Friday, March 30, 2012

Beijing : 6D5N

Beijing. Ibu negeri China. 

Impian untuk melihat dan mendaki The Great Wall dari dekat telah tercapai. Salah satu keajaiban dunia. 
Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana dengan izinMu aku dapat melihat keindahan alam dan binaan ciptaan manusia (dengan izinMu) yang begitu gah.

Itu adalah faktor yang mendorong saya untuk menjejakkan kaki di bumi China. 

Perancangan selama 5 bulan berlalu begitu pantas. Bermula dengan idea Syud untuk bercuti di China telah membawa saya ke sana.

Kami semua tertawan dengan poster ini.
RM1800 untuk 6 hari 5 malam. Menarik bukan :)

Entry seterusnya --> 23-28 Mac 2012.

Thursday, March 22, 2012

Mimpi yang di Gubah

Mimpi indah hadir dalam lena
Tika jaga hanya senyuman berbaki
Mengingati mimpi yang tidak pasti
Berlalu pergi bersama realiti

Angan yang tidak pernah sudah
Mimpi menjelma lagi
Namun kali ini
Janganlah mimpi berlalu pergi

Tercari cari dalam lena
Bagaimana harus mimpi tidak pergi bersama realiti

Dengan langkah berani
Pisahkan mimpi dari lena
Bawalah mimpi kepada realiti
Bersama menjadi satu kenyataan abadi

Tidak perlu lagi memejam mata
Mencari lena untuk bersama mimpi
Jelmakan mimpi menjadi impian
Bersama realiti membawa bahagia


Sunday, March 18, 2012

Selamat Pengantin Baru : Syud & Fatimah

Belum terlewatkan untuk  ucapkan tahniah kepada

Minggu lepas adalah minggu yang cukup bermakna buat mereka berdua dgn pasangan masing-masing. My dearest sis Syud and Pat. Kedua dua majlis dijalankan serentak. Satu majlis di Salak Tinggi dan satu lagi di Bagan Lalang. Mesti kena pergi kedua duanya :)

Jadi, minggu lepas adalah minggu super padat buat kakak sorang ni. Hehehe..

Bermula dengan Friday Night 9 Mac 2012..
Saya ke Salak Tinggi dalam pukul 9.30pm. Menjengah persiapan my dear sis sorang ni. Sempatlah jugak menyumbangkan aktiviti 'keras tangan' dalam menggubah hantaran. Termasuklah sireh junjung yang 'ok' walaupun disiapkan di saat saat akhir. (*hehe..boleh tahan jugak minah kidal ni buat sirih junjung..--> sila klik like if u like the sirih junjung ;)

10 Mac 2012.
Majlis akad nikah yang ringkas di surau pada jam 10am.
(masalah teknikal untuk bluetooth foto foto dari T700)...

Petang tu kami ke Taman Botani untuk snap photoS. 










Hasil dari faziphotoS..

11 Mac 2012..Majlis resepsi Nursyuhada & Imran



Majlis resepsi Siti Fatimah & Ahmad

Sekitar Outdoor Photoshoot pat di Bagan Lalang







guess ~how many photographers?

bridesmaid waiting for her groom?


sweet~~



Tahniah kepada kalian dan semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa. 




Friday, March 2, 2012

Teman Berbicara

Di sebalik jalan berliku
jauh beribu batu
kau tetap hadir menemani hatiku
menerangi kegelapan malam
menceriakan sinar mentari petang
lalu rindu bertabur dalam hatiku

Indahnya suatu ketika dahulu
ketika kau hadir erat disisiku
sepi bicara tak perlu terungkap
tirai sunyi melabuh sepi
ceria menemani hari

Tidak pernah sekali
kau mencoret luka dihati
hanya setia menemani
gembira terukir dihati

Dikala ini
aku kerinduan pada teman bicara rindu
bicara hati yang dulu

Namun tiada daya
untuk memutar masa
mengharap kau kembali menemani di sisi
kita punya kapal berlainan arah
berlainan nakhoda

Andai rindu yang bertakhta dihati
sampaikan pada angin
ukirkan pada bintang malam
yang kita sedang merindu

miss u all

Thursday, March 1, 2012

My BMR DCR

Esok 2nd March 2012. Sepatutnya akan ada penurunan berat selepas 2minggu. Insyaallah ada..Berdebar tunggu esok. Jika dapat turun berat seperti dalam jadual, hujung minggu ni adalah cheat day sempena balik kampung. InsyaAllah.

Minggu selepasnya adalah minggu sunat berpuasa pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis, bersempena 13, 14, 15 Rabiulawal 1433H (pertengahan bulan Islam). InsyaAllah semoga berkesempatan menunaikan ibadah puasa sunat tersebut. 

Kebiasaannya jika ada event hujung minggu atau balik kampung, saya akan mengira kalori secara terkumpul sepanjang minggu bermula Ahad hingga Sabtu.

Contoh: 
Kalori harian 1477.3 x 7 = 10341.1 kcal. 
Kena pandai 'counter back' kalau dah terlebih makan semasa hujung minggu. Almaklumlah balik kampung mana boleh menahan diri dari makan masakan emak (nanti kecil hati ibu bapa). 

Tapi, ada tips untuk mengawal pengambilan makanan ketika balik kampung tercinta. 

Kita memang tidak akan mampu skip mana mana hidangan yang tersedia. Ibu akan suruh makan itu dan ini. Ayah akan bertanya apakah menu yang kita teringin nak makan. Jadi, pilihlah menu yang sihat tapi sedap. Tapi, jika menu tersebut terlalu banyak kalorinya, cuba makan perlahan lahan ketika makan. Masa yang lebih lama yang diperlukan untuk habiskan makanan jadi tidaklah kita perlu menyumbat semua menu sehingga terlebih pengambilan kalori yang tidak wajar.

Selamat mencuba buat saya. Hehehe...

Ingin berkongsi jadual pengamilan kalori BMR dan DCR saya serta target masa yang akan tercapai. InsyaAllah..Kalau sesiapa berminat saya boleh kirakan untuk anda. :)
#Doakan kejayaan saya. InsyaAllah...