Sunday, April 15, 2012

Beijing: Day 5

27 Mac 2012 (Selasa).

Sudah hari ke 5 di Beijing. Rasanya macam baru semalam panjat Great Wall. Sengal sengal sakit kaki masih terasa tapi abaikan je. Standardlah panjat tangga tinggi menjunam memanglah sakit. Tapi bila Ali kata hari ini kita akan pergi massage kaki, waaahhh akulah yang paling excited gila. Memang macam nak sorong sorong kaki ni untuk di urut.

Di Herbal Medicine Center.


Ada gaya Tun Dr. M x?
Kami berhempas pulas menepis godaan untuk membeli ubat-ubatan yang tersangatlah mahal. Di sana juga kami di diagnosis dengan penyakit dalaman melalui tapak tangan dan saya mencuba kaedah Chi Gong yang membuang tenaga negatif dalam badan. Rasa macam kena renjatan elektrik. Kena sikit terus tak mahu. 

Kemudian kami terus ke Kitchen Appliance Store.
Jack yang hensem membuat demonstrasi. Orang tgk pisau, kami tgk Jack. Hahaha...

Model shaver
 Selepas demo yang membuatkan kaum wanita kagum dengan kekebalan pisau, peeler, gunting, dan shaver maka dengan laju laju semua orang angkat tangan nak beli. Kecuali aku yang masih dok fikir fikir nak beli ke?
Last last selepas semua orang dah keluar barulah terhegeh hegeh nak beli. Jack yang hensem siap bagi free pisau buah yang comel dan peeler. Hehehe..Tak sia sia i tenung Jack tadi. (Juz kidding ok)

Kemudian kami berhenti di Hard Rock Cafe Souvenir Shop.
Perlukah melawat di sini? Macam tak perlu je sebab kat Malaysia pun ada. Tapi layan jelah.
Foto sesi
 Lunch time.
 Cantikkan dekorasi restoran ni.

Xin Jiang Muslim Restaurant
Sebelum naik van, pasangan pengantin baru terpesona dengan basikal ni. Eh bukan basikal tapi belon-belon cute ni.
belon merah yg menawan ht syud :)
 Kami solat di Nandouya Mosque.
Masjid ini memang mesti dikunjungi pelancong dari Malaysia dan Indonesia.

Nan Dou Ya Mosque

Bahasa Melayu di Bumi China

Sumbangan ..Senduk sedekah

1kg 5 yuan. Merasa jugak nk beli jajan halal

Macam Pretzel

Kuih Dorayaki?
Kemudian, masa yang dinantikan selama ini. Yes. Shopping time. Benar kata Ali, pelancong Malaysia boleh habiskan selama mana yang boleh di pasaraya. Jadi kita hanya ada 3 jam sahaja. Jangan sampai kedai tutup ya..
Pasaraya pertama. Xiushui Market.

Kami begitu tertawan dengan barangan yang merambangkan mata kami. Terlalu banyak kedai. Kedai-kedainya sangatlah kecil. Tapi barangnya penuh. Penjualnya..MasyaAllah superlah garang! Macam singa. Garang lagilah dari singa. Last-last kami naik takut dan mula memasang strategi.
Strategi: 
1) Kami menyerang secara berkumpulan. Tidak akan serang sorang-sorang
2) Hanya scan dari luar kedai sambil tangan berpeluk tubuh
3) Tidak bersuara langsung
4) Hanya usha kedai penjualnya lelaki sahaja (lelaki lebih soft spoken berbanding wanita yang lantang)
5) Bila jumpa barang yang di scan br tunjuk dan tanya harga
6) Letak satu harga yang diingini. Jangan cakap banyak. Penjual tak bagi. Blah. Dari jauh jika mereka panggil
    tetap tunjukkan dgn jari harga yang dipinta. Kalau dapat, Ok beli. Kalau tak, cari kat kedai lain.
Kami semua beli trench coat di sini 150yuan=RM75 sehelai
Kemudian kami ke Pasaraya ke 2. Yang Guang Jin Jie Market. Dah tak da gambar kerana kami kepenatan. Berjalan pun kaki seret seret je. Tapi misi complete. Dalam wallet dah tinggal 25yuan je lagi.

Dinner time.
Nak setting kamera pun dah malas.
Secara jujur, saya tidak suka membeli belah di dua pasaraya ini. Sangatlah tidak ramah dan tidak mesra pelanggan. Tapi beli juga sebab tidak ada pilihan. Kalau tahu dari awal awal lagi dah beli semua souvenir di luar Olympic Sponsor Jewellary City. Murah dan tak garang. 

Sebelum tidur seperti biasa saya menikmati 1/2 kg stawberi. Malam terakhir di Beijing. Saya pasti akan merindui stawberi....

Beijing: Day 6 kami sudah mahu pulang.

2 comments:

  1. belon yang sangat comell tapi dengan selamba minah tu ambil dan berkata 'bagi sayalah'. rasa nak rampas balik bawa balik Malaysia :)

    ReplyDelete