Wednesday, April 25, 2012

Jika dia pilihanmu..

Tersentap terjaga dari lena bila ayah kata dengan nada tinggi..'kenapa belum berdua lagi?
Mimpi. Abaikan.

Dah pukul 7.00am
Bingkas bangun ke toilet. Terlewat lagi Subuh hari ni. Hampir hampir syuruk.
Bilalah nak berubah ni. Memang perlukan imam untuk membimbing supaya tidak terus begini.
Puas tidur semalam. Kerana keletihan sepanjang hujung minggu yang penuh dengan aktiviti dan bertemu rakan berkongsi pendapat dan sesi luahan hati. Sesekali perlu juga terapi ini. Penting. Yelah kan hari-hari rutin kehidupan sama saja. ofis -> bilik ->opis. Begitulah 5 hari seminggu. Kalau hujung minggu tidak ke mana-mana tambah lagi 24jam di dalam bilik dan rumah. Paling bosan pun, kemas rumah cuma ambil masa sepagi. Dah selesai. Lantai dah boleh berkilat. Lagi sehari setengah? Bosan jugalah.

Pukul 9.00 dah sampai ofis
Hari ni datang awal supaya boleh pulang awal. Nak jogging hari ni. Seminggu 3 kali mesti exercise. Biasanya Selasa, Jumaat dan Sabtu atau Ahad.
Tiba-tiba handphone berbunyi. Kakak.
Sembang sembang kosong. Macam macam topik. Biasalah kami suka bergosip hal hal keluarga. Tapi, sebelum berakhirnya sembang sembang pagi..
'ada berkawan dengan sesiapa sekarang ni?
'takda, kenapa?
'bukalah hati tu..jangan terus memangkah dan tolak. Istikharah dulu.
'Aik apsal tetiba je ni?
'Dah tiba masa kot. Ambil serius bab ni.
'Ok. InsyaAllah..
End call.

10.30am masih termenung memikirkan, kenapalah tiba tiba topik ni keluar.

Handphone berbunyi lagi. Mak.
Tanya khabar dan sembang sembang isu keluarga lagi.
Kali ini..
'Kena lembut sikit. Cuba serius dan fokus.
'Laa..kenapa ni?
'Saja nak ingatkan. 
Terkedu.

Haih dalam sehari je. Berderet deret peringatan.

Seperti biasa, buka facebook, email. Keje didahulukan. Senaraikan apa yang perlu buat hari ini. Ok selesai.
Hurmm..terpandang wall seseorang. 
Lama ditenung. Entah tiba-tiba, ada magnet menarik untuk terus menyelak nyelak dindingnya.
Dia. Dulu dari mata pernah jatuh ke trakea. Tak sempat masuk ke hati. Tersekat. Pasti ada sebabnya.
Itu dulu. Lama dulu. Kalau bayi dah boleh berlari dah. Dah boleh masuk pra sekolah. 
Tapi hari ini.? kenapa rasanya getaran sampai ke hati. Dia lagi..

Entah apa khabarnya. Tiba tiba nak sangat tahu. Mahu ambil peduli semuanya. Tapi...
Ntah..Tak tahu nak buat apa. 
Tegur? owh tidak. Malu..
Sms?   takda no..
Buntu. Dalam hati ada rama-rama..butterfly in my heart. haahaha..
Jom layan lagu ni jelah..
I haven't slept at all in days
It's been so long since we've talked
And I have been here many times
I just don't know what I'm doing wrong

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

There's only so much I can take
And I just got to let go
And who knows I might feel better, yeah
If I don't try and I don't hope

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

No more waiting, no more, aching
No more fighting, no more, trying...

Maybe there's nothing more to say
And in a funny way I'm calm
Because the power is not mine
I'm just going to let it fly...

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
Welcome to Yeucahat.com
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there
What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I change to make you feel this
What can I do to get you there

And love me...love me....love me..
Dah habis merapu. 
Sekadar cerita. Tidak ada apa-apa.

1 comment:

  1. Hoho. Baru prasan link dekat gmail saya.

    :)

    InsyaAllah akak. when the right time comes, the right will eventually be there ;)

    ReplyDelete