24 Mac 2012 (Isnin).
Masuk hari ke4 di bumi Beijing. Selepas Tian An Men Square dan Great Wall, hari ini kami melihat keindahan Summer Palace.
Tapi sebelum tu, awal-awal pagi lagi kami dah sampai di Olympic Sponsor Jewellary City. Sungguh tidak sangka kami berhabis di sini. Ok, bukan kami tapi saya. Saya memang pantang melihat barang kemas yang cantik dihiasi batu-batu comel seperti ruby dan diamond. Kopak beb kopak. Yang tak terkawal bila boleh bayar dengan yuan, RM atau kad kredit. Memang menjerat sungguh. Hai kawan-kawan, lain kali tolong selamatkan saya kalau jumpa lagi kedai-kedai macam ni.
Kalau ikutkan Ali, jangan membeli di sini harganya sangatlah mahal. Hanya tengok tengok sahaja dan beli souvenir diluarnya kerana harganya sangat murah. (memang murah berbanding tempat lain.Jadi kalau ke sini belilah banyak2 di sini)
|
kedai cenderahati yang sangat murah berbanding tempat lain |
Ali kebingungan kenapa kami lama sangat di dalam datang dengan wajah courious. Kayanya mereka semua membeli jewel di sini. Hehehe..
Selepas ini kami akan ke The Bird's Nest & The Water Cube yang terletak diseberang jalan. Sekadar ambil foto. Bukan boleh masuk pun. Tapi itupun kami habiskan masa yang lama. Jauh berjalan, seronok bergambar.
|
Mencabar betul nak melintas jalan di sini |
|
Sarang Burung |
|
Kuib Air warna biru |
Penat berjalan dan bergambar. Lunch time. Kami memang fokus. Tapi masuk hari ke4 kami dah boleh agak menu-manu yang akan dihidangkan.
|
menu mesti ada dalam setiap hidangan ialah telur dadar, tauhu, sayur kobis dan cili benggala |
|
restoran muslim |
Kami solat di masjid yang berusia 300 tahun. Tak ingat nama masjid sebab tak ada dalam senarai tentatif. Masjidnya lebih kecil dari Niujie Mosque. Tapi senibina dan hiasannya tak kurang unik.
|
ruang solat |
|
salah satu dewan ilmu |
|
pintu masuk |
|
nama imam dan bilal |
|
menjana ekonomi muslim di Beijing |
|
Kedai daging halal di sebelah masjid |
Perjalanan diteruskan melihat keindahan Summer Palace. Keluasannya mencecah 300 hektar mengelilingi tasik buatan yang sangat besar. Kami hanya mencari lokasi lokasi menarik untuk mengambil gambar dan melihat keunikan binaannya. Memang indah dan tenang serta nyaman. Dingin menusuk jiwa. Ewwaaahhh...
|
di pintu masuk |
|
keindahan yang tenang |
|
di luarpun masih nampak tenang |
Kenyamanan Summer Palace memang tak terbanding.
Kami di bawa ke Fresh Water Pearl Centre. Mutiara.
|
mutiara air tawar |
|
dapat sorang sebiji pearl |
Honestly, kami tidaklah begitu tertawan dengan kecantikan pearl dari China ini. Bagi saya muatiara Sabah jauh lebih cantik dan murah. Kami pergi nyanyi dan terus masuk ke kereta.
Akhirnya, Ali bawa kami ke shopping area Wangfujing Shopping Street & Its Night Food Market. Lompat lompat gembira jumpa kedai. Hahaha..
|
Ini jalan Wangfujin |
|
bergembira di tengah tengah jalan |
|
kanak kanak riang |
|
kami gembira |
Tak banyak yang kami beli. Hanya beg dan saya membeli 2 buah kereta kontrol. 250yuan untuk 2 buah kereta kontrol. Oklah kot harganya.
Kemudian, dinner time dan balik hotel.
|
happy mode |
Hari ke 5 di Beijing hari untuk membeli belah. Next entry
Beijing: Day 5
No comments:
Post a Comment