Monday, February 21, 2011

Saya Mahu mereka berjaya

Isnin..sebelum dan selepas kelas yang mencabar..
mencabar?
jadi pensyarah pun mencabar ke?
memang sangat mencabar emosi dan hati
perilaku mereka mencabar kesabaran
ketidakfahaman mereka menguji pemikiran gurunya
tingkah laku mereka menguji hati gurunya

apa apapun saya mahu mereka berjaya
lebih berjaya
bukan hanya atas kertas
tapi hidup juga
adab mereka

saya bersyukur punya kerjaya ini
banyak mengajar saya erti hidup
ilmu saya yg sejengkal
diduga dgn kefahaman mereka
saya mahu mereka sangat faham

sabar saya yg setipis belon
saya ingin tebalkan
biar jadi macam belon udara panas

hati saya ingin dibersihkan 
supaya tidak terniat akan kegagalan mereka

tapi mereka kadangkala seperti sengaja nk test
hebat sangatkah guru mereka

adooiii..
lagilah saya perlu berusaha menambah ilmu
menjadi sabar dan ikhlas

pelajar2 saya yang sangat saya sayang
saya sentiasa doakan kejayaan kalian
tidak kira marah macam manapun saya
marah saya sebab sayang

No comments:

Post a Comment