Wednesday, May 2, 2012

Menjaga DIET

Aku bukanlah pengamal DIET sihat yang tegar. Jauh dan jauh lagi nak capai ke tahap itu. Tapi ilmu-ilmu yang dikongsi oleh SS memang sangat sangat berguna dan membantu aku ke arah mengamal diet yang sihat.

Mentaliti untuk kurus telah aku letak jauh jauh ke tepi. Apa yang aku fokus ialah kesihatan. Kesihatan perut, kesihatan untuk kulit, peredaran darah, stamina, metabolisma, dan semua yang melibatkan kesihatan. Oleh itu, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, pemakanan dan DIET yang sihat adalah faktor utama!

Fasa seterusnya dalam mengamalkan pola pemakanan yang betul adalah makan tepat pada waktu. Memang bukan mudah. Sebagai pemulaan hari ini, aku terpaksa meredah hujan yang sangat lebat semata mata nak elakkan perut dari memberi signal sangat lapar dan menyebabkan otak memberi signal kepada sistem metabolisma, slow down..slow down we dont have food. Dan metabolisma jatuh mendadak. Owh tidak. Tidak. Maka aku dengan bersusah payah berpayung melangkah ke terminal untuk mencari makanan. Sampai separuh jalan, hujan turun dengan sangat lebat. Maka aku berpatah balik, masuk dalam kereta, naik kereta. Hehee..tak dapat bakar kalori lebih hari ini. Hhuhu..

Sampai di terminal, otak ligat berfikir nak makan apa. Sesekali terlintas, Nasi Ayam Penyet..owh tidak. Semalam dah makan Nasi Ayam Kampung. Letak tepi dulu warga-warga ayam. Aku mencari ikan segar. Alaahhh..ikan bakar tak dak. Cari ikan goreng. Arrgghh ikan sambal minyak. Reject. Cari lagi. Kecewa. Oleh kerana sekarang aku juga berpuasa santan, maka amatlah susah mencari lauk pauk di gerai gerai Mak Limah. Dengan kecewa, aku order 'soto satu'.

Soto. Hurnn boleh tahan ke kenyang ni. Pergi cari buah. Habis. Alamak mana sumber alkali ku. Kena jugak cari sayur. Jumpa satu gerai Makcik M. Ada sayur petola masak air. Menarik dan nampak sihat. Cari lauk, tak berkenan semua berminyak dan bersantan. Telur masin. Oklah. Sambal telur. Ok jugak.  Sekarang ada dua menu. Jadi, soto buat santapan dinner nanti.

Alhamdulillah berat sekarang ada perubahan menurun dengan perlahan. Tak kisahlah janji turun dan sihat. 

Teringat semalam sesi lepak bersama Ai dan Mas. Aku dah berjaya pengaruh Ai , mari kira kalori dalam diet harian. Dia yakin berminat. Hehehe..perkara baik, mari kita kongsikan :)

Semalam juga, terjumpa someone yang pernah kenal dulu. Ketika aku pernah ambil produk kesihatan dulu. Memang sihat dia sekarang ni. Langsung aku tak cam muka dia. Dia yang mencuit aku ketika di surau. Memang terkejut melihat rupa baru dia. Katanya dah naik 10kg. Tak sampai 2tahun. 
Kalau dulu dulu, dia selalu bebel kat aku, jaga makan, cara makanan macam ni macam tu. Aku ambil produk H selama 3 bulan secara konsisten dan kemudia aku fed up. memang berat turun mendadak 8kg dalam masa 3 bulan tapi selepas itu, naik mendadak kepada asal. sehinggalah aku bertekad nak amalkan diet dan cara hidup sihat. Aku buang jauh jauh semua makanan berunsur kesihatan dan keuntungan itu.

Semalam, aku masih maintain di mata dia. Alhamdulillah. Nasihat aku kepada mereka mereka yang sedang dan masih berfikir fikir nak ambil apa apa produk untuk turunkan berat lupakanlah niat anda.  Beralihlah kepada pengiraan kalori dan diet secara sihat. Sila tiru gaya SS melalui www.sususejat.com.

Semoga kita semua boleh amalkan gaya hidup sihat tanpa perlu berfikir nak kurus. Yang penting berat badan ideal dan sihat. Cantik akan datang secara pakej. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment