Wednesday, April 11, 2012

Beijing: Day 1

23 Mac 2012.

Seawal 4.30am kami berkumpul di McD LCCT sambil menunggu cukup 10orang semuanya.
Sambil menanti, jam 5.00am kami menikmati sarapan di awal pagi. Bersiap sedia dengan makanan yang agak berat kerana makanan dalam flight nanti tidak termasuk dalam pakej. Lainlah kalau nak membeli aneka juadah yang dijual oleh pramugari cantik di udara. Air mineral RM5. Tapi beli jugalah kalau dah dahaga.

Ketika pergi kami lebih prefer McD. Balik nanti tak tau lagi ;)

En Aman, travel agent di Malaysia tolong check in kan dan tolong settlekan semua perkara berkaitan luggage. Kami semua ambil keputusan nak tambah berat luggage untuk balik nanti (Hanya 15kg seorang. uisshhh pasti tidak cukup). Kalau tambah secara online jauh lebih murah harganya. Jadi, perlulah merancang berat luggage bila nak balik nanti. Untungnya pergi dalam kumpulan ni, boleh plus minus kan berat sebab dikira secara total dalam kumpulan.
Briefing oleh En. Muhamad Ghaus Othman (En. Aman)
Selesai check in


Selesai check in dan briefing, En. Aman meninggalkan kami. Pandai-pandailah nak mengembara sendiri. Tapi kami setia dalam kumpulan. 10 orang ladies yang manis manis belaka (*tak percaya? tak pe..nanti anda akan percaya..percayalah)  dan seorang jejaka kacak yang baru 2minggu bergelar suami kepada pn. syuhada.

Jam 8.00am. Masa keberangkatan.
 Sempat lagi..bye..bye semua..

almost 8.30am..masa berlepas
Penerbangan  dari LCCT Kuala Lumpur ke Tianjin Airport, China mengambil masa hampir 6jam. Tanpa makanan di dalam flight, kebanyakan masa dihabiskan dengan menghayati keindahan alam dan langit ciptaan Allah. Subhanallah..rugi rasanya kalau tidak berkongsi foto-foto tersebut.
Foto-foto indah dari udara



Ruang udara China

Tianjin airport
Alhamdulillah kami tiba di Tianjin airport lebih kurang jam 2.00pm. Waktu di Malaysia dan China adalah sama. Cuma waktu solat awal 1 jam.

Pengalaman dalam flight selama 6jam kami terpaksa mendengar suara suara sumbang yang lagaknya seperti kapal terbang ini aku yang punya memang menyakitkan hati. Bising dan langsung tidak hormat orang lain. Tapi, agak memalukan kerana majoriti dalam pesawar tersebut adalah orang Melayu dari Malaysia. Orang kampung wehhhh...janganlah jakun sangat. 


Semasa nak mendarat, memang meloyakan. Sampaikan kena guna teknik pernafasan yang betul. Kiri kanan masing masing dah uuwwweeekkkk...lebihkurang 20minit di ruang udara seperti naik roller coaster. Tapi, bukan hanya ke atas ke bawah tapi kiri dan kanan sekali. Angin sangat kencang ketika itu.

Alhamdulillah.. kami selamat tiba.

Angin dingin menyusuk tulang dan sangat kencang
 Kami disambut oleh jejaka separa botak yang memgang sepanduk 'Nursyuhada dan Imran'. Comell.
Kamu Syuhada? Nama saya Ali. Semua sudah ada? Mari ikut saya. 


Ali keluarkan bendera biru comel berkedut2. Hahaha..
membontoti Ali ke bas

inilah bas kami :D

Ali memberi penerangan

 Perjalanan dari Tianjin ke Beijing mengambil masa 2jam jika jalan raya lancar. Sepanjang perjalanan angin sangat kencang. Ali memberi penerangan itu dan ini. Kami masih ting tong lagi. Lalu suasana sepi. Kami tidur.

Bangun..bangun..kita sudah sampai...


Yeayy..makan time. Semua segar. Ini kira makan tengah hari dan makan malam pakej lah.
Lapar memang tak ingat.
Restoran muslim

Menu yang agak menyelerakan

muka ceria selepas kenyang


pertama kali melihat matahari terbenam bukan di bumi Malaysia tapi di Beijing, China 

di lobi hotel : Penerangan Ali untuk hari esok

luggage ku yang '0'

bilik kami-twin sharing yang sangat selesa

Long Ding Hua Hotel = Majesty Hotel
 Lokasi hotel di tengah-tengah kota menarik perhatian kami. Hurmmm banyak kedai-kedai menarik sekitar hotel.
Selepas simpan barang barang. Kami berkumpul di lobi kembali. Tapi kali ini tanpa Ali. Misi pertama kami malam ini, mencari trench coat.

berkenan tapi tak muat :(
 Misi gagal kerana saiz mereka kecil-kecil untuk memuatkan saya yang 'lebih kecil'. Tak pelah esok masih ada.
Kami berjalan-jalan sepanjang jalan menghayati suasana (*tapi lebih kepada memerhati kedai :)))

Terjumpa satu kedai runcit yang menjual barang-barang runcit dengan harga berpatutan. Harga soket hanyalah 3.5 yuan(RM1.25) . Di Malaysia, RM45. Jadi, kalau ke Beijing beli sahaja di sana. Harganya jauh lebih murah.

Begitu juga dengan long john. Harga sepasang long john di sana hanyalah 45yuan (RM22.50). Mujur saya tak beli long john dari Malaysia. ;)

Disebabkan budaya di China tidak ada air dalam tandas, maka kita perlu membawa botol kosong ke mana-mana. Ambil air di sinki dan bawa ke dalam tandas.

Nasihat Ali, lebih selesa jika 'yang besar' di hotel kerana ada air. Maka, kami membuat persediaan. Mencari buah-buahan dan air yang secukupnya supaya lawas di awal pagi.

Owh ya..istilah yang Ali guna pakai untuk buang air ialah 'nyanyi'.hahaha..comell Ali.
Harga pisang di sana 4 biji = 11 yuan (RM5.50). Mahal!!!
banananana
Sebelum tidur, call bapak di Bumi Malaysia menjelaskan keadaan yang selamat di bumi Beijing. Janganlah risau. Saya cadangkan kalau kita ke luar negara buatlah roaming. Supaya senang kalau ada apa-apa. Tapi jangan sewenang-wenangnya jawab panggilan kalau dihubungi kerana kita yang kena tanggung kosnya. Cara selamat, tutup handphone. Bahagia dan cuti yang aman tanpa gangguan. Sesekali buka handphone kalau-kalau ada sms kecemasan.

Selamat malam. Tidur yang sungguh nyenyak di sana. Kepenatan mungkin.

Bersambung Beijing : Day 2

No comments:

Post a Comment