Wednesday, November 20, 2013

Mentaliti

Minggu super bizi...atau dalam bahasa yang sempurna minggu yang tersangat sibuk.

Setelah berbulan bulan cubaan untuk update blog gagal, saya curi jugak masa untuk update blog ni walaupun entry kali ini tidak ada kaitan dengan aktiviti jalan jalan atau berkaitan fotografi.

Entry kali berkaitan dengan mentaliti.
Mentaliti kita terhadap sesuatu perkara. lain padang lain belalangnya, lain orang lain fikirannya...

Sebagai contoh, dalam alam pekerjaan.
Mentaliti pekerja yang lebih senior pasti berbeza dengan mentaliti pekerja yang masih 'hot' keluar dari oven. Tapi, sebagai pekerja junior yang masih baru perlulah menerima teguran dan pandangan daripada pekerja yang lebih senior. Sebab garam yang mereka telah telan agak masin dan mungkin banyak. Tak salah kan menerima pandangan. Dan supaya lebih menarik dan d boom, adunkan pandangan dan idea tu bersama maka, bombasticlah jadinya.

Manakala, pekerja yang lebih senior pula perlulah menerima idea idea bernas dan semasa daripada junior junior yang tengah berkobar kobar nak tunjuk bakat mereka. Kadangkala, pandangan mereka yang baru baru ni lebih fresh dan mungkin sesuai untuk di adaptasi dalam dunia hari ini.

Jadi, ingat tu, kepada mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan, janganlah berat mulut untuk bertanya pandangan dan saranan dari mereka yang lebih berpengalaman. Tak rugi apa apun jikalau mendengar.

Saya selitkan juga tentang mentaliti ibu bapa terhadap pendidikan anak anak. Kadangkala ibu bapa terlalu taksub untuk menebas laluan masa hadapan anak anak. Tentukan anak pertama mestilah menjadi seorang profesor, anak yang kedua : Doktor, ketiga: Peguam dan bergantung kepada berapa ramai anak semua nak di aturnya tanpa mengambil peduli anak nak jadi apa. Apa minat mereka dan impian masa hadapan mereka.

Anak anak jangan dipaksa membuta tuli, nanti haru jadinya. Berikan galakan membina kepada mereka. Jika bidang yang dipilih tidak sesuai, relevan kan kenapa ibu bapa tidak setuju bidang yang tersebut. Anak anak zaman sekarang, memberontak dan kedinginannya memboikot dalam diam boleh bawa padah. Macam macam perangai keluar nanti. Terutamanya, jika ianya melibatkan bidang bidang yang kritikal seperti Doktor. minat dan kesungguhan sangatlah penting. Diselitkan juga dengan bakat semulajadi. Tapi, itu masih boleh dipupuk. Bidang bidang yang kritikal begini biasanya mendapat tempat di hati masyarakat. Namun, pastikan bidang ini menjadi pilihan anak anak anda bukan hanya kerana ibu atau bapa yang tidak dapat menjadi doktor jadi anak mesti mewarisi tanggungjawab ini. Naya pesakit nanti.

Seterusnya, ada juga ibu bapa yang tidak dapat menerima kelemahan anak anak di peringkat pengajian tinggi. Disangkakan anak anak tersayang cemerlang dan bijak di peringkat sekolah, maka secara automatik mereka akan cemerlang selama lamanya. Owh tidak tuan tuan dan puan puan.  Anak anak perlu rajin berusaha dan sesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran barulah mereka akan cemerlang.

Itulah mentaliti masyarakat sekarang yang jelas mempengaruhi kualiti kehidupan masa kini.

Sekian.