Friday, May 27, 2011

jalan raya atau rel besi?

kalau anda diberi pilihan antara keduanya, mana satu pilihan anda?
sy boleh jamin 8/10 akan memilih jalan raya kan. lebih efisien, mudah, cepat, selesa..

jadi kepada mereka yang memilih rel besi..sila bagi reason anda..
reason sy..sebab sy xpernah naek keretapi..hehehe..malu jek nk ngaku..tp serius xpernah. dulu2 travel dr penang ke jengka xpernah plak terlintas nk naek keretapi. kenapa sekarang tergedikx2 nk nek ketapi ntah..

mungkin en fazli dok terpk 'apa kenalah maksu aku nih'..beriya benar nak naek keretapi..layankan jelah..huhuhu...

walaupun sebenarnya sy sedang excited merancang perjalanan ke utara melalui rel besi dan pulang dengan naik burung besi tapi saya juga sedang berfikir2 kerana terlalu banyak cons nyer berbanding pros..pros nyer hanyalah satu..saya nak naek keretapi..uhuhu..boleh tahan degil jugak aku nih..

petang td dh excited ke kaunter tket d putrajaya sentral..siap tanya 'cik tket ke ********* pada **** ada lagi x? berapa ye?...owh ada RM****.nak ke? kejap ye cik..akupun berlalu keluar tetibe jek idea menerjah..kan best kalau naek keretapi..dail no 019******...Lie kite naek keretapi nak...? ikut maksulah xkisah mana2 pun..*malas nk pk le tuh..hhehhe...

masuk dalam kereta..pk. senyum jahat! aku nk nek keretapi tapi...
1) bila nk ke KL sentral beli tiket?
2) sapa nak hantar ke KL sentral nanti..haaaa...adik sayang ada tapi...xkan KL sentral jauh tu..stesen komuter nilai sudah..kena naek komuter sampai KL Sentral..then tunggu ketibaan senandung ****.
3) seat keretapi sempit dr bas..betul ke? ntoh..

kalau xcuba sekarg bila lagi? sapa lah yang rajin nak melayan idea senget aku nih sedangkn senang giler nek bas. xsampai 10min dr rumah dah sampai Putrajaya Sentral. Lokasi ketibaan sama jek..waktu ketibaan dan waktu bertolak pun hampir sama..adehhh...pk lagi..cepat2 tolong aku fikirkan..esok nk kena beli tket dh ni..
jalan raya or rel besi???

Monday, May 23, 2011

tunggu...

nantikan kemunculan entry yang menarik...
doakan menariklah..tunggu....
here i comeeeeeeeeeeeeeee

Saturday, May 21, 2011

terlajak perahu boleh diundur terlajak kata????

sesuai tak gambar perahu dgn tajuk? anggap jelah sesuai..ada bouble meaning pon xpe.heheh...

peribahasa melayu nih memang dh wujud sejak zaman hang tuah lagi. dulu kala..maknanya kata-kata nih memang selalu terlajak lah kan. kalau dh terlajak agak2 macam mana nak undur balik? ada cara x? jom kita pk sama2..kalo ada tolonglah kongsikan bersama..

kita manusia yang kekadang bersemmosi sedih, gembira, terlebih gembira(ala2 excited) dan kita pon akan tanpa sedarnya bercerita, atau meluahkan kata2. kalau tengah sedih tu mungkin segala cerita2 beremosi tu akan diceritakan tanpa sedari. waktu tu mungkin yang ingin dilakukan hanyalah meluahkan perasaan supaya beban tu terasa ringan. xsalah kan menangis. memang lega lepas menangis dan meluahkan..tapi..persoalannya ialah....

adakah insan yang berada di depan mata ketika itu adalah seorang yang akan menyimpan rapi ceritera anda ketika itu?semoga insan itu tidak akan membuka kelemahan anda yang terluah ketika dalam minda separa sedar. mulut berbicara..terluah segala kata-kata..

kesan terburuk adalah..jika insan tersebut terlupa ceritera anda adalah kelemahan anda dan mungkin sesuau yang sebenarnya agak rahsia buat anda dan patutnya dikunci rapat2 dalam pintu hati. tapi dah terluah...maka adakah kemungkinan cerita anda akan dijadikan bahan..disebarkan keseluruh pelusuk dunia..cerita semalaya..

walau anda bukan artis glamer..tapi andai ituberlaku pasti terguris kan..mungkin juga..ada ketikanya insan anda xrela pun nak mendengar kisah anda tapi anda dah terluahkan..layan jela..so one day insan tersebut terluah balik, dulu masa awak meluahkan...apa perasaan anda? gullppp...malu x?

mesti anda mengharapkan apa yang pernah diluahkan tidak akan terungkap semula dlm apa jua bentuk apatah lagi itu adalah kisah sedih anda. betul x? tapi ingatlh anda telah terluah pada insan a.k.a manusia yang mana anda tidak kenal hati budinya..unless kalau anda dan dia adalah teman sehidup semati dan faham segala intipati hati. maka ceritera anda selamat di sanubari..bertuahlah anda..

jika semuanya telah terlanjur dengan kata..tapi tetiba insan tersebut meluahkan.. saya tidak tahu kenapa awak cerita..saya tidak faham masa awak cerita hari tu..tapi saya layan jelah..apa perasaan anda?

adakah anda rasa seperti telah melakukan satu kesalahan besar? mcm mana nk erase kembali semua yang telah terluah dari kotak pemikiran dia. haih..itulah terlajak kata boleh diundur terlajak kata..belajarlah dari kejadian itu..

saya sendiri berkali2 bertekad untuk mengunci rapat2 segala cerita. baik kosong atau berisi. tapi selalu terlajak juga bicara kata saya nih. haih mulut! tapi mungkin ini sifat semulajadi yang suka berceloteh. terbabas jugak ceritera. andai saya benar memerlukan teman untuk bicara..sy tahu siapa yang perlu sy cari. kalau saya benar2 sedih saya tahu siapa kamu. tapi yang dirisaukan kekadang tertipu dengan keadaan yang menyebabkan tercerita. akhirnya..menyesal 1000 malam. tapi boleh jadi berganda kalau si insan tersebut mengulang cerita...adehhhh...pedihhhhhh...addooyyyaaaiiiiii..

saya cuba belajar menjadi pendiam. tapi bila diam dikatakan sombong. dikatakan pula saya perahsia dan tgh bad mood. padahal mood sy ok. cuma sy nak kurang berbicara takut slh tercerita. haih susahlah. lagi2 kalo yang banyak pula tanyanya..mengaktifkan enzim2 mulut saya untuk berkata2.haih..macam manalah agaknya...

kekadang bila terexcited bercerita..mcm bertih jagunglah mulut nih bercakap.tolonglah diam. tapi sedih jugak kalau ada yang beritahu sy dengar jek, sebb sy xberkesempatan nk bercakap' aduuhhhh pedih2...salah tu..xboleh macam tu..jadi wahai mulut. jgn banyak cakap nnt terlajak kata xboleh nak undur dah. 

dalam diam bicara terukir 
dalam diam bicara sendu terlabuh
dalam diam kegembiraan menggamit mesra
dalam diam segalanya terungkap


Friday, May 20, 2011

bosan!

kebosanan terlampau dan kesunyian di tahap maximum. sepanjang hidup dalam perantauan rasanya inilah kali pertama terasa begini bosan. tetibe rindu kt adek hosmet yang suka bercerita mcm bertih jagung..*harap mklum adek bertih jagung itulah yang selalu sy rindu..syud i miss u..sob sob..

jadi sekarang sy nk hilangkan rasa bosan..nk bebel kt sini..kalo rasa bosan sila berhenti baca..tiada paksaan untuk anda baca.

bagaimana kebosanan ini boleh melanda?

 sebab pertama
semuanya gara2 kotak hitam ajaib mogok secara tiba2 mlm tadi. tidak mahu kluarkan suara dan warna. bukan itu saja malah lampu merah menandakan ade saluran elektrik pon xnyala. fius terbakarkah? manalah sy tahu...disebabkan kebosanan di tahap maksimum..maka sy mencuba menjadi tikus baiki labu..hahah..bukak 2 skru..belek2..takut plak kena kejutan elektrik. kang xpasal2 tv meletup..hohooh...skru balik. buat perhiasan jelah! tapi..boleh ke aku hidup tanpa tv? aaaaa bosannya hari2 mendatang...perlukah pergi mana2 kedai2 elektrik mengusha kotak2 yang lebih besar dan berat? adehhh...xlarat nk angkat. i wish some1 boleh tolong belikan tv besar dan tolong angkat hantar ke rumah dengan jayanya. hohohoho...ade ke?
terpaksalah redha..membina otot muscle sendirik untuk mengangkat tv. kalo xlarat xyahla tengok tv. aku terimaaaaaa....

sebab kedua
keajaiban celcom beruk band yang semakin hebat mengeluarkan warna hijau pekatnya...dengan kelajuan yang membolehkan sy terlelap ketika menunggu satu2 page dibuka...dgn kecanggihan beruk band yang dibayar untuk 5GB n kebolehan beruk band HSDPA tapi kini hanya mampu dpt EDGE...aaaaa...sabar2..inilah jelah hiburan yang ada ketika ini. kalau ikutkan hati nak jek pegi mana2 kedai maxis amek broadband yang canggih manggih laju berdessuuuppppp...tapi..semua itu hanyalah mimpi. kena redha dengan apa yang ada hanya kerana gara2 kontrak dgn celcom yg bakal tamat hujung tahun ni. sehingga itu sila bersabar. adehhhhh...sabar2...
kepada CEO celcom yang dh kaya raya..please2 luaskan kawasan jalur lebar anda spt dlm iklan tuh...sy bukan duduk tempat jin bertendang pon sekarang..sy hanya berada xsampai 10km dr cyberjaya dan putrajya..kononnya kawasan elite abad ini. please2...tolonglah upgrade!

sebab ketiga
minggu nih minggu sangap sedunia..rata2 orang akan mengatakan kesangapan mereka di hujung bulan...hehehe..begitu juga sy. gara2 bank terglamer di Malaysia kini yang buat kerja terlebih efisien menyebabkan sy terpaksa mengeluarkan budget lebih. akulah mangsa keadaan! jadi kesannya..minggu nih dok rumah diam2 melayan perasaan dan hiburan yang langsung xde. so, sepanjang 2hari nih  aku jadi panda jelah! so sape2 yang sedang bosan juga..jom kita sembang sampai lemau!

aaaaaaaaaaaaaa..bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru
kepada semua guru-guru di Malaysia
tidak kiralah yang bergelar cikgu, cik, encik, mr, miss, mdm, dr, prof, ustaz, ustazah
apa jua gelaran yang diberikan 
selagi insan itu berkongsi ilmunya dan menyampaikan kepada kita beliau layak di gelar GURU

kepada guru-guru saya
yang pernah mendidik dan menyumbang ilmu kepada saya
sejak dari kecil hinggalah telah menjadi buluh
TERIMA KASIH yang tiada terhingga saya ucapkan
semoga mereka berada di bawah lindungan rahmat dan keredhaanMu ya Allah
mereka bukan bekas guru saya
tapi merekalah guru-guru saya selagi hayat dikandung badan
jasamu dikenang hingga akhir hayat

dikesempatan ini, walaupun berkemungkinan guru-guru saya tidak membaca blog saya
tapi saya tetap ingin menggunakan medium ini untuk mengingati kalian

guru-guru pertama saya mestilah kedua ibu bapa, kakak-kakak, dan abang-abang saya
masih ada lagi koleksi buku-buku tulis abc dan 123 

guru mengaji saya acu, yang sangat saya hargai..
mengajar saya mengenal aliff baa taa, tajwid, Muqaddam dan Al Quran

kepada 2 org guru tadika saya
cikgu milah dan cikgu normah
terima kasih mengajar saya mengenal alam persekolahan
sabar dgn keletah kami yang nakal..hehehe..

kepada guru-guru  SKJ8 (1989-1994)
guru-guru sekolah agama J8 (1989-1994_
guru-guru SMKJP 1 (1995-1999)
guru-guru di Kolej Matrikulasi Kolej Chermai (2000)
pensyarah2 USM (2001-2004)
lecturers di UTAR especially Dr Goh
terima kasih atas segala didikan, ilmu dan segalanya

tidak lupa juga 
Selamat Hari Guru
kepada rakan-rakan yang pernah menjadi rakan sekerja
di SMK Temin, Jerantut
Kolej Unikop
dan semua warga CUCMS
semoga kita semua masih dan akan menjadi guru yang berbakti kepada agama, bangsa, dan negara
insyaAllah

sekadar berkongsi lepas tengok movie ni..

Sunday, May 8, 2011

Bulan Mei Bulan Bekerja

Sempena bulan 1 Mei  permulaan hari perkerja seMalaya..biarlah sepanjang Mei ni dijadikan bulan rasmi berkerja sekeras dan sesungguhnya.

Esok short semester untuk July intake bermula. Kepada semua students July intake selamat belajar dan jangan lupa belajar bersungguh untuk paper Mathematics 2 kite. ^__*. For 5D kelas kalian bermula jam 8am. jangan malas2 nak bgn pagi ye..please b on time. kita belajar untuk menghargai masa dan menepati masa. biarlah short semester ini melatih kita untuk menjalani hari seawal 8 pagi k. not 8.10 or 8.15! I know 8am on Monday fuuhhh...wwooohhhaaaa...but hope try our best k.

Bukan student jek kena belajar rajin2 cikgu pun kena kerja sungguh2. short semester cikgunye lebih hectic. tolong jgn ganggu fokus sy pd adik2 didik terchenta. kerja2 yg kurang importantnya simpan dulu ya.. like my boss said prioritize!

saya mahu belajar untuk senyum sentiasa walau hati gundah gulana..walau masa bagaikan pedang mahu memotong kepala..walau tekanan bagai gunung merapi ingin muntahkan laharnya..saya mahu tersenyum jua..ikhlas atau tidak sy akan cuba..'senyum jahatpun senyum juakan'

mulakan hari dengan senyuman..akhiri hari dengan kemaafan..

shima, farah, k.lin, me, fiza, eifa, eric, pak johny, dr basir, shahril, en mahathir, nissah, hidayah, fiza, zizah, sue, munyee
to all foundation lecturers~senyumm.. :)


Thursday, May 5, 2011

memories~~

hamim, arwah k.pu3, k.szue, me, k.sharina, k.shida, sharil, n usu(cameraman)
sepanjang hari nih sy rindu momento kt unikop. 
serius rindu!
agak2 bila kita dpt jumpe lg ye?

unikop is the best ever 4eva lah
tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat memulakan kerjaya
tempat impian dan cita2 bermula
terima kasih bagi peluang kepada sy
tanpa unikop
tanpa kalian ketika itu
sy tidak akan pernah ada apa yg sy ada hari ini

terima kasih kerana sangat banyak membantu
permulaan sy di situ
sy rindu

terima kasih pada semua
hamim~terima kasih kerana sgt banyak membantu dan berkongis ilmu
k.pu3~kerana sangat memahami..nasihat dan pengalaman dikongsi
k.szue~terima kasih kerana masih ada..dulu, kini dan insyaAllah selamanya
k.sharina~u r so nice n i cant 4get our moments 2gether till now
k.shida~banyak cerita jiran sebelah meja dan bila agaknya dapat bersua lagi ye 
sharil~kerana paling banyak membantu sy dan maaf atas apa jua 
usu~terima kasih bg peluang kpd sy berada bersama2 math department unikop

waaaaa...rindu gileee...

mungkin sebab tu sy bawak balik skrip jaw nk marking sampai kol 2.30 pg.
rindu zaman mula2 kerja dulu
study sampai awal pagi sebab banyak subjek nak cover

adeiii rindu... 

july 2005
kenangan ni xkan dpt kt mana2 lagi~open department 2005@2006
moga akan ada satu masa kita akan dapat bersua lagi..insyaAllah..

Wednesday, May 4, 2011

best moment ever~outdoor @ ulu yam

 Cantik x photo2 ni? sy suka sangat2 sebab semua senyum nampak gigi :D
 kami memang sangat2 hepi dat day
rindu kalian~

anda rasa gambar nih cantik x?
pada saya gambar nih nampak hidup
moment yg hepi
truly happiness
sebab memang serius kami sedang hepi bukan buat2 hepi
saya rasa gambar nih cantik sebab momentnya dan dgn teknik dan kehebatan abg lens panjang..
maka gambar ini sangat cantik
*sy tolong promote ^__*

Sunday, May 1, 2011

1 Mei~Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja 2011
Kepada semua pekerja2 di Malaysia, tidak kiralah kerja apa pun..selamat bekerja. dan tak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang berada jauh diperantauan mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawab menjana ekonomi Malaysia di luar sana..Selamat Hari Pekerja..

1 Mei 2011 jatuh pada hari ini, Ahad. Jadi, yeayyyy..esok cuti..maka ramailah yang ambil kesempatan pulang ke kampung halaman. tapi saya tidak dapat pulang kerana ada Appreciation Night Dinner di Hotel Pan Pacific Hotel KLIA malam tadi. Terima kasih dan tahniah kepada pelajar2 foundation CUCMS batch 5 sebab berjaya dgn program semalam. Kami pensyarah2 anda samua sangat berbangga dan terharu dgn anugerah2 dan program tersebut. Terima kasih. semoga kalian berjaya. Idea memberi anugerah kepada para pensyarah mmg unik. Terima kasih kerana menganugerahkan gelaran The most understanding lecturer to me..

Kepada cabin crews, selamat menanda kertas. kita ada masa seminggu untuk siapkan semuanya. All d best dan jgn stress2. 


Sejauh manakah kita menyambut hari pekerja setiap tahun. mungkin hanya kerana cuti umum sahaja? kalau begitupun tidak mengapa. cuma, curilah masa dalam 10 minit pada hari ini, dan merenung pekerjaan kita. Apakah matlamat dalam bekerja? kenapa kita bekerja? bahagiakah kita ketika bekerja atau stress memanjang?

Kerja bagus, duduk dalam air cond, gaji ribu riban, tapi cukup bulan habis. poket kosong..sampai habuk pon tak dak. at least bujang lapok ada jugak habuknya..ada antara kita ni yg xsempat nk jadi habuk dalam kocek. sehari jek masuk gaji, duduk depan pc or lappy, menekan kekunci dgn tac dan dalam sekelip mata..baki kredit dalam akaun tinggal -RM$$$$...kenapa sesak memanjang??? haih..*mengeluh panjang..

Tapi nafsu berbelanja masih di thp dinasour. duit dah takda. mana nk korek? alaaaa...kad kredit kan ada..swipe jelah..bulan depan bayar..cukup bulan depan...alamak negatif lagi...&*^U^*&&^R%$%$E..jadi macam mana hidup nak bebas hutang????????????????????????????

Tidak salah hidup dengan hutang. Adalah agak mustahil hidup zaman sekarang hidup tanpa hutang. nak beli kereta satu keperluan kena berhutang. lainlah kalau mampu beli tunai. tapi berapa ramailah yang mampu kalau sekadar baru nak menapak dalam dunia pekerjaan kan. kepada yang mula nak menjana aset. buat bekalan masa hadapan, berfikir2 nak beli rumah. tapi duit tak da. macam mana nk beli rumah dengan tunai. haih kalau ada yang beli rumah tunai..respeklah! kenalah juga berhutang.

Tapi hutang kad kredit adalah paling bahaya. sila elakkan kepada mereka yang masih belum terjebak. xpayah nak cuba2 kerana tiada bahagia dalam mencuba menjana hutang kad kredit. Sila ambil perhatian. tapi kepada mereka yang telah terjebak, cubalah selesaikan segera mungkin selagi mampu. lagi cepat lagi bagus. kalau jumlah hutang dah menjangkau ribu riban, dan terpaksa menganggung jumlah interest yang bertambah setiap bulan, cuba pergi ke bank buatlah balanced transfer! anda boleh jimat interest yang dicaj setiap bulan!. do it!

Pernahkah kita terfikir, kerja tidak akan habis sehingga kita menutup mata. duit tidak akan cukup walau alas kaki ke toilet rumah di kait dengan duit. *sila faham. 

jadi apa yang kita cari dalam bekerja?
kita perlukan duit untuk hidup. tapi kita tidak perlu hidup untuk duit.  
jangan sampai jadi hamba duit.

jadi sampai setara mana kita bekerja dan tidak perlu bekerja?

cuba renung dan tanya diri kita, untuk apa kita bekerja? gaji semata2 ? tunggu setiap bulan untuk melihat jumlah angka dalam akaun menjadi angka RM $$$$$ yang hanya bertahan untuk 2 hari sahaja. dan tunggu lagi bulan depan..sehingglahlah sedar xsedar dh 4 5 tahun kita bekerja tapi xdapat apa2. akhirnya..penat sahaja yang dapat. lalu, mulalah mengeluh gaji xcukup, kecik dan bla bla bla....

pernahkah terfikir untuk mencari Kerberkatan dalam bekerja.

Belajar bersyukur dengan apa yang ada dan dalam masa yang berusaha bersungguh sungguh untuk menyumbang bakti kepada agama, bangsa, dan negara, InsyaAllah. Terima kasih kepasa Ladies Reflection CUCMS yang menjemput ustaz farid ravi abdullah mmberi ceramah tentang keberkatan dalam bekerja. ceramah yang sangat manfaat dan menarik. 10/10 kepada ustaz farid ravi. 

Syukurlah dengan apa yang ada dan redha dengan apa yang tiada. Amalkan dan tanamkan sifat qanaah dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Keberkatan dalam bekerja dapat dilihat dari banyak sudut. termasuklah memberi kesan dalam kehidupan. Terselit kebahagiaan di dalam nya, ketenangan, dan dipermudahkan urusannya..itu yang sepatutnya kita cari kan?..bukan hanya wang semata..

Kepada para guru dan pensyarah, biarlah perkerjaan kita ada keberkatan di dalamnya. mendidik dan memberi ilmu pada anak bangsa dengan ikhlas, tidak pilih kasih kerana mereka semua ada hak untuk menerima ilmu dari kita. Jujurlah dalam mendidik.  

Dalam bekerja dan mencari keberkatan Allah di dalamnya, jangan lupa kepada 3 perkara yang menjadi bekalan selepas mati dan perlu dicari semasa hidup..dengan kesempatan yang ada, kemampuan yg Allah berikan kepada kita, amalan dan bekalan yang boleh menemani kita ke sana nanti ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta ke jalan Allah, ilmu yang manfaat, dan doa anak yang soleh.

Cuba kita belek2 kembali lejar perbelanjaan bulanan kita. ada tak yang di ketepikan untuk zakat pendapatan? kalau tidak tahu bagaimana nak kira sila layari http://zakat.com.my/zakat-pendapatan. cuba kita amalkan. InsyaAllah, Allah pasti akan mencuckupkan rezeki kita. jangan rasa terbeban atau berat untuk menjelaskannya. cubalah ye..

Alhamdulillah kepada para guru dan pensyarah, ilmu yang disampaikan dengan ikhlas, jujur dan berkat kepada anak bangsa dan dimanfaatkan dengan baik, maka adalah bekalan untuk kita di sana. tapi kepada yang bukan dalam bidang pendidik janganlah pula risau ye. ilmu ini banyak cabangnya..cuba cari ilmu tersebut. insyaAllah..

Doa anak yang soleh..kepada yang belum punya anak, bagaimana? kepada yang sudah ada zuriat semoga putera dan puteri kalian akan menjadi muslim dan muslimah yang soleh. insyaAllah..kepada yang belum marilah kita berdoa semoga dipertemukan jodoh dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. InsyaAllah...

Cukuplah coretan yang panjang lebar ni sekadar untuk berkongsi dan semoga boleh memberi manfaat dan peringatan bersama. sy juga sedang mengingatkan diri sy dan marilah kita bersama2 mencari keberkatan dalam bekerja. Lagi satu, apa kata, sekembali ke ofis hari Selasa nanti, kita kemaskinikan kerja2 yang tertangguh dan lemparkan senyuman ikhlas dari hati. 

Jom sambung marking paper! lalalaa...