tidak akan ke mana-mana tanpa angan angan dan impian..
sasarlah masa depan kita..berusahalah untuk menggapainya..
namun andai laluan itu tersasar sedikit..yakinlah pasti ada sebabnya. kerana Dia tahu jalan yg terbaik buat kita. teruskan perjuangan..harapan..dan impian..
dalam merancang jalan sesekali ketepikan qada' dan qadarnya..

usah ditenung pintu yg tertutup..



usahlah ditenung pintu yg tertutup terlalu lama sehingga tidak sedar akan pintu yg terbuka luas yg memanggil manggil kehadiran kita..

kita kerapkali terjatuh dan takut untuk bangun kembali kerana takut sakit itu berulang kali..tapi tahukah kita bahawa orang yg CEMERLANG adalah org yg pernah jatuh dan bangun kembali lalu bertekad tidak mahu melakukan kesalahan yg sama berulang kali..

usah diharapkan pusingan U..teruskan perjuangan di depan..andai ada pusingan U untuk perbaiki kesilapan lalu..Alhamdulillah..

apakata..mulai hari ini..saat ini kita berjanji dgn diri sendiri untuk mejadi seseorang...
seorang HAMBA ALLAH yg taat akan PENCIPTANYA
seorang khalifah di muka bumi yg berusaha menjadi INSAN yg CEMERLANG

InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment