Friday, February 25, 2011

Sakit

Ramainya yg sedang sakit.
Sypon baru pulih dari sakit.
Sekarangpun sy sedang berbicara dgn kawan yg sedang sakit.

sakit..sakit..sakit..


nak pegi jumpa dr?
dr tanya: awak sakit apa?
saya sedang sakit hati..hati saya sedang sakit..jiwa sy terganggu..perasaan sy diguris..tolonglah saya dr. bagilah saya ubat..sakit sangat..perit sangat..xtertanggung rasanya..dos yang paling kuatpun xpe..sy xmampu nk menangis lagi..kering dah air mata sy..
confirm dr pun blurr...

jadi, nk buat mcm mana? nk pegi jumpa siapa kalau hati yang sedang sakit?

lumrah wanita..akan menangis..menangislah sepuas puasnya..sampai dh naik bosan menangis.

tapi masalahnya..sakit itu xkan pulih lama. sakit itu akan datang kembali. mungkin kali ini lebih parah. macam ubat bius yg dh hilang kuasanya..maka akan sakit dan sakit lagi..

carilah teman berbicara..luahkan segalanya..ceritalah apa yg berlaku pd teman yg diyakini akan mengunci rapat cerita itu. cukuplah seorang. xpayah ramai2.. xpayah beritahu satu dunia.

pada teman itu..
hargailah kepercayaan temanmu..bukan untuk berceloteh dan mendengar kamu berceramah..tapi cukuplah sekadar melapangkan dada..menadah telinga..dan mengesat air matanya..peluklah dia..tenangkan deraian air matanya..kerana matanya pasti bergenang! tidak kira sekuat manapun dia..kerana anggota paling lemah dalam tubuhnya sedang ditoreh dengan belati tajam.

bila tangisnya telah reda..
lihatlah kematanya..lemahkah dia? kecewakah dia? atau tumbangkah semangatnya?

dengan senyuman..
pimpinlah tangannya..mencari jalan redha Ilahi. suntikkan kekuatan jiwa dgn iman. berikan kata2 perangsang untuknya..kerana imannya sedang diuji..kerana Allah sangat menyintainya.

tadahlah tanganmu..rendahkanlah hatimu..kembalilah kamu..padaNya..kebahagiaan dan ketenangan hakiki..

tiada kekuatan hati selain dari anugerah dan nikmatNya..Dia yg memegang hatimu..sujudlah padaNya..

bangkitlah dengan doa kalbu..kerana Dia akan sentiasa bersamaMu..rasailah..

lukamu..sakitmu..akan hilang..akan pulih..dengan izinNya..

ada sesuatu yang perlu dicerminkan dirimu..untuk melihat kecantikan yang masih tercela..ujian ini hanya mencantikkan kamu lebih sempurna..

jambatan kehidupan kita perlu diteruskan..kerana kita tidak pernah akan tahu kebahagiaan dan keindahan yang Allah akan hadirkan..hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. InsyaAllah..jangan sedih sedih ye wanita solehah dan muslimah yang utuh hatinya kerana Allah..


Thursday, February 24, 2011

Never Give Up


A man woke up early in order for Subuh prayer in the masjid. He got dressed, made his ablution ans was on his way to masjid. On his way, the man fell and his clothes got dirty. He got up, brushed himself off, and headed home. At home, he changed his clothes, made his ablution, and was, again, on his way to masjid.

2nd time, on his way to the masjid, he fell again and at the same spot! Again, he got up, brushed himself off and headed home. At home he, once again,  changed his clothes, made his ablution, and was, again, on his way to masjid.

On his way 3rd time to masjid, he met a man holding a lamp. He asked the man of his identity and the man replied " I saw you fell twice on your way to masjid, so I brought a lamp so I can light your way."

The first man thanked him profusely and the two men were on their way to the masjid. At the masjid, the forst man asked the man with the lamp to come in and pray Subuh with him. But the second man refused. The first man asked hima couple more times and, again, the answer was the same. The first man asked him why he did not wish to come in and pray. The man replied "I am syaitan".

The man was shocked. Syaitan went on to explain, "I saw you on your way to masjid and it was me who made you fall. When you went home, cleaned yourself and went back on your way to masjid, Allah forgave all of your sins. 

I made you fall at second time, and even that did not encourage you to stay home, but you went back to on your way to masjid. Because of that, Allah forgave all the sins of the people of your household.

I was afraid if I made you fall one more time, then Allah will forgive the sins of the people of your village, so I made sure that you reached the masjid safely."

So do not let Syaitan benefit from his actions.

Do not put off a good that you intended to do as you never know how much reward you might receive from the hardships you encounter while trying to achieve that good.

When U Believe

Many nights we pray
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood

Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could

There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe

In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away


And now I am standing here
My heart's so full I can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought I'd say

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fear
But when you're blinded by your pain
Can't see your way clear through the rain
A small but still resilient voice
Says love is very near

There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe


Monday, February 21, 2011

Saya Mahu mereka berjaya

Isnin..sebelum dan selepas kelas yang mencabar..
mencabar?
jadi pensyarah pun mencabar ke?
memang sangat mencabar emosi dan hati
perilaku mereka mencabar kesabaran
ketidakfahaman mereka menguji pemikiran gurunya
tingkah laku mereka menguji hati gurunya

apa apapun saya mahu mereka berjaya
lebih berjaya
bukan hanya atas kertas
tapi hidup juga
adab mereka

saya bersyukur punya kerjaya ini
banyak mengajar saya erti hidup
ilmu saya yg sejengkal
diduga dgn kefahaman mereka
saya mahu mereka sangat faham

sabar saya yg setipis belon
saya ingin tebalkan
biar jadi macam belon udara panas

hati saya ingin dibersihkan 
supaya tidak terniat akan kegagalan mereka

tapi mereka kadangkala seperti sengaja nk test
hebat sangatkah guru mereka

adooiii..
lagilah saya perlu berusaha menambah ilmu
menjadi sabar dan ikhlas

pelajar2 saya yang sangat saya sayang
saya sentiasa doakan kejayaan kalian
tidak kira marah macam manapun saya
marah saya sebab sayang

Sunday, February 20, 2011

Langit dan bintangnya



itu yang pernah diimpikan
cerita silangit dan sibumi pelangi berlari
si langit yang terus terbang tinggi
telah menjumpai bintang hatinya

pelangi mula kelam menghilangkan diri dan berlalu menunduk sepi
kecewa barangkali
pelangi menoleh mencari si bumi lagi
tapi kali ini
bumi tidak kelihatan 
mana perginya bumi?

kecewanya pelangi 
kerana langit telah pergi
dan bumi memencilkan diri

pelangi yang ceria berwarna warni bertukar sepi
mula menghilangkan diri
dalam diam
pelangi mencari bicara hati
berkali2 mendongak melihat si langit
nyata langit sedang bahagia bersama bintangnya
sungguh bersinar bintang itu
cantik
bertambah seri bersama langit

pelangi xkan boleh wujud bersama bintang
kerana pelangi perlukan cahaya matahari
langit telah menemani bintang yang terang
meningglkan pelangi yang semakin kelam

pelangi redha
dalam resah pelangi merenung nasibnya
kenapa begini kesudahan cerita indah 

dan pelangi menyedari
biarlah langit bersama bintang
hadir siang dan malam
mereka setia bersama
gembira
dan sinar kebahagiaan itu sesekali menyinari pelangi 
mereka serasi
dan pelangi berlari
menyatakan hati
'saya bahagia melihat langit dan bintang'
ikhlas dari hati pelangi
dan senyum berlalu pergi

apa cerita si bumi?
pelangi tidak mahu kecewa lagi
biarlah bumi
biarlah pelangi terus menyepi
mengubat hati

kali ini pelangi sendiri
andai ada mentari yang sudi menemani pelangi selepas hujan menyirami bumi
temanilah pelangi
pelangi bertuah sebenarnya
kehadiran pelangi pada bila2 masa
kerana cahaya matahari
pelangi bersyukur
cuma matahari tidak terus menemani pelangi

biarlah pelangi di sini
dengan ceria sinarnya
membawa bahagia
kepada semua




Saturday, February 19, 2011

Taman Wetland, Putrajaya


Setelah berkali kali gagal menjejaki jalan ke Wetland, kami menggunakan bantuan GPS. Berjaya! Kami berusaha dtg awal kononnya untuk berbasikal. tapi waktu last pinjam basikal pd jam 5 pm. sama macam Taman Botani. jadi kami hanya jogging dan berjalan-jalan menikmati udara segar. Wetland sangat luas dan banyak nyamuk. Jadi, kalau ke Wetland pada waktu petang sendiri mahu ingat. 

Misi Utama di Taman Wetland ialah menjejaki flamingo

Kolam Flamingo

ada itik juga~


laluan ke taman flamingo

cubaan akrobatik

uji ketahanan

sunset

wishing stairs

ke parking

menara pandang jauh~mesti naik

awas! bila petang banyak nyamuk

menjejaki kolam famingo


pintu keluar taman wetland


Friday, February 18, 2011

Epilog: Jangan Bersedih

Jangan bersedih..
tapi sebenarnya saya sedang bersedih
relakslah..
macam mana saya nak relaks?
sabar ye..
ye saya memang sedang bersabar
apa yang saya harap bukanlah komen berapi-rapi
dan pasti bukan juga api api
ketika hati sedang jatuh begini
runsing
keliru
sedih
duka
hilang arah
keciwa
saya mahu menangis sahaja
saya inginkan bahu untuk disandarkan tangisan ini
telinga untuk mendengar luahan hati
tapi tiada
kenapa ye?
ketika saya sangat sangat memerlukannya
hati saya sangat terluka kini
dan saya tidur dalam tangisan

dalam jaga tidur ini
saya yakin
Allah mahu saya menjadi seorang yg tabah 
kerana Dia tahu saya kuat
bangun dari tidur pagi ini
saya tersenyum kerana air mata semalam
menjadikan saya lebih matang hari ini
terima kasih dengan pengalaman semalam
saya rasa bangga kerana mampu menghadapinya
seorang diri
dan bersamaMu




Sunday, February 13, 2011

Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam, Selangor

Idea ke Bukit Cahaya ni diilhamkan oleh cik syud n zaidah. saya excited mengekori mereka bersama najlaa. Dari Dengkil kami menggunakan elite highway. sebenarnya semua xtau jalan. kebetulan GPS tertinggal, jadi terpaksalah menggunakan GPS bergerak call mereka yg ariff jalan di Shah Alam. 

Dulu masa kecil2 pernah datang 2 3 kali. tapi tak pernah terfikir untuk datang lagi. memang best!
mencari pintu masuk
Di pintu masuk kena bayar RM 3. Plus basikal pun ada (tapi kena bayar RM5). memang best kalau dapat berbasikal. saya pasti akan pergi untuk naik basikal. dalam taman ada perkhidmatan shuttle bus secara percuma. mulanya plan kami mahu tidur di sini. nampak menarik dan nak cuba semua aktiviti yang ada. seharian memang xpuas. tapi masing2 ada komitmen lain. jadi kami habiskan sehari suntuk di sini.

bas

basikal
tumpuan utama kat sini mestilah rumah 4 musim. dan yang paling best mestilah musim salji. *berangan ala2 kt oversea gitu..nk masuk kn bayar RM2.

ke rumah 4 musim

pintu masuk
suhu kt dalam ni lebih kurang 2C
kami kebal sebab boleh possing2 tanpa pakai baju tebal. cubaan menghasilkan asap dr mulut berjaya selepas kami semua hampir beku..

bergambar xhingat sambil memasang azam nk tgk snow real punya
2jam kt dalam peti ais..bila kluar masing2 pucat lesi plus tangan semua dh kecut..tapi yang paling cuak cik Oly pun hampir beku..kelam kabut cuci lens sebab lens berkabus..basah..kalut2..hope xde pape yg berlaku..


no editing~lens berkabus

banyak sangat port2 menarik untuk ambil gambar. tapi kebetulan hujan lebat. jadi kamu berteduh seketika.  disini xperlu risau sebab semua ada. surau, gerai, dan penghuni yang tidak disangka begitu jinakpun ada.

cantikkan view kat sini~
kami mula menjejaki air panas setelah beku dalam peti ais plus tempias hujan yg sangat lebat


cik kala jengking yg jinak~
cuba tengok view ni cantik x?


last port bergmbr sebb cik oly dh pengsan..mujur gak pengsan kalo x kami xreti balik..apa2pun mmg best..jom kita p lagi..

Saturday, February 12, 2011

STAR Educational Fair 2011

Date : 8-9 January 2011
Venue: Hall 2, KLCC Convention Centre


CUCMS booth

KLCC


details about CUCMS @ www.cybermed.edu.my

Wednesday, February 9, 2011

Senyum dari hati~

kalau hati tenang..jiwa sedang tenteram..
pasti senyuman yg hadir itu ikhlas dari hati. 
keikhlasan itu akan terpancar diwajah..
D.A.M.A.I
terima kasih k.hani, bicara hati semalam mampu membuatkan sy senyum hari ini..ikhlas dari hati..
terima kasih shima, perkongsian bicara hati..manik jernih itu..insyaAllah harapnya menyucikan hati kita..
terima kasih fiza dan munyee, masa fresh air..bersama tawa, benar2 gembira..
dan saya ikhlas senyum dari hati..
~putrajaya wetland~

memang ada perkara yg mengganggu ketenangan jiwa

saya xkisah kalau kerja bertimbun
janji hati senang
jiwa tidak kacau

tapi mana mungkinkan?
pasti ada yang mengganggu jiwa
walau tidak berhadapan 
tempiasnya tetap kena

apa2pun yang berlaku
yakinlah dengan Dia
jangan sesekali berputus harap terhadapNya
ingatkan diri kita
kalau rasa seketika terlupa atau terleka
sedarkanlah aku teman
pimpinlah aku kembali ke jalanNya
kusandarkan kesedihan dalam bicara hati