Thursday, March 10, 2011

Tekanan kita berbeza~

Berehat seketika ketika sedang tertekan buat soalan exam dan memikirkan perancangan2 hidup yang tidak membawa ke mana2..dugaan di muka bumi ni hanya setitik kedukaan dr keseluruhan duka..kesenangan kini tidaklah membawa apa2 jika dibandingkn dengan nikmat Allah seluruhnya..

'bersyukur dengan apa yang ada..redha dgn apa yang tiada'

Semalam, seorang student lelaki bertanya dgn linangan air mata..
'miss..macam mana sy nk score math?..sy fobia dgn number..sy risau'
Sypun dgn xsemena2 bergenang jugak air mata..dan terdetik d hati
'Ya Allah, semoga ilmu yang disampaikan diberkatiMu..semoga kejayaan milik mereka'

Saya faham bebanan dan tekanan mereka sebagai seorang student yang menaruh harapan untuk berjaya. kerisauan mereka..kebimbangan mereka..setelah berkongsi pengalaman dan memberikan suntikan semangat..dia mengukir senyum..saya akan berusaha miss..kejayaan itu milik Allah..Allah tidak akan menguji jika ianya diluar kemampuan saya..saya tersenyum dan berlalu..

Tetiba teringat zaman2 belajar dahulu..saya selalu berdoa semoga satu hari nanti sy dapat berkongsi pengalaman ini untuk kebaikan agama, bangsa dan negara..Alhamdulillah..
Bukan mudah melalui pengalaman hidup. Tapi jika telah melaluinya..itulah pengalaman yang mematangkan kita dan penyebab kepada siapa kita hari ini..

bersyukurlah dengan dugaan yang mendatang hari ini..kerana Allah menyayangi kita..
Dia yang mengetahui sesuatu yang terbik buat kita sedang kita tidak mengetahuinya..


No comments:

Post a Comment