Sunday, September 29, 2013

Little syud


29.9.2013
Alhamdulillah...tahniah syud dan im.semoga dengan kehadiran puteri yang comel akan menceriakan lagi rumah tangga kalian berdua. Acik glah tumpang hepi sekaki :)
Dah dekat 3jam acik glah tunggu si kecik ni buka mata, tp dia enak tidur. Puas kami dok usik usik geletek geletek lagi sedap menggeliat adalah^^


Sudahnya sampai dah boleh keluar hospital dah tetap dia tidur lena...

Am feeling wonderful and excited sangat dengan kehadiran little syud. Almaklumlah...sejak dr mamanya single mingle, berdua dan sekarang bertiga. Hope kita berhubung till jannah. Love you <3...

Aipp aipp...jangan ada yang ringan2 mulut nak tanya aciknya bila lagi eh :p
Jawapannya < sy masih menanti putera idaman hati (which is ntah sesat kat mana ntah sampai sekarang belum muncul muncul lagi) ask me 'will u....' >
Hehe...

Ok dah. 

Dear little syud  nanti kita jumpa lagi k...jadilah suri yang solehah kepada kedua ibu bapa dan muslimah yang memberi bahagia kepada semua...inshaaAllah...

Friday, September 13, 2013

Life is Precious

Dah 3 bulan, selepas menjanjikan entry seterusnya untuk Travelog ke USS tapi masih belum berjaya. Sehingglah kali ini dan saat ini.

Hari ni saya menerima teguran yang macam macam. Semuanya mengatakan saya sedang bahagia. Owh..Alhamdulillah ameen..Tapi, benarkah? entah...tidak ada apa apa yang berlaku untuk menjadikan bahagia itu terpancar diwajah. Malam malam masih lagi disimbahi wiper ayaq mata. Masih lagi..walau hampir 9 bulan berlalu..iye saya masih lagi rindu ayahanda tercinta. Rindu yang tidak akan hilang sampai akhir hayat.

Mungkin ye mungkin...kerana bantal banjir hampir setiap malam...hati menjadi lebih kuat untuk bangun dengan senyuman. Tahan dan tahan sehingga malam...banjir lagi..senyum lagi..begitulah rutin harian yang dah menjadi sebahagian dari kehidupan.

Moga Allah hadirkan kekuatan dan kebahagian buat saya dan kalian.

Ameen..Salam Jumaat. Carilah ketenangan hati hari ini dengan membaca atau memperdengarkan bacaan surah Al Kahfi dan himpunan nasyeed  Damai di hati..senyum terukir menemani hari :)