24 Mac 2012.
Seawal 6.00am telefon bilik dah berbunyi. Wake up call! Tapi dalam bahasa Mandarin. Hahaha..Mesti Ali fikir, tak kisahlah bahasa apa janji bunyi phone yang gamat satu bilik tu mampu membuatkan kami bangun.
|
view from our room at 6.30am |
7.00am.
Sarapan.
Sarapan secara buffet. Wahh..nampak meriah.
|
coffee house at hotel |
7.50am.
Ali dah terpacak di lobi.
Semua sudah nyanyi? kalau sudah mari mari..kita naik bas.. :D
Destinasi lawatan pertama hari ini.
Tian An Men Square and Forbidden City.
|
Seperti biasa : cerita Ali |
|
rakyat China beratur panjang untuk menziarah mendiang Mok yg disimpan di dalam keranda kristal |
|
Ali dan benderanya |
|
dihadapan tugu...*lupa |
|
menuju ke forbidden city |
|
ini laluan maharaja..orang lain 'pancung kepala' |
Kalau ingin menziarah di sini, mesti pakai kasut yang selesa. Jauh sangat kena berjalan. Tapi, sambil mendengar cerita cerita sejarah istana, tak terasa penat tu. Ali juga pandai bercerita. Semua dia goreng. Kalau dia tipupon kami percaya. Hahaha..
|
Kawasannya sangat luas. Maka kami hanya berjalan lurus sambil lihat kanan dan kiri |
|
penyu melambangkan panjang umur |
Keunikan binaan ini menunjukkan kehebatan maharaja China pada ketika itu. Ketebalan lantai sahaja 5m konkrit.
|
Sungai buatan mengelilingi kawasan larangan |
|
menuju ke bas |
|
pintu gerbang di setiap pelusuk beijing |
Silk Store
Perjalanan diteruskan ke tempat yang begitu sinonim dengan Negara China. Sutera!!
Selimut sutera, cadar sutera..mahallah!
Tapi majoriti antara kami terpengaruh dengan kecantikannya. Tapi berbaloi. Kalau ke sini, belilah tak beli menyesal nanti. ;)
|
Penjelasan tentang sutera |
|
Kepompong |
|
Semua sudah tertawan dengan sutera! |
|
Beli satu pasti tidak menyesal :D |
Kemudian makan tengah hari dan solat di Nuijie Mosque. Dari masjid kami berjalan kaki ke Muslim Supermarket.
|
Restoran |
|
Niujie Mosque - masjid yang berusia 500thn |
|
Di Muslim Supermarket |
Selesai membeli belah makanan ringan, kami terus ke
Tea House. Di sini, amoi yang cun mengajar etika minum teh dan khasiat teh China. Sedap.
|
kena menghayati |
Akhir sekali ke
Acrobatic Show. Mesti tonton dan sangat mendebarkan
|
aksi yang paling menakutkan |
Jam 7.00 malam. Makan malam.
|
di restoran ini |
Seperti biasa, sampai di hotel, kami akan sambung berjalan. Tapi kali ini misi mencari buah stawberi. Murah sangat! Jauh lebih murah dari harga pisang. 9yuan(RM4.50) untuk 1/2kg.
|
sangat manis dan enak |
Sekarang saya amat merindui stawberi ini. Sedapnya. 1/2kg saya boleh habeskan dalam masa tak sampai 1/2 jam. Hari-hari 1/2kg stawberi.
No comments:
Post a Comment