Saturday, May 12, 2012

Suku pertama berlalu sudah

Mei 2012.

Suku pertama tahun 2012 sudah berlalu. Suku kedua akan menjengah kurang sebulan lagi.

Ketika sedang bosan bosan ni (padahal banyak lagi keje tertangguh), pencapaian suku pertama tidak mencapai 100%. Hanya beberapa perkara sahaja yang berjaya diselesaikan.
Kejayaan hanyalah pergi bercuti! Selebihnya masih 50-50 untuk diselesaikan.
Beijing 6D5N: 23-28 March 2012

Diet
Ada perubahan namun amat perlahan.
Masih tidak konsisten.
Target berasa 2kg dibelakang sepatutnya. 
Target: Moga menjengah Ramadhan nanti, dah berjaya mendapat mendapat berat badan ideal. 
InsyaAllah. Berusaha!

Master
Masterji. Belum lagi. Masih sibuk mencari algoritma. Tapi, aiyyaaakkk momentum belum dapat lg. Calon SV dah ada. Go go Fazilah. Jangan main main maaa..sudah jauh ketinggalan lol.
Target: InsyaAllah September nanti dah boleh register ;) 
Moga dipermudahkan.

Hutang
Hutang oo hutang.. Pergilah kau!
Tapi, mana mungkin mampu nak ghaibkan hutang rumah dan kereta. Bersabarlah.
Dalam proses giat menyelesaikan hutang kecil kecil.
Moga diberkati. InsyaAllah. 
Target: Sebelum Aidilfitri hutang ikan bilis selesai.

Penjana Kewangan
Kertas kerja belum siap lagi.
Tapi lalauan sudah ada. Enjin belum panas. 
Target: Jun 2012 sudah boleh jalan.

Jodoh
Oppsss..itu rahsia. 
hahahaa...

Kita hanya merancang, Allah yang tentukan. 
Jika hidup tanpa perancangan ibarat, kapal yang belayar di tengah lautan tanpa hala tuju, 
akhirnya karam di dasar.
Berusaha mencapai kejayaan kerana
'sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka ingin berubah'
dan andai dalam pelayaran itu badai melanda
bersabar dan bertahanlah serta berusaha untuk menyelamatkan bahtera kerana
'Allah tidak akan menguji seseorang itu jika dia tidak mampu memikulnya.'

InsyaAllah sandarkan segalanya kerana Allah. Pasti tiada rugi buat kita :D

2 comments: