Wednesday, December 21, 2011

Challenge Myself

Prosperity Burger Mc D

 Sila tenung foto di atas lama lama. Tidakkah ianya begitu menyelerakan?
Owh tidak. Ini adalah burger kegemaran sejak turun temurun lamanya, Sejak ianya diperkenalkan. Paling tidak 3x itu mesti sepanjang kemunculannya sempena musim perayaan Tahun baru Cina.
Jadi December 2011 ini ianya muncul lagi bermula December hinggalah January. Erk sebulan jek! Tapi sy belum menjamahnya lagi. Malah mengambil baunya pun belum lagi. Ini kerana sy sedang menanti durian yg akan runtuh di minggu terakhir bulan December ini, barulah sy mampu untuk menjamahnya. Ayat sadislah tu konon kononnya.

Owh ye? maaf tapi itu adalah alasan semata mata okey!

Alasan sebenar kenapa sy masih tidak menjenguk mana mana restoran Mc D adalah kerana ini...*lihat di bawah >.<
adakah sudah faham kenapa sy masih belum menjamah Prosperity Burger?
yeaaa betoll..kerana sy begitu sihat dengan jayanya. sy gemuk!
ok walaupon belum obese tp sy sudah dlm kategori berlebihan berat badan!..
sungguh tidak cun dan membebel bebel meluahkan rasa pada adek sayang yang kt sebelah tu.
dengan gembiranya dpt sms ni
'kalau akak dapat 64kg, sy turun KL and belanja akak makan prosperity burger'
yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy


tapi..
prosperity hanyalah sebulan di alam nyata. sempatkah nak hilang 4kg dalam masa 1 bulan?
moga moga adalah rezeki sy nk makan prosperity burger.

oleh itu, sy berusaha keras sekeras kerasnya dan berjaya hilang 1.5kg dalam tempoh hampir 2minggu.
Yeay...nak tahu apa yang saya lakukan?

actually sy masih praktikkan 3 hour diet (*sila lihat entry sebelum ini)
1) bangun awal awal pagi minum segelas air suam + madu lebah asli
2) menghayunkan strider sejauh 1km
3) sarapan segelas susu anlene + coco crunch
4) lunch 2keping roti gandum penuh / bihun sup
5) minum petang segelas neslo panas + 3keping biskut (tenaga untuk jog)
6)jogging 3x pusing (*-usingan mengikut tafsiran sendiri) kat cyberpark
7) dinner sibiji epal + jambu batu

dan jangan lupa yang paling penting

exercise!!!!!!

bako bako bako jek semua kalori kalori yang ada. jgn sampai terismpan jadi lemak tepu.

semoga sy kuat untuk dapat berat badan ideal. InsyaAllah...

berusaha!!!!!

No comments:

Post a Comment