Bila bercakap tentang uwang, hanya individu tertentu sahaja yg boleh berbicara dgn lantangnya. beginilah begitulah. jadi anda bagaimana?
adakah bila bercakap tentang RM anda mula
- tunduk memandang lantai sambil dahi berkerut
- mula menongkat dagu tak kisah dengan apa apapun
- garu garu kepala yang tidak gatal
- muka cool tapi dalam hati macam nk sesak nafas dibuatnya
- menangis tersesak esak (*kritikal nih)
- terus bad mood
namun apa yang harus dilakukan?
jika anda menerima gaji secara bulanan (income tetap setiap bulan) tidaklah sesusah mana hendak menguruskan kewangan asalkan anda sanggup berkorban.
berkorban?
iye...berkorban apa saja harta ataupun nyawa? owh tak ganti nyawa dengan yang lain.
contohnya..
seminggu sebelum gaji baru masuk, anda dah mula menghitung hari dan menghitung helaian wang kertas dan menimbang nimbang berat syiling dalam tabung.
dan ketika inilah jika ada teman teman yang mengajak untuk lepak lepak di tempat yang agak mahal kita akan mula memikirkan ishhh makan tom yam jek dah bersamaan dgn makan roti selama seminggu. tak boleh tak boleh..tunggu gaji dulu...
jika begini amalan anda...maka tidak akan selesailah masalah tersebut sampai anda berubah!
perkara paling sinonim adalah berkira kira tentang makan.
jadi cuba ubahkan kepada amalkan pemakanan dan budaya makan yang sihat. jangan awal bulan sahaja kita pergi makan di tempat tempat mewah dan hujung hujung bulan kita menapau makanan makan dalam bilik sorang sorang. Paling tragis makan meggi!
cara yang terbaik adalah...
makan kerana anda perlu makan. menu yang hendak makan biarlah menu yang sihat dan yang benar benar anda ingin makan. jangan sesekali membazir. jika perlu membandingkan harga sebelum pergi makan apa salahnya.
jika merasakan memasak adalah tindakan yang terbaik dan menjimatkan kenapa tidak sepanjang bulan itu anda berjimat? lihatlah duit yang dapat dijimatkan...berbaloi baloi
pembelian atau bershopping
cuba listkan apakah barangan yang perlu dibeli. masukkan dalam senarai belanjawan untuk bulan depan. dan sila lihat berapakah baki yang tinggal. cuba elakkan pembelian secara terkejut. rancanglah pembelian jika anda teringin sangat hendak memiliki sesuatu dan pastikan anda mampu!
pembelian secara mengejut sangat merbahaya terutamanya kepada pemegang kad kredit. kad debit takpe.
kepada pemegang kad kredit,
belian secara kad kredit akan menjerumuskan anda kepada hutang dan beban yang akan dirasai dalam tempoh selepas setahun. sungguh tak tipu!
oleh itu cara terbaik jika anda merasakan masih memerlukan kad kredit adalah hadkan kad kredit anda kepada jumlah penggunaan yang sewajarnya.
contoh: jika anda menggunakan kad kredit untuk mengisi minyak dan tol hadkan penggunaan kepada RM1000 sahaja. Takkanlah minyak sampai RM1000 sebulankan. ishh...oleh itu, telefonlah kad kredit centre untuk menurunkan jumlah had limit kepada sekadar penggunaan sahaja.
bercuti
adalah satu kemestian bagi sesetengah individu. (*sayapun ^__*)
peruntukkan jumlah percutian dan menabunglah untuk percutian tersebut. jika ada pecutian mengejut yang tidak terancang tapi disebabkan kos pakej yang murah dan percutian itu sesuatu yang mengujakan, maka usahakanlah. tapi ingat! pastikan anda mampu!
contoh: pakej pelancongan RM1800 + belanja RM700 = Total RM 2500
dan anda hanya mempunyai 4 bulan untuk menabung. fikirkan logik. mampukah anda menabung RM 625/sebulan? jika mustahil. Abaikan! berdoalah akan ada putera raja yang akan membawa anda melancong satu hari nanti. jika masih tidak mustahil berusahalah!
pengiraan: jika selama ini anda hanya mampu berbaki RM300 sebulan. dan wang makan RM500 sebulan. Maka, anda ada RM800 wang bukan komitmen. Ingat sila tolak komitmen awal awal lagi. anggap wang itu tidak wujud!
bagaimana hendak mencukupkan RM 625? anda memerlukan RM325 sebulan untuk wang perlancongan.
mampukah berkorban makan untuk bercuti? jika sanggup dan anda yakin mampu. sila teruskan niat anda. kalau tanya saya?
iye saya sanggup!
saya sanggup berdiet dengan niat untuk menurutkan berat dan dapatkan berat badan ideal. jadi saya dapat 2 in 1. melancong dapat, berat badan idealpon dapat. ;) bestkan. InsyaAllah...
contoh: sy sanggup melupakan tempat makan mewah mewah yang mana harga semangkuk tom yam RM 8.80 + service charge + tax lagi. baiklah saya pergi mencari tomyam super sedap dekat kedai thai dengkil yang hanya RM4.00. haaa...kan berbaloi baloi tu.
sy rela melupakan sarapan nasi lemak + ayam masak merah = RM 5.50 setiap pagi dan menggantikan dengan susu anelene + coco crunch yang super lebih sihat untuk saya. hehehe....
begitulah caranya...
jadi, sebenarnya kita boleh elakkan masalah kewangan jika anda bergaji tetap. cuma, jika telah tersalah langkah, agak parah untuk berpatah balik tapi percayalah, itu bukan mustahil!
rancang sedetail detailnya. tulis setiap belanja keluar walaupun hanya sebutir gula gula.
iye..sy sedang lakukannya dan Alhamdulillah wang baki bertambah dan InsyaAllah akan dapat melancong ke salah satu lokasi melihat keajaiban dunia ciptaan manusia (*http://www.damai-fazi.blogspot.com/2011/04/jom-jalan.html) insyaAllah...
jangan pening pening ya tentang RMRMRMRMRMRMRM.
banyakkan doa dan jangan lupa amalkan solat sunat dhuha. InsyaAllah pertolongan Allah bersama anda.
No comments:
Post a Comment