Sunday, November 13, 2011

Jangan sebut namaku..

 ‎'Allahumma inni au'zubikaminal hammiwalhazan,waau'zubikalminal a'jzi walkasal, 
waau'zubikaminal jubni walbukhl, waau'zubikamin gholabatiddaini wa qahrirrijal'- 
" Aku berlindung pada mu Ya Allah dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang lain...

Doa ni memang seharusnya diamalkan oleh setiap individu.
Ketika sy menghafal doa ni, ilmu sy menerimanya untuk keluar dari beban hutang dan sy yakin Allah akn keluarkan sy dr resah gelisah dan beban hutang tersebut. Alhamdulillah...

Namun, sy terlepas pandang doa ini perlu dihayati dr setiap bait2 ayatnya. 'aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang lain.' 

Ketika sy difitnah dgn cerita yg mengaibkan maruah sy. 'kononnya sy meminati seorang lelaki dan dicanangkan,padahal ianya adalah fitnah yg nyata' sy jd xkeruan. terlupa akan kuasa doa ini. Tq sue kerana mengingtkan akak. 

Bukan api bahang yang dicari untuk mencanang kembali, tp kekuatan dan tidak mahu terus terlibat dalam kehidupan orang lain. Jangan sebut namaku sesungguhnya sy tiada kaitan dalam hidup kalian. Sy ada hak untuk bersihkan nama sy. selama ini, diamku bukan beerti lemah tp bersabar namun ketika fitnah semakin rancak, sy perlu menjaga maruah sy. Sy berharap untuk berhadapan dan Alhamdulillah Allah bg sy kekuatan. Kita perlu bersemuka. dan bolehla tengok muka bengang sy. bukan lakonan ye ;)


'aku maafkan kamu
tak perlu kita bertemu 
cukup kau tahu
yang aku maafkan kamu
tolong teruskan hidup
jangan sebut namaku..'

No comments:

Post a Comment