Strawberi.
Masa zaman kanak kanak dulu kalau sebut je strawberi (stoberi), aku akan jerit wahh stoberi.
Stoberi bukanlah buah kegemaran apatah lagi buah yang biasa dimakan. Stoberi hanyalah sejenis buah yang dikenali melalui buku S for Strawberry.
Bila dewasa, aku selalu mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan diet. Selalu diperkatakan Strawberi banyak khasiat dalam diet. Tapi langsung tidak menyimpan angan angan untuk makan stoberi.
Bila cerita Siti Nurhaliza sinonim dengan stoberi coklat, aku mula menyimpan angan-angan..sedapnya kalau dapat makan. tapi takyahlah. Pisang, manggis dan rambutan jauh lebih sedap dan murah. Stoberi mungkin sedap tapi mahallah!.
Boleh dikatakan aku dan stoberi memang tiada kaitan dalam kehidupan.
Cerita bermula ketika aku mula masuk ladang stoberi di Cameron Highland tahun lepas(2011). Tempat pertama yang kami terjah adalah ladang stoberi.
Maka sejak itu, aku sudah jatuh cinta sama stoberi. Pada sebelah petang itu kami ke pasar malam di Cameron, aku borong stoberi banyak banyak. Rupanya sekali mengadap je dah boleh habis. Esoknya beli lagi. Dan hampir habis dalam perjalanan.
Bila sampai rumah, stoberi jadi masam. Tak sedap. Berair. Kecewa sangat. Lepas tu, selalu merindui stoberi. Tapi mentaliti stoberi hanya sedap dimakan di lokasi yang mempunyai suhu yang sejuk.
Sejak itu juga, aku merasakan stoberi itu buah yang comel. Sejenis buah yang kuidamkan. hehehe...
Sehinggalah 24 Mac lalu ketika aku berada di bumi China. Kebetulan sebuah kedai menjual buah buahan dan banyak lori lori di tepi jalan yang menjual stoberi dengan meriahnya.
Memang aku seperti jakun. Ye jakun dengan harga stoberi yang membuatkan aku hampir pengsan. Murahnya! Besarnya! Cantiknya!
Maka dengan gembira aku memborong 1/2 kg setiap hari. Hari hari pasti ada stoberi. Dan hari hari akan aku pergi beli.
Rasanya sungguh manis. Buahnya masak ranum dan besar. 2 kali ganda saiz stoberi di sini. Harganya 500g lebih kurang 9yuan=RM4.50. Pasti aku kagum. Buah segar. Sesegar dari ladang yang baru dipetik hari hari.
Iye memang aku jakun dan kagum dengan stoberi tersebut. Kerana semalam, bila aku terlalu teringin menjamah stoberi, aku terpaksa tanya berkali kali betul ke harga ni???? 250g = RM 11.90. Rasanya, tidaklah mahu kubandingkan tapi hakikatnya membuatkan mulut gatal. Mungkin kerana buahnya diperam dan disuntik dengan sejenis bahan untuk memastikan ianya tahan lama. Walaupun kecewa, aku tetapkan habiskan jua. Lalu, hari ini aku pasrah stoberi hanyalah sejenis buah untuk didamba bukan untuk dinikmati di sini. Melainkan aku sanggup naik ke Tanah Tinggi semata-mata hendak menikmati stoberi.
Terimalah hakikat.
Bukan untuk dinikmati tetapi hanya untuk belajar S for Strawberry.

Kamera: T700 Lokasi: Dapur rumah, Dengkil, Malaysia Tarikh: 16 Apr. 2012 Tittle: Korea Strawberry |
Kamera: E620 (14-42mm) Lokasi: Atas katil, Long Ding Hua Hotel, Beijing, China Tarikh: 24 Mac 2012 Tittle: China Strawberry |
Ihsan foto: Zareena used her Canon Lokasi: Cameron Highland, Malaysia Tarikh: July 2011 |
Itulah kisah stoberi yang terpahat di hati. Apapun I Love Strawberry.
No comments:
Post a Comment