Senyum teratai sendirian
Beranikan diri berdiri ditengah dedaun hijau
Kembang teratai menghiasi keindahan tasik sepi
Sendirian teratai diterangi cahaya dinihari
Menambahkan lagi seri teratai
Bukan mudah teratai di sini
Nampak indah dari kejauhan
Namun teratai
Terpaksa berpegang teguh dengan kelainan diri
Kembang teratai bukan sehari...
Walau esok teratai kan layu
Tapi hari ini teratai tetap indah menemani
Labels
BEIJING
(9)
BROGA
(1)
CAMBODIA
(8)
CYBERJAYA
(1)
D.I.E.T
(18)
faziphotoS
(11)
INDONESIA
(4)
Langkawi
(3)
masterji
(3)
SABAH
(6)
SEMARANG-JOGJAKARTA
(4)
sharing is caring
(37)
SINGAPORE 2013
(2)
talking bout $$
(3)
travel jom
(9)
Travelog
(33)
u r special
(16)
Tuesday, April 30, 2013
Thursday, April 11, 2013
GEMUK -> MALAS
Apakah yang dikatakan berat badan ideal?
Apakah ukuran berat mencapai berat badan ideal?
Setiap individu mempunyai tinggi dan berat serta komposisi jisim tulang yang berbeza. Maka, berat badan ideal juga berbeza bagi setiap invidu.
Ukuran paling standard untuk mengetahui samada berat badan tersebut ideal atau tidak dengan mengetahui Body Mass Index (BMI) tubuh. Merujuk kepada BMI Asia Strategies, 18.9 < normal weight < 24.9.
Formula: BMI= Berat (kg) / Tinggi^2 (meter)
Jika BMI kurang dari 18.9 anda kurang berat. Jadi, naikkan sikit berat anda.
Jika berada kumpulan normal weight TAHNIAH! amalkan kehidupan yang sihat.
Jika lebih daripada 24.5, sendiri mahu INGAT!
Saya pasti ramai yang tahu tentang BMI tapi berapa ramai yang berusaha untuk berada dalam kelompok normal weight ini?
Alasannya kerana:
1) Study yang dibuat tak semestinya betul
2) kurus itu tak semestinya cantik
3) Tak semestinya gemuk itu tak sihat dan kurus itu sihat
4) Tal kesahlah berapa berat badan, OK je
5) Dah nak gemuk nak buat macam mana
6) Dah tak larat dah nak berusaha dapat berat badan ideal, usaha dah sia sia tak pernah berjaya.
Malas dah nak fikir
7) Nantilah, baru turunkan berat. Sekarang OK lagi
Jadi, anda memilih alasan no berapa? atau alasan anda tidak tersenarai di sini?
Saya telah memilih alasan no 6.
Akibatnya,
#usaha saya tidak pernah bejaya kerana mentaliti tetap tidak akan berjaya
#berat semakin bertambah hari demi hari
#badan dah mula menunjukkan simptom simpton tidak mampu menampung berat dengan saiz kaki yang
comel ( kasut saiz 5-6)
#dah malas nak fikir tapi kesakitan semakin bertambah
Simptom simptom akibat gemuk adalah:
1) sengal sengal badan
2) kaki dan tangan selalu kebas akibat perjalanan darah yang tidak lancar
3) emosi tidak stabil (stress sebab makin gemuk)
4) kulit semakin kusam dan jerawat mula memunculkan diri
5) lutut dan pergelangan kaki kelihatan seperti bengkak dan akan sakit jika melompat atau berlari
6) sistem penghadaman tidak lancar (sembelit)
7) badan berangin
8) badan berbau akibat dari toksin dalam badan
9) kurang kayakinan diri
10) semakin tidak dapat mengawal nafsu makan
11) malas bersenam
12) malas bergerak nanti cepat mengah/penat
13) berpeluh peluh
14) MALAS nak tulis banyak banyak lagi
Simptom simpton ini telah kelihatan dalam diri sendiri. Melalui pengalaman sendiri.
Sebelum ini saya begitu alert dengan berat badan sehinggalah entah bila sel sel lemak telah berjaya menjana dengan jayanya tanpa saya sedari akibat dari tidak banyak bergerak dan kononnya tidak ada masa nak bersenam. Hasilnya...
MALAS nak sambung lagi.
Paksa diri sikit lagi.
Usaha selalu GAGAL, dan semangat selalu hilang..sedang mencari kekuatan untuk terus BERUSAHA.
Sangat terkejut bila pakaian terpaksa disimpan dalam 'storage' bukan dalam almari kerana dah tak muat :(
Dan sekarang kaki dah kebas duduk lama lama. I feel very BAD.
STOP sebab MALAS dan kaki dah KEBAS
Bicara sepi esok
Panas terik mentari membahang
Keringat mengalir di pipi
Dalam hati berdetik
Pergilah panas mentari
Ku ingin dingin menyapa diri
Berlabuhlah mentari menggamit senja
Panas terik tiada lagi
BerKicaulah burung pulang ke sarang
Tersenyum puas menanti malam
Dingin malam hadir ditemani bulan
Indah dalam samar kegelapan
Tapi masih Meraba raba mencari
sinar menerangi
Kepekatan malam semakin menghantui
Akur dengan perginya mentari hadirnya bulan
Dipejamkan mata hayati kegelapan malam
Namun hati mula merindui sinar mentari
Menanti esok mentari yang sama menjelma lagi
Mengharapkan sinar tanpa bahang
Dan bila esok berlalu lagi
Menantilah sepi hari demi hari
Keringat mengalir di pipi
Dalam hati berdetik
Pergilah panas mentari
Ku ingin dingin menyapa diri
Berlabuhlah mentari menggamit senja
Panas terik tiada lagi
BerKicaulah burung pulang ke sarang
Tersenyum puas menanti malam
Dingin malam hadir ditemani bulan
Indah dalam samar kegelapan
Tapi masih Meraba raba mencari
sinar menerangi
Kepekatan malam semakin menghantui
Akur dengan perginya mentari hadirnya bulan
Dipejamkan mata hayati kegelapan malam
Namun hati mula merindui sinar mentari
Menanti esok mentari yang sama menjelma lagi
Mengharapkan sinar tanpa bahang
Dan bila esok berlalu lagi
Menantilah sepi hari demi hari
Saturday, April 6, 2013
Restoran Haji Sharin Low Abdullah
Pertama kali pergi Restoran Cina Muslim dua minggu lepas di Cawangan Klang, hati terdetik sedap ke? Sebab pengalamN di Beijing makan makanan Cina Muslim memang tak boleh telan.
Tapi perasaan tu bertukar 'superb' dengan kelazatan 'soft crab salt egg'.pergghhh..makan ketam tanpa perlu dikopek. Sedapnya memang tak terkata. Tambah lagi dengan 'butter prawn' yamg sangat sedap.
Jadi minggu ni, aku seperti 'craving' again. Restoran Sharin Low ada di Cyberjaya. First time nak cuba dengan my BFF .
Agak kecewa pada mulanya sebab di sini tidak ada soft crab :(
Jadi kami order sotong goreng telur masin , 'butter prawn', dan sup sayur. penghilang dahaga sedap dengan juz kedondong asam boi. Yummyyy...
Memang full dan sedap.walau tak dapat soft crab nanti nak cari di bangi pulak.
Harga untuk 'butter prawn' saiz kecil RM25 dan sotong goreng telur masin RM18. Sup sayur RM8. Total kos RM 64.40 termasuk jus kedondong asam boi, teh o ais, fresh orange,n ais kosong.
Oklah tu kan harganya sebab dapat butter prawn yang sedap.
Thank you yaa, piji n my boyfie Rayyan makan sama2 dan habiskan masa di Cyber yang 'tidak ada apa2' kecuali saya. ^^
Tapi perasaan tu bertukar 'superb' dengan kelazatan 'soft crab salt egg'.pergghhh..makan ketam tanpa perlu dikopek. Sedapnya memang tak terkata. Tambah lagi dengan 'butter prawn' yamg sangat sedap.
Jadi minggu ni, aku seperti 'craving' again. Restoran Sharin Low ada di Cyberjaya. First time nak cuba dengan my BFF .
Agak kecewa pada mulanya sebab di sini tidak ada soft crab :(
Jadi kami order sotong goreng telur masin , 'butter prawn', dan sup sayur. penghilang dahaga sedap dengan juz kedondong asam boi. Yummyyy...
Memang full dan sedap.walau tak dapat soft crab nanti nak cari di bangi pulak.
Harga untuk 'butter prawn' saiz kecil RM25 dan sotong goreng telur masin RM18. Sup sayur RM8. Total kos RM 64.40 termasuk jus kedondong asam boi, teh o ais, fresh orange,n ais kosong.
Oklah tu kan harganya sebab dapat butter prawn yang sedap.
Restoran Haji Sharin Low Cawangan Cyberjaya |
Jus kedondong asam boi RM4.00 |
Sup sayur. Kuah dan rasanya sangat sedap tp sayurnya tak banyak sangat RM8 |
Squid Egg Salted @ Sotong goreng telur masin RM18 |
Butter prawn RM25 (Small) |
Subscribe to:
Posts (Atom)