Tuesday, June 25, 2013

All the best

Dear all my students,

All the best for your final exam.
Dear mentees,
Do the best k!

Friday, June 7, 2013

SINGAPORE 2013: Part 1

Perjalanan yang tidak dirancang. Semuanya main redah je. Dari Cyberjaya ke Singapura.

31 Mei 2013 (Jumaat).
Perjalanan bermula dengan meninggalkan MyVi di tempat letak kenderaan berbumbung Putrajaya Sentral. Biasanya kos meletak kenderaan untuk 3 hari di sini dalam RM21. Oklah untuk saya yang tidak ada orang jemput ni (ayat sadis sikit). Lagipun meletak kenderaan di sini mudah dan selamat. InshaaAllah.

Dari Putrajaya Sentral, saya menaiki ERL ke TBS (Terminal Bersepatu Selatan). Kosnya RM4.80. Mahal? memanglah tapi laju dan selesa. Pertama kali ke TBS, kagum jugak dengan hentian bas ke selatan tanahair baru ni. Bas ke JB memang banyak. Boleh pilih setiap masa. 

Perjalanan selama 4jam ke Seri Puteri, Skudai Johor. Kami tidak berhenti di Larkin kerana dari Seri Puteri kami senang nak ke mana mana memandangkan tiket bas ke Singapura, Temerloh (kakak dari Temerloh), dan Putrajaya semuanya ada di Seri Puteri. Harga tiket bas dari TBS ke JB ialah RM31(dewasa) dan RM23(kanak-kanak). Bas dari Putrajaya lebih murah (RM29) tapi waktu perjalanan pada jam 6.45pm. 

Hotel pon kami pilih area situ juga. One stop centre gitu...

Tiada gambar hotel sebab dah excited nak tidur. 2 bilik Standard untuk 2 malam pada harga RM272. Harga satu bilik ialah RM68. Hotel budget tapi oklah selesa untuk tidur je kan.

1 Jun 2013 (Sabtu).
Seawal pagi 9.30am kami menaiki bas ke Singapura (tak awalpun. ada bas lagi awal jam 8.15). Rezeki kami pada hari tersebut kerana ada sebuah bas persiaran yang membawa pelancong dari sebuah hotel di JB. Kami hanya perlu bayar RM100 untuk 7orang. Jimat jimat. Terima kasih abg driver yang offer kami naik bas beliau.

Awal-awal lagi anak buah cakap 'cuba maksu tengok orang JB jalan laju laju..macam kena kejar'. Aku hanya memerhati. A'ala laju sungguh. Kejar apa ntah.

Imigresen Malaysia

Dari Johor kita perlu melalui 2 imigresen. Imigresen Malaysia di JB Sentral dan Imigresen Singapore setelah memasuki negara tersebut. Ini pengalaman pertama saya memasuki sesebuah negara dengan menaiki bas. Penat! Naik turun tangga. 

Perlu diigatkan kepada back packers single mingle yang stay di JB untuk ke Singapore anda mungkin OK dengan senario naik turun bas dan naik turun tangga imigresen. Tapi harus berwaspada, jika anda naik bas 707 atau bas awam lain, risiko anda kena tinggal adalah tinggi. Jadi sebab itu anda perlu jalan laju laju untuk kejar bas tersebut sebab mereka akan tinggal je siapa yang lambat. Dah terjawab persoalan kenapa orang JB jalan laju laju bila nak masuk Singapura.

Oleh itu, kepada anda yang akan travel dengan keluarga dan membawa warga emas serta anak anak kecil, adalah berisiko jika anda naik public transport ke Singapura walaupun murah. Lebih baik, charter dari pihak hotel atau hubungi agen agen yang membawa orang masuk ke Singapura. Maka, anda masih boleh lenggang kangkung berjalan menuju ke imigresen. Kosnya takdelah mahal manapun, RM 20-RM30 (pergi balik) sahaja. Jika naik public transport memang murah RM15(pergi balik) sahaja tapi bersedialah untuk berjalan seperti kena kejar anjing. Penat beb. Serius! Kalau dah kena tinggal kena tunggu bas dari syarikat yang sama, tunjukkan tiket di kaunter dan mereka akan beri bas lain.

Lagi satu, jangan lupa isi borang putih imigresen. Biasanya, kalau charter bas atau agen mereka akan bagi borang siap siap untuk diisi dan diserahkan kepada imigresen bersama pasport. Tapi, kalau beli tiket bas awam, anda perlu minta borang tersebut di kaunter tiket atau dari pemandu bas. Mereka tidak ramah untuk bertanyakan anda dah ada borang ke belum.
Berbalik kepada perjalanan kami, dari jam 9.30am dari JB sentral selepas melalui imigresen dan imigresen, kami tiba di Sentosa pada jam 11.00am. Anak anak buah dah teruja nak masuk USS. 

Naik je tangga, dah boleh nampak globe kemegahan Universal Studio Singapura.

Bergambar dulu. Kemudian ada misi rahsia selepas ini. Nantikan USS Part 2.

Thursday, June 6, 2013

60D + 50mm 1.4

Tonight am super excited.
Why?
'Finally my 60D attached with 50mm 1.4'
Mengimbau entry sebelum ni walaupun dah hampir setahun memburu bersama 60D+Tamron 17-50mm 2.8 + 85mm 1.8 tapi malam ni ats ihsan maka saya dapat memburu bersama 50mm 1.4.. Yess :D
Hasil buruan 60D + 50mm 1.4

Saya nak let go my olympus. siapa berminat boleh angkat tangan.

60D + 50mm 1.4 :)