Tuesday, December 13, 2011

dari barat ke utara

perjalanan yang dijangka mengambil masa 2hari 1 malam rupanya telah disambung kepada 3hari 2malam. dari pantai barat semenanjung malaysia (daerah dengkil) --> taiping (dewan changkat jering) --> sg. petani --> bukit bendera, penang.

perjalanan yg tidak disangka2 dengan set bekalan pakaian yg tidak mencukupi sehingga meringankan tangan untuk mencapai apa sahaja yg sempat di parkson sg. petani pd jam 9.30 setelah tiba di nothern hotel sg. petani. wah kira hebat juga saya berjaya membeli 2 set pakaian yang sungguh cun dalam masa kurang 15minit. hehehe...

bermalam di sg petani dpt membuatkan saya melupakan getaran hati yg terusik seketika pada siangnya.(*melihat momen momen hepi mereka) sekurang2nya masih mampu menahan permata jernih membasahi pipi. ewaaahhhh...

perjalanan yg bermula dengan niat menghadiri majlis perkahwinan zahiah & usop yg superb bertukar menjadi perjalanan ala-ala percutian. walaupun pada mulanya agak kekok dan malu kerana terjoin percutian keluarga tapi kena akur sebab tidak ada jalan lain. takkanlah nak balik jalan kaki plak., heheh...namun mereka sungguhlah sweet. sehingga sikit2 hilang perasaan canggung dan perasaan terharu dgn kemesraan meraka.

yang pasti setibanya di dengkil, saya sgt berterima kasih kerana menerima tetamu tidak sengaja terundang. terima kasih semua. Alhamdulillah selamat sampai hingga ke selatan.

dan satu perkara lagi, sampainya di gua tempat bertama a.k.a my room sweet room maka air mata tidak tertahan tahan sambil laju laju mengangkat tangan berdoa semoga langit dan bintangnya akan terus berbahagia bersama benih cinta mereka. mereka sgt sweet...(*momen momen indah itu sungguh mengusik jiwa)

dan saya bermuhasabah diri...

'untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup kita, kita perlu menjadi yang terbaik..perbaiki diri, hiasi peribadi'

No comments:

Post a Comment