Tuesday, May 15, 2012

Apa nak jadi?

Apa nak jadi..apa nak jadi..sampai sekarang tak kawen lagi..apa nak jadi..
Eh eh tak. Bukan bukan. Adaka lagu tu pulak yang keluar.

Entry kali ini langsung tidak berkaitan dengan bab kahwin. Harap maklum.

Mata dah mengantuk. 
Otak dah sarat dan gelong. 
Mata dah kuyu.

Tapi aku masih semangat nak menulis.
Sebab selagi tidak diluahkan selagi itulah ianya akan bermain main dalam kepala otak dan sudah pasti tidak akan dapat lena. Jadi, ini adalah salah satu teknik untuk tidur lena. Menulis.

Apa sebenarnya yang nak jadi?

Jawapannya entah. 

Sepatutnya sekarang ni aku sedang gigih mengupdate slide untuk kelas pagi esok. Tapi...bukan malas. Cuma nota dah ada, semangat nak update tu tak ada. Macam mana?

Walaupun bersempena hari guru esok, sepatutnya aku kerajinan dan bersemangat waja mendidik anak bangsa. Tapi, semangat itu tidak berada pada tahap maksimum. Hanya pada tahap suam suam kuku sahaja.
Haih, apalah nak jadi. (Harapnya tidak adalah student yang baca entry ni). 
Lalu, aku buat status di fb berbunyi
'sempena hari guru..'perlukah saya terus menjadi seorang guru?'
please vote.
klik like if u like. ^__^
*mode berfikir2 hala tuju hidup*

Hampir 7tahun berada dalam bidang pendidikan. Bukanlah di tahap matang namun boleh dikatakan dah masuk sekolah rendah jugalah kan pengalaman aku ni.
Masih terngiang-ngiang kenangan menyanyi lagu sempena Hari Guru Kebangsaan di SMK Temin pada 16 Mei 2005. Pengalaman yang hanya 4bulan di sekolah sebagai guru ganti tapi memberi kesan yang sungguh mendalam dalam kerjaya aku.

Di situlah segalanya bermula.

Dan selepas 7 tahun, aku masih berkira kira dan mula berfikir. Inikah kerjaya yang akan aku pilih untuk 20 tahun akan datang (InsyaAllah kalau panjang umur).

Entah. Mungkin ia mungkin tidak. Apa nak jadi? 

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan yang terbaik buat kita. InsyaAllah..

********************************************************************************
Semangat membelek laman web berkaitan fotografi lebih menarik narik untuk aku hayati. 
Selagi tak dapat selagi itulah dok belek.
Semoga dapatlah menggendong 60D dgn 50mm f/1.4.

No comments:

Post a Comment