jangan fikir soalan susah susah. fikir yang mudah mudah je. takde kaitan dengan soalan math atau probability.
jom kita berfikir tentang sahsiah dan peribadi.
sejak akhir akhir ni, semakin kerap saya mendengar guru asyik komplen pasal perihal tingkahlaku pelajar. kurang sikit rasa hormat mungkin menyebabkan guru tersinggung. atau guru dah semakin sensetif melampau! cuba fikir...????
menurut survey2 yg dibuat buat, kebanyakan pelajar2 zaman sekarang tidak lagi ada rasa hormat pada guru dan mereka merasakan apa gunanya nk hormat sebab guru tu bukannya sapa2pun. takat masuk kelas apa yg diajar boleh belajar dimana2. internet bersepah2 info dan guru tusyen boleh ajar lagi mantap.jadi perluke hormat guru?
saya masih ingat jika zaman sekolah2 dulu, lebih kurang 10tahun dahulu (baru satu dekad) guru bukan takat dihormati malah disanjung. nk jerit2 panggil nama guru memang tidak sesekali, nk bergurau senda jarang sekali. guru seperti seorang yg sangat2 dihormati.
tapi kenapa semua tu tidak lagi berlaku?
zaman sekarang, pelajar lalu sebelah guru pun boleh alih muka buat tak pandang. kalau guru tersebut mengajar adalah senyum sikit kalau tidak, abaikan jelah kewujudan guru tu. buat sakit urat senyum jek nk senyum. boleh macam tu? tapi tidak semua macam tu, masih ramai yang jumpe senyumnya meleret, salamnya ikhlas. tp ramai juga seperti yg diceritakan tadi.
guru2 zaman sekarang pula, ada yang membuka tembok batas antara guru dan pelajar. gurau dah takde sempadan. cerita2 pun sama. kadang2 mungkin ada cerita yang tidak sepatutnya dikongsi dengan pelajar terbuka semua rahsia terutamanya melibatkan rakan sekerja dan etika2 perguruan habis ditelanjangkan. jadi tidak hairanlah jika ada pelajar yang hilang rasa hormat pada guru mereka dek kerana terhasut dengan cerita2 yang diberitahu entah betul atau tidak, resap jek semua masuk dalam kepala. jadi kepada guru2, bergurau dan bermesra dengan pelajar tiada langsung salahnya namun etika perguruan perlulah jaga.
kepada para pelajar, ingatlah hormati guru adalah adab yang paling mulia. keberkatan ilmu itu ada pada guru. jangan terkedu dan terkesima jika anda dilabelkan pelajar cemerlang sebelum ini tp tiba tiba keputusan jatuh merudum. cuba semak kembali tingkah laku anda dengan guru. mungkin ada tersinggung dgn sikap kamu!
No comments:
Post a Comment