Sunday, May 1, 2011

1 Mei~Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja 2011
Kepada semua pekerja2 di Malaysia, tidak kiralah kerja apa pun..selamat bekerja. dan tak lupa juga kepada rakyat Malaysia yang berada jauh diperantauan mencari rezeki dan menunaikan tanggungjawab menjana ekonomi Malaysia di luar sana..Selamat Hari Pekerja..

1 Mei 2011 jatuh pada hari ini, Ahad. Jadi, yeayyyy..esok cuti..maka ramailah yang ambil kesempatan pulang ke kampung halaman. tapi saya tidak dapat pulang kerana ada Appreciation Night Dinner di Hotel Pan Pacific Hotel KLIA malam tadi. Terima kasih dan tahniah kepada pelajar2 foundation CUCMS batch 5 sebab berjaya dgn program semalam. Kami pensyarah2 anda samua sangat berbangga dan terharu dgn anugerah2 dan program tersebut. Terima kasih. semoga kalian berjaya. Idea memberi anugerah kepada para pensyarah mmg unik. Terima kasih kerana menganugerahkan gelaran The most understanding lecturer to me..

Kepada cabin crews, selamat menanda kertas. kita ada masa seminggu untuk siapkan semuanya. All d best dan jgn stress2. 


Sejauh manakah kita menyambut hari pekerja setiap tahun. mungkin hanya kerana cuti umum sahaja? kalau begitupun tidak mengapa. cuma, curilah masa dalam 10 minit pada hari ini, dan merenung pekerjaan kita. Apakah matlamat dalam bekerja? kenapa kita bekerja? bahagiakah kita ketika bekerja atau stress memanjang?

Kerja bagus, duduk dalam air cond, gaji ribu riban, tapi cukup bulan habis. poket kosong..sampai habuk pon tak dak. at least bujang lapok ada jugak habuknya..ada antara kita ni yg xsempat nk jadi habuk dalam kocek. sehari jek masuk gaji, duduk depan pc or lappy, menekan kekunci dgn tac dan dalam sekelip mata..baki kredit dalam akaun tinggal -RM$$$$...kenapa sesak memanjang??? haih..*mengeluh panjang..

Tapi nafsu berbelanja masih di thp dinasour. duit dah takda. mana nk korek? alaaaa...kad kredit kan ada..swipe jelah..bulan depan bayar..cukup bulan depan...alamak negatif lagi...&*^U^*&&^R%$%$E..jadi macam mana hidup nak bebas hutang????????????????????????????

Tidak salah hidup dengan hutang. Adalah agak mustahil hidup zaman sekarang hidup tanpa hutang. nak beli kereta satu keperluan kena berhutang. lainlah kalau mampu beli tunai. tapi berapa ramailah yang mampu kalau sekadar baru nak menapak dalam dunia pekerjaan kan. kepada yang mula nak menjana aset. buat bekalan masa hadapan, berfikir2 nak beli rumah. tapi duit tak da. macam mana nk beli rumah dengan tunai. haih kalau ada yang beli rumah tunai..respeklah! kenalah juga berhutang.

Tapi hutang kad kredit adalah paling bahaya. sila elakkan kepada mereka yang masih belum terjebak. xpayah nak cuba2 kerana tiada bahagia dalam mencuba menjana hutang kad kredit. Sila ambil perhatian. tapi kepada mereka yang telah terjebak, cubalah selesaikan segera mungkin selagi mampu. lagi cepat lagi bagus. kalau jumlah hutang dah menjangkau ribu riban, dan terpaksa menganggung jumlah interest yang bertambah setiap bulan, cuba pergi ke bank buatlah balanced transfer! anda boleh jimat interest yang dicaj setiap bulan!. do it!

Pernahkah kita terfikir, kerja tidak akan habis sehingga kita menutup mata. duit tidak akan cukup walau alas kaki ke toilet rumah di kait dengan duit. *sila faham. 

jadi apa yang kita cari dalam bekerja?
kita perlukan duit untuk hidup. tapi kita tidak perlu hidup untuk duit.  
jangan sampai jadi hamba duit.

jadi sampai setara mana kita bekerja dan tidak perlu bekerja?

cuba renung dan tanya diri kita, untuk apa kita bekerja? gaji semata2 ? tunggu setiap bulan untuk melihat jumlah angka dalam akaun menjadi angka RM $$$$$ yang hanya bertahan untuk 2 hari sahaja. dan tunggu lagi bulan depan..sehingglahlah sedar xsedar dh 4 5 tahun kita bekerja tapi xdapat apa2. akhirnya..penat sahaja yang dapat. lalu, mulalah mengeluh gaji xcukup, kecik dan bla bla bla....

pernahkah terfikir untuk mencari Kerberkatan dalam bekerja.

Belajar bersyukur dengan apa yang ada dan dalam masa yang berusaha bersungguh sungguh untuk menyumbang bakti kepada agama, bangsa, dan negara, InsyaAllah. Terima kasih kepasa Ladies Reflection CUCMS yang menjemput ustaz farid ravi abdullah mmberi ceramah tentang keberkatan dalam bekerja. ceramah yang sangat manfaat dan menarik. 10/10 kepada ustaz farid ravi. 

Syukurlah dengan apa yang ada dan redha dengan apa yang tiada. Amalkan dan tanamkan sifat qanaah dalam kehidupan kita. InsyaAllah..

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Keberkatan dalam bekerja dapat dilihat dari banyak sudut. termasuklah memberi kesan dalam kehidupan. Terselit kebahagiaan di dalam nya, ketenangan, dan dipermudahkan urusannya..itu yang sepatutnya kita cari kan?..bukan hanya wang semata..

Kepada para guru dan pensyarah, biarlah perkerjaan kita ada keberkatan di dalamnya. mendidik dan memberi ilmu pada anak bangsa dengan ikhlas, tidak pilih kasih kerana mereka semua ada hak untuk menerima ilmu dari kita. Jujurlah dalam mendidik.  

Dalam bekerja dan mencari keberkatan Allah di dalamnya, jangan lupa kepada 3 perkara yang menjadi bekalan selepas mati dan perlu dicari semasa hidup..dengan kesempatan yang ada, kemampuan yg Allah berikan kepada kita, amalan dan bekalan yang boleh menemani kita ke sana nanti ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta ke jalan Allah, ilmu yang manfaat, dan doa anak yang soleh.

Cuba kita belek2 kembali lejar perbelanjaan bulanan kita. ada tak yang di ketepikan untuk zakat pendapatan? kalau tidak tahu bagaimana nak kira sila layari http://zakat.com.my/zakat-pendapatan. cuba kita amalkan. InsyaAllah, Allah pasti akan mencuckupkan rezeki kita. jangan rasa terbeban atau berat untuk menjelaskannya. cubalah ye..

Alhamdulillah kepada para guru dan pensyarah, ilmu yang disampaikan dengan ikhlas, jujur dan berkat kepada anak bangsa dan dimanfaatkan dengan baik, maka adalah bekalan untuk kita di sana. tapi kepada yang bukan dalam bidang pendidik janganlah pula risau ye. ilmu ini banyak cabangnya..cuba cari ilmu tersebut. insyaAllah..

Doa anak yang soleh..kepada yang belum punya anak, bagaimana? kepada yang sudah ada zuriat semoga putera dan puteri kalian akan menjadi muslim dan muslimah yang soleh. insyaAllah..kepada yang belum marilah kita berdoa semoga dipertemukan jodoh dan dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah. InsyaAllah...

Cukuplah coretan yang panjang lebar ni sekadar untuk berkongsi dan semoga boleh memberi manfaat dan peringatan bersama. sy juga sedang mengingatkan diri sy dan marilah kita bersama2 mencari keberkatan dalam bekerja. Lagi satu, apa kata, sekembali ke ofis hari Selasa nanti, kita kemaskinikan kerja2 yang tertangguh dan lemparkan senyuman ikhlas dari hati. 

Jom sambung marking paper! lalalaa...




No comments:

Post a Comment