Apa agaknya respon anda bila si gadis melompat lompat sambil berkata 'saya suka dia' 'saya mahu dia'..tapi..
apa yang mampu saya lakukan? tengok dari jauh jelah. *sambil duduk diam diam..mulut muncung 3inci.
A'akan apalah agaknya daya si gadis nak mengejar putera idaman hatinya. Kalau over over pergi merisik kang kena reject. Malu setampal pulak kan. Haih..itulah dilema si gadis..
Pernah juga kita selalu dengar, 'terimalah lelaki yang mencintaimu lebih baik dari mengejar lelaki yang kamu cintai' apa benar itu?
Pernah juga kita selalu dengar, 'terimalah lelaki yang mencintaimu lebih baik dari mengejar lelaki yang kamu cintai' apa benar itu?
saya sokong 100%. Sebabnya?
Lelaki kalau dah suka akan mula berusaha hingga ke titisan darah terakhir untuk memiliki wanita idaman hatinya. Bila berjaya memiliki, akan dihargai dan dicintai dengan sepenuh jiwa, dibelai dengan penuh manja, bak puteri raja.
Tapi, jika wanita yang berusaha memiliki lelaki idamannya, akan dicop pula 'perigi cari timba'.
Harus bagaimana?
wahai wanita, wanita diseluruh dunia. Nantikan sahaja jejaka yang akan mencarimu nanti. Begitu ya?
Tapi nanti dan nanti namun tidak jua kunjung tiba harus bagaimana?
Telan air liur sahajakah melihat mereka mereka yang bahagia membina keluarga bahagia?
Itulah delima wanita.
Memang benar, ramai wanita yang menanti kehadiran putera idamannya dihujung jendela. Kerana menurut kata kata, hati wanita seperti kerak nasi. Sejauh mana kerasnya tidak menerima si jejaka tapi jika dipujuk, dibelai manja juga akhirnya. Namun lelaki, hatinya tidak bisa dibeli oleh wanita. Kalau sudah tidak ada sekelumit cinta, jangan dipaksa. Mungkin kerana itu, wanita perlu mengambil langkah selamat menunggu putera impian turun dari kayangan untuk memujanya.
Kasihan wanita.
Tahukah wanita pohon semalu itu berkait rapat dengan wanita.
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Malunya dipenjara dengan tembok bicara
Tapi malu itu letaknya sopan wanita
Harusnya hasrat dibiarkan sahaja
Melihat sang jejaka bersama puteri bahagianya
Wahai wanita
sepi bicaramu
namun hati menggumam
menyerah hati pada yang Esa
ingin miliki si dia
membina mahligai bahagia bersama
diam kata wanita
dipandang mulia
sayang tersimpan rapi di dada
malunya bertakhta dijiwa
jika hadirnya jejaka
bangganya tidak terkata
memiliki wanita sempurna
yang sepi bicara
namun kaya cinta dijiwa
No comments:
Post a Comment