Apakah yang dikatakan berat badan ideal?
Apakah ukuran berat mencapai berat badan ideal?
Setiap individu mempunyai tinggi dan berat serta komposisi jisim tulang yang berbeza. Maka, berat badan ideal juga berbeza bagi setiap invidu.
Ukuran paling standard untuk mengetahui samada berat badan tersebut ideal atau tidak dengan mengetahui Body Mass Index (BMI) tubuh. Merujuk kepada BMI Asia Strategies, 18.9 < normal weight < 24.9.
Formula: BMI= Berat (kg) / Tinggi^2 (meter)
Jika BMI kurang dari 18.9 anda kurang berat. Jadi, naikkan sikit berat anda.
Jika berada kumpulan normal weight TAHNIAH! amalkan kehidupan yang sihat.
Jika lebih daripada 24.5, sendiri mahu INGAT!
Saya pasti ramai yang tahu tentang BMI tapi berapa ramai yang berusaha untuk berada dalam kelompok normal weight ini?
Alasannya kerana:
1) Study yang dibuat tak semestinya betul
2) kurus itu tak semestinya cantik
3) Tak semestinya gemuk itu tak sihat dan kurus itu sihat
4) Tal kesahlah berapa berat badan, OK je
5) Dah nak gemuk nak buat macam mana
6) Dah tak larat dah nak berusaha dapat berat badan ideal, usaha dah sia sia tak pernah berjaya.
Malas dah nak fikir
7) Nantilah, baru turunkan berat. Sekarang OK lagi
Jadi, anda memilih alasan no berapa? atau alasan anda tidak tersenarai di sini?
Saya telah memilih alasan no 6.
Akibatnya,
#usaha saya tidak pernah bejaya kerana mentaliti tetap tidak akan berjaya
#berat semakin bertambah hari demi hari
#badan dah mula menunjukkan simptom simpton tidak mampu menampung berat dengan saiz kaki yang
comel ( kasut saiz 5-6)
#dah malas nak fikir tapi kesakitan semakin bertambah
Simptom simptom akibat gemuk adalah:
1) sengal sengal badan
2) kaki dan tangan selalu kebas akibat perjalanan darah yang tidak lancar
3) emosi tidak stabil (stress sebab makin gemuk)
4) kulit semakin kusam dan jerawat mula memunculkan diri
5) lutut dan pergelangan kaki kelihatan seperti bengkak dan akan sakit jika melompat atau berlari
6) sistem penghadaman tidak lancar (sembelit)
7) badan berangin
8) badan berbau akibat dari toksin dalam badan
9) kurang kayakinan diri
10) semakin tidak dapat mengawal nafsu makan
11) malas bersenam
12) malas bergerak nanti cepat mengah/penat
13) berpeluh peluh
14) MALAS nak tulis banyak banyak lagi
Simptom simpton ini telah kelihatan dalam diri sendiri. Melalui pengalaman sendiri.
Sebelum ini saya begitu alert dengan berat badan sehinggalah entah bila sel sel lemak telah berjaya menjana dengan jayanya tanpa saya sedari akibat dari tidak banyak bergerak dan kononnya tidak ada masa nak bersenam. Hasilnya...
MALAS nak sambung lagi.
Paksa diri sikit lagi.
Usaha selalu GAGAL, dan semangat selalu hilang..sedang mencari kekuatan untuk terus BERUSAHA.
Sangat terkejut bila pakaian terpaksa disimpan dalam 'storage' bukan dalam almari kerana dah tak muat :(
Dan sekarang kaki dah kebas duduk lama lama. I feel very BAD.
STOP sebab MALAS dan kaki dah KEBAS
No comments:
Post a Comment